Friday, April 30, 2010

026. ASY-SYU'ARA'

PARA PENYAIR






























PARA PENYAIR


26. Asy-Syu’araa'

(Klik sini untuk baca dan dengar Suragnya)



1. Taa, Siin, Miim. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata. Jangan pula engkau Muhammad, membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang yang beriman.
Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

2. Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari Allah Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya. Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita azab mengenai perkara yang mereka ejek itu.

3. Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga beriman.

4. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

5. Ingatkanlah peristiwa ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: “Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, iaitu kaum Firaun, tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?” Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. “Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku. Oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun supaya ia membantuku. Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku”

6. Allah berfirman: “Jangan! Jangan fikir akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat Kami yang membuktikan kebenaran kamu. Kami ada bersama kamu, mendengar. “Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”.

7. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan bukankah engkau telah melakukan satu perbuatan jenayah yang telah engkau lakukan dan dengan itu engkau dari orang yang tidak mengenang budi?”

8. Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu. Kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama dan menjadikan daku seorang RasulNya. Budimu memeliharaku yang engkau bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

9. Firaun berkata dengan sombongnya: “Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?” Nabi Musa menjawab. “Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya”.

10. Firaun berkata kepada orang yang ada di sekelilingnya: “Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan olehnya?” Nabi Musa menegaskan lagi: “Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu”.

11. Firaun berkata kepada orang: “Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?” Nabi Musa menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan berkata: “Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang yang berakal tentulah memahamiNya!”

12. Firaun berkata: “Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang yang dipenjarakan”. Nabi Musa menjawab: “Adakah engkau akan memenjarakan daku juga walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?”

13. Firaun berkata: “Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang yang benar”. Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih bersinar bagi orang yang melihatnya.

14. Firaun berkata kepada ketua kaum yang ada dikelilingnya: “Sesungguhnya Musa ini ialah seorang ahli sihir yang mahir. Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?” Mereka berkata: “Tangguhkanlah dahulu sebarang tindakan terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar negeri Mesir orang yang mengumpulkan ahli sihir supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.

15. Lalu dikumpulkanlah ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari perayaan yang termaklum. Dan dikatakan kepada orang ramai: “Berkumpulah kamu semuanya semoga kita tetap mengikut ugama ahli sihir itu kiranya merekalah orang yang menang”.

16. Maka ketika ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: “Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang yang menang?” Firaun menjawab: “Benar, kamu akan mendapatnya dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang yang dekat kepadaku”.

17. Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan”. Lalu mereka mencampakkan tali dan tongkat mereka sambil berkata: “Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang yang akan menang”. Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura adakan dengan sihir mereka. Maka kemenangan Nabi Musa menjadikan ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun”.

18. Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir. Oleh itu kamu akan mengetahui kelak akibatnya. Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.

19. Mereka menjawab: “Ugutanmu itu tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami tidak gentar, kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami. Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa kami, kerana kamilah orang yang mula beriman dalam peristiwa ini”.

20. Allah berfirman: Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Hendaklah engkau membawa kaummu keluar pada waktu malam sesungguhnya kamu akan dikejar oleh Firaun dan tenteranya”. Setelah mengetahui keadaan itu maka Firaun mengutus orangnya ke bandar-bandar Mesir untuk mengumpulkan tenteranya sambil berkata kepada mereka: “Sesungguhnya orang Musa itu adalah segolongan kecil. Dan mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah. Dan kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga”.

21. Dengan sebab itu maka kami jadikan Firaun dan tenteranya keluar meninggalkan kebun dan matair. Dan juga khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia. Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

22. Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. Setelah kedua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”. Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir akan berlaku yang demikian! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku dengan pemuliharaan dan pertolonganNya, Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.

23. Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. Setelah dipukul maka terbelahlah laut itu kepada beberapa bahagian, lalu menjadilah air setiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang yang bersama dengannya, semuanya. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain yang mengejarnya.

24. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat tanda membuktikan kekuasaan Allah dan dalam pada itu, kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

25. Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apa yang kamu sembah?” Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala, maka kerana memuliakannya kami berkekalan menyembahnya”. Nabi Ibrahim bertanya: “Adakah berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?”

26. Mereka menjawab: “Tidak satupun! Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian”. Nabi Ibrahim berkata: “Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda yang kamu sembah itu? Yang sekian lama disembah oleh kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? Aku bertanya demikian kerana sesungguhnya berhala itu ialah musuhKu, aku tidak menyembah melainkan Allah Tuhan sekalian alam”.

27. “Tuhan yang menciptakan daku dari tiada kepada ada, maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku. Dan Dia lah yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku. Dan Dia lah yang aku harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat”.

28. “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama dan hubungkanlah daku dengan orang yang soleh. Jadikanlah bagiku sebutan yang baik nama yang harum, dalam kalangan orang yang datang kemudian. Jadikanlah daku dari orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim. Ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang yang sesat. Janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali harta benda dan anak-pinak orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik. Pada hari itu didekatkan Syurga bagi orang yang bertaqwa dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat.

29. “Serta dikatakan kepada mereka: “Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?” Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang. Mereka dan orang yang sesat bersama. Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

30. Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka: “Demi Allah! Sesungguhnya kami semasa di dunia dahulu, adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata. Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam. Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan. Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang yang beriman”

31. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

32. Demikian juga kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul yang diutus kepada mereka. Ketika saudara mereka Nabi Nuh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya” Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah, dan taatlah kepadaku”.

33. “Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan dari Tuhanku. Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku.

34. Mereka menjawab: “Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang yang rendah pangkatnya dan hina pekerjaannya?” Nabi Nuh berkata: “Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan pangkat dan pekerjaan mereka? Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku, kalaulah kamu menyedari dan memahaminya kamu tidak berkata demikian. Dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman daripada bercampur-gaul denganku. “Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata kepada semua, tidak kira hina mulia”.

35. Mereka mengugutnya dengan berkata: “Jika engkau tidak mahu berhenti daripada menyiarkan ugamamu itu wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang yang direjam!” Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah, serta selamatkanlah daku dan orang yang beriman yang bersama denganku”.

36. Maka Kami selamatkan dia dan orang yang bersama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat dengan berbagai makhluk. Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan kafir yang tinggal tidak turut bersama dalam bahtera. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat tanda membuktikan kekuasaan Allah, dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

37. Demikian juga kaum Aad telah mendustakan Rasul yang diutus kepada mereka. Ketika saudara mereka Nabi Hud, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan dari Tuhanku. Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

38. “Patutkah kamu mendirikan pada setiap tempat yang tinggi bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana dan benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selamanya? Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya. Diberinya kamu binatang ternak yang biak serta anak-pinak yang ramai. Dan taman yang indah permai serta matair yang mengalir. Sesungguhnya aku takut, kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar huru-haranya”.

39. “Mereka menjawab: “Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran,atau engkau tidak menjadi dari orang yang memberi nasihat pengajaran. Segala apa yang engkau katakan ini, hanyalah adat kebiasaan orang dahulu-kala. Dan kami pula tidak akan diseksa”.

40. Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat tanda membuktikan kekuasaan Allah, dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

41. Demikian juga kaum Thamud telah mendustakan Rasul yang diutus kepada mereka. Ketika saudara mereka Nabi Soleh, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah, dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan dari Tuhanku, balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam”.

42. “Adakah kamu fikir, bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat yang ada di dunia ini? Di dalam taman yang indah permai dan matair-matair yang mengalir. Dan kebun tanaman serta pohon tamar yang buah mayangnya halus lembut? Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

43. “Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah dan taatlah kepadaku. Janganlah kamu taati perintah orang yang melampaui batas. Iaitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan”.

44. Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir! Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami. oleh itu, bawakanlah satu tanda mukjizat jika betul engkau dari orang yang benar”.

45. Nabi Soleh berkata: “Ini adalah seekor unta betina, di antara cara hidupnya ialah air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu. Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya. Jika kamu menyakitinya maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar huru-haranya”.

46. Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal setelah melihat kedatangan bala bencana. Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi tanda membuktikan kekuasaan Allah, dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

47. Demikian juga kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan dari Tuhanku. Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

48. “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu melakukan hubungan yang halal dari badan isteri kamu? Kamu orang yang bersalah bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas keinginan kebanyaKan haiwan!”

49. Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut daripada mencaci dan menyalahkan kami, nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu”.

50. Nabi Lut berdoa: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu”. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut semuanya, kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu. Kemudian Kami hancurkan yang lain yang menentang Nabi Lut. Kami hujani mereka dengan hujan azab yang membinasakan. Maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

51. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda membuktikan kekuasaan Allah dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

52. Demikian juga penduduk “Aikah” telah mendustakan Rasul yang diutus kepada mereka. Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, yang diutus oleh Allah kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan kemurkaan Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan dari Tuhanku. Balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

53. Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya. Janganlah kamu mengurangi hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. Sebaliknya berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat yang telah lalu”.

54. Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau ini hai Syuaib hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang yang dusta. Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul yang membinasakan dari langit, jika betul engkau dari orang yang benar!”

55. Nabi Syuaib berkata: “Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan”. Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung. Sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar huru-haranya. Peristiwa yang demikian, mengandungi tanda membuktikan kekuasaan Allah dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

56. Sesungguhnya Al-Quran yang di antara isinya kisah yang tersebut adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau Muhammad, menjadi seorang dari pemberi ajaran dan amaran kepada umat manusia. Ia diturunkan dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

57. Sesungguhnya Al-Quran tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajarannya di dalam Kitab ugama orang yang telah lalu. Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

58. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab. Kemudian ia dikurniakan Tuhan dapat membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. Demikianlah Kami masukkan perasaan kufur ingkar itu ke dalam hati orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.

59. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

60. Maka pada saat itu mereka akan berkata dengan menyesal: “Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?”

61. Kalaulah demikian keadaan mereka maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

61. Bagaimana fikiranmu Muhammad? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka. Tentulah kesenangan yang mereka nikmati bertahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

62. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri yang telah dibinasakan itu, melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul pemberi amaran, memperingatkan mereka dan Kami tidak sesekali berlaku zalim.

63. Dan Al-Quran itu pula tidak sesekali dibawa turun oleh Syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

64. Maka janganlah engkau Muhammad, menyembah tuhan yang lain bersama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikutmu dari orang yang beriman.

65. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!” Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri mengerjakan sembahyang. Dan melihat gerak-gerimu di antara orang yang sujud.

66. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

67. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada setiap pendusta yang berdosa, Yang mendengar bersungguh-sungguh apa yang disampaikan oleh Syaitan itu) sedang kebanyakan beritanya adalah dusta. Dan ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat, tidak berketentuan hala.

68. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau dengan tidak berketentuan hala dalam setiap lembah khayal dan angan-angan kosong? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

69. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan penyair itu, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Ingatlah, orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Tags: Asy-Syu'araa', Mekah

Wednesday, April 28, 2010

027. AN-NAML

SEMUT




027. AN-NAML

(Click here to read and hear the Surah)





1. Ta. Sin. These are verses of the Qur’an, a book that makes things clear. A guide and glad tidings for the believers. Those who establish regular prayers and give in regular charity, and also have full assurance of the hereafter.

2. As to those who believe not in the Hereafter, We have made their deeds pleasing in their eyes and so they wander about in distraction. Such are they for whom a grievous Penalty is waiting and in the Hereafter theirs will be the greatest loss.

3. As to thee Muhammad, the Qur’an is bestowed upon thee from the presence of one who is wise and all-knowing.

4. “Behold!” Moses said to his family: “I perceive a fire. Soon will I bring you from there some information or I will bring you a burning brand to light our fuel that may warm yourselves.

5. But when he came to the fire, a voice was heard: “Blessed are those in the fire and those around and glory to Allah, the Lord of the worlds.“O Moses! Surely I am Allah, the Mighty, the Wise. Cast down your staff”. So when he saw it in motion as if it were a serpent, he turned back retreating and did not return. “O Musa! fear not. Surely the messengers shall not fear in My presence. But if any have done wrong and have thereafter substituted good to take the place of evil, truly, I am Oft-Forgiving, Most Merciful.

6. “Now put thy hand into thy bosom, and it will come forth white without stain or harm. These are among the nine Signs thou wilt take to Pharaoh and his people for they are a people rebellious in transgression”.

7. But when Our Signs came to them, that should have opened their eyes, they said: “This is sorcery manifest!” And they rejected those Signs in iniquity and arrogance, though their souls were convinced thereof. So see what was the end of those who acted corruptly!

8. We gave in the past, knowledge to David and Solomon: And they both said: “Praise be to Allah, Who has favoured us above many of his servants who believe!” And Solomon was David’s heir. He said: “O ye people! We have been taught the speech of birds, and on us has been bestowed a little of all things. This is indeed Grace manifest from Allah”.

9. And before Solomon were marshalled his hosts, of Jinns and men and birds, and they were all kept in order and ranks. At length, when they came to a lowly valley of ants. One of the ants said: “O ye ants, get into your habitations, lest Solomon and his hosts crush you under foot without knowing it”. So he smiled, amused at her speech and he said: “O my Lord! so order me that I may be grateful for Thy favours, which thou hast bestowed on me and on my parents, and that I may work the righteousness that will please Thee. And admit me, by Thy Grace, to the ranks of Thy righteous Servants”.

10. And he took a muster of the Birds and he said: “Why is it I see not the Hoopoe? Or is he among the absentees? I will certainly punish him with a severe penalty or execute him, unless he bring me a clear reason for absence”.

11. But the Hoopoe tarried not far. He came up and said: “I have compassed territory which thou hast not compassed, and I have come to thee from Saba with tidings true. I found there a woman ruling over them and provided with every requisite and she has a magnificent throne.

12. I found her and her people worshipping the sun besides Allah. Satan has made their deeds seem pleasing in their eyes, and has kept them away from the Path. So they receive no guidance. Kept them away from the Path, that they should not worship Allah, Who brings to light what is hidden in the heavens and the earth, and knows what you hide and what you reveal. Allah! There is no god but He! Lord of the Throne Supreme!”

13. Solomon said: “Soon shall we see whether thou hast told the truth or lied! Go thou, with this letter of mine, and deliver it to them. Then draw back from them, and (wait to) see what answer they return”.

14. The queen said: “Ye chiefs! here is delivered to me – a letter worthy of respect from Solomon, and is as follows: ‘In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Be ye not arrogant against me, but come to me in submission to the true Religion”.

15. She said: “Ye chiefs! advise me in this my affair. No affair have I decided except in your presence”. They said: “We are endued with strength, and given to vehement war. But the command is with thee. So consider what thou wilt command”.

16. She said: “Kings, when they enter a country, despoil it, and make the noblest of its people its meanest thus do they behave. But I am going to send him a present and see what answer the messengers bring back.

17. When the embassy came to Solomon, he said: “Will ye give me abundance in wealth? But that which Allah has given me is better than that which He has given you! Nay it is ye who rejoice in your gift!

18. “Go back to them, and be sure we shall come to them with such hosts as they will never be able to meet. We shall expel them from there in and they will feel humbled indeed'.

19. He said to his own men: “Ye chiefs! which of you can bring me her throne before they come to me in submission?”

20. Said an ‘Ifrit of the Jinns: “I will bring it to thee before thou rise from thy council. Indeed I have full strength for the purpose and may be trusted”.

21. Said one who had knowledge of the Book: “I will bring it to thee within the twinkling of an eye!” Then when Solomon saw it placed firmly before him, he said: “This is by the Grace of my Lord! To test me whether I am grateful or ungrateful! And if any is grateful, truly his gratitude is a gain for his own soul, but if any is ungrateful, truly my Lord is Free of all Needs, Supreme in Honour !”

22. He said: “Transform her throne out of all recognition by her. Let us see whether she is guided to the truth or is one of those who receive no guidance”.

23. So when she arrived, she was asked, “Is this thy throne?” She said, “It was just like this and knowledge was bestowed on us in advance of this, and we have submitted to Allah in Islam”.

24. And he diverted her from the worship of others besides Allah. For she was sprung of a people that had no faith.

25. She was asked to enter the lofty Palace, but when she saw it, she thought it was a lake of water, and she tucked up her skirts, uncovering her legs. He said: “This is but a palace paved smooth with slabs of glass”. She said: “O my Lord! I have indeed wronged my soul. I do now submit in Islam, with Solomon to the Lord of the Worlds”.

26. We sent aforetime, to the Thamud, their brother Salih, saying, “Serve Allah” But behold, they became two factions quarrelling with each other. He said: “O my people! why ask ye to hasten on the evil in preference to the good? If only ye ask Allah for forgiveness, ye may hope to receive mercy”.

27. They said: “We have met with ill luck on account of you and on account of those with you”. He said: “The cause of your evil fortune is with Allah; nay, you are a people who are tried”.

28. There were in the city nine men of a family, who made mischief in the land, and would not reform. They said: “Swear a mutual oath by Allah that we shall make a secret night attack on him and his people, and that we shall then say to his heir when he seeks vengeance: ‘We were not present at the slaughter of his people and we are positively telling the truth”.

29. They plotted and planned, but We too planned, even while they perceived it not. Then see what was the end of their plot! That We destroyed them and their people, all of them. Now such were their houses, in utter ruin, because they practised wrong-doing. Verily in this is a Sign for people of knowledge. And We saved those who believed and practised righteousness.

30. We also sent Lut as a messenger. “Behold”, He said to his people: “Do you do what is shameful though you see its iniquity? Would you really approach men in your lusts rather than women? Nay, you are a people grossly ignorant! But his people gave no other answer but this they said: “Drive out the followers of Lut from your city. These are indeed men who want to be clean and pure!”

31. But We saved him and his family, except his wife, her We destined to be of those who lagged behind. And We rained down on them a shower of brimstone and evil was the shower on those who were admonished but heeded not!

32. Say: “Praise be to Allah, and Peace on his servants whom He has chosen for his Message.

33. Who is better? - Allah or the false gods they associate with Him? Or, Who has created the heavens and the earth, and Who sends you down rain from the sky? Yea, with it We cause to grow well-planted orchards full of beauty of delight. It is not in your power to cause the growth of the trees in them. Can there be another god besides Allah? Nay, they are a people who swerve from justice.

34. Or, Who has made the earth firm to live in. Made rivers in its midst. Set thereon mountains immovable and made a separating bar between the two bodies of flowing water? Can there be another god besides Allah? Nay, most of them know not.

35. Or, Who listens to the soul distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you mankind inheritors of the earth? Can there be another god besides Allah? Little it is that you heed!

36. Or, Who guides you through the depths of darkness on land and sea, and Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy? Can there be another god besides Allah? - High is Allah above what they associate with Him!

37. Or, Who originates creation, then repeats it, and who gives you sustenance from heaven and earth? Can there be another god besides Allah? Say, “Bring forth your argument, if ye are telling the truth!”

38. Say: “None in the heavens or on earth, except Allah, knows what is hidden, nor can they perceive when they shall be raised up for Judgment”.

39. Still less can their knowledge comprehend the Hereafter. Nay, they are in doubt and uncertainty thereanent. Nay, they are blind thereunto!

40. The Unbelievers say: “What! when we become dust,- we and our fathers, - shall we really be raised from the dead? It is true we were promised this, - we and our fathers before us. These are nothing but tales of the ancients”.

41. Say: “Go you through the earth and see what has been the end of those guilty of sin”.

42. But grieve not over them, nor distress thyself because of their plots.

43. They also say: “When will this promise come to pass? If you are truthful”. Say: “It may be that some of the events which you wish to hasten on may be close in your pursuit!” But verily thy Lord is full of grace to mankind: Yet most of them are ungrateful. And verily thy Lord knoweth all that their hearts do hide. As well as all that they reveal. Nor is there aught of the unseen, in heaven or earth, but is recorded in a clear record.

44. Verily this Qur’an do explain to the Children of Israel most of the matters in which they disagree. And it certainly is a Guide and a Mercy to those who believe. Verily thy Lord will decide between them by His Decree: and He is Exalted in Might, All-Knowing. So put thy trust in Allah, for thou art on the path of manifest Truth.

45. Surely you do not make the dead to hear, and you do not make the deaf to hear the call when they go back retreating. Nor can you be a guide to the blind out of their error. You cannot make to bear any one except those who believe in Our communications, so they submit.

46. And when the Word is fulfilled against them the unjust, we shall produce from the earth a beast to face them. He will speak to them, for that mankind did not believe with assurance in Our Signs.

47. One day We shall gather together from every people a troop of those who reject our Signs, and they shall be kept in ranks until, when they come before the Judgment-seat, Allah will say: “Did ye reject My Signs, though you comprehended them not in knowledge, or what was it you did?” And the Word will be fulfilled against them, because of their wrong-doing, and they will be unable to speak in plea.

48. See they not that We have made the Night for them to rest in and the Day to give them light? Verily in this are Signs for any people that believe!

49. And the Day that the Trumpet will be sounded – then will be smitten with terror those who are in the heavens, and those who are on earth, except such as Allah will please to exempt. And all shall come to His Presence as beings conscious of their lowliness.

50. And you see the mountains, you think them to be solid, and they shall pass away as the passing away of the cloud – the handiwork of Allah Who has made every thing thoroughly. Surely He is Aware of what you do.

51. If any do good, good will accrue to them therefrom and they will be secure from terror that Day. And if any do evil, their faces will be thrown headlong into the Fire: “Do ye receive a reward other than that which ye have earned by your deeds?” Say: “I Muhammad, am commanded only to serve the Lord of this land which He hath hallowed, and unto Whom all things belong. And I am commanded to be of those who surrender unto Him”.

52. And to rehearse the Qur’an and if any accept guidance, they do it for the good of their own souls, and if any stray, say: “I am only a Warner”. And say: “Praise be to Allah, Who will soon show you His Signs, so that you shall know them” And thy Lord is not unmindful of all that you do.

Tags: An-Naml, Mecca

**********************************************************


027. SURAH AN-NAML

(Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya)



Isi Kandungan Surah

1. Taa, siin. Ini ialah ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata. Yang membawa hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang yang beriman. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

2. Orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada pandangan mereka menyebabkan mereka meraba-raba dalam kesesatan. Mereka beroleh azab seksa yang buruk di dunia dan di hari akhirat pula adalah orang yang paling rugi.

3. Muhammad menerima Al-Quran ini dari dari Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

4. Ingatkanlah peristiwa ketika ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: “Aku ada melihat api. Aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu atau aku akan bawakan colok api darinya supaya bagi kamu memanaskan diri.

5. Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, kedengaran ia diseru: “Berkat yang melimpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada di daerah sekelilingnya. Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam. Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

6. “Sekarang campakkanlah tongkatmu”. Apabila Musa melihat tongkatnya itu menjadi seekor ular besar bergerak cepat tangkas, seolah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. Lalu ia diseru: “Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku menerima wahyu, tidak sepatutnya merasa takut. Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah itu, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

7. “Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar dengan tidak ada cacat. Ini ialah di antara sembilan mukjizat yang membuktikan kebenaranmu. Untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya. Mereka adalah kaum yang fasik derhaka”.

8. Maka ketika keterangan mukjizat Kami disampai kepada Firaun dan kaumnya, berkatalah mereka: “Ini adalah sihir yang terang nyata!” Mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang yang melakukan kerosakan.

9. Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hambaNya yang beriman”.

10. Nabi Sulaiman mewarisi pangkat kenabian dan kerajaan Nabi Daud dan setelah itu Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia. Kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari setiap sesuatu yang diperlukan. Yang demikian ini adalah limpah kurnia dari Allah yang jelas nyata”.

11. Dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya dari jin dan manusia serta burung, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

12. Maralah angkatan itu hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut. Masuklah ke sarang kamu masing-masing. Jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

13. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai. Dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu, dalam kumpulan hambaMu yang soleh”.

14. Setelah itu Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung yang turut serta dalam tenteranya lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberatnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata membuktikan sebab ia tidak hadir”.

15. Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya, lalu datang sambil berkata kepada Nabi Sulaiman: “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya serba sedikit dari setiap sesuatu yang diperlukan dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar”.

16. “Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah. Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan syirik mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan yang benar. Oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk. Mereka dihalangi oleh Syaitan supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan”.

17. Sulaiman berkata: “Kami akan fikirkan dengan sehalusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta. Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka. Dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka”.

18. Setelah membaca surat itu, berkatalah raja perempuan negeri Saba’: “Wahai ketua-ketua kamu! Telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya seperti berikut: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah”.

19. Raja perempuan itu berkata lagi: “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini. Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya”.

20. Mereka menjawab: “Kita adalah orang yang kuat gagah berani merempuh peperangan. Dan perkara itu walau bagaimanapun terserahlah kepadamu. Oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.

21. Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. Aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan kita”.

22. Apabila utusan pembawa hadiah itu datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman kepadanya: “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu. Bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah”.

23. “Kembalilah kepada mereka, jika mereka tidak juga mahu beriman maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang tawanan”.

24. Nabi Sulaiman berkata pula kepada golongan bijak pandainya: “Wahai pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”

25. Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu. Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”.

26. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Sebenarnya. sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

27. Nabi Sulaiman berkata pula kepada orangnya: “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar untuk mengenal singgahsananya itu atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian”.

28. Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Serupa inikah singahsanamu?” Ia menjawab: “Boleh jadi inilah dia. Dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya mukjizat ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri menjunjung perintah Allah”.

29. Dan ia dihalangi daripada memeluk Islam pada masa yang lalu. Sesungguhnya adalah ia pada masa itu dari puak yang kafir.

30. Setelah itu dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini”. Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”. Mendengar yang demikian, Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan sekarang aku menegaskan bahawa aku berserah diri memeluk Islam bersama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam”.

31. Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh menyeru mereka: “Sembahlah kamu akan Allah!” Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak mukmin dan kafir, yang berbalah.

32. Nabi Soleh berkata kepada puak kafir: “Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, tidak mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat”.

33. Mereka menjawab: “Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu dan juga dengan sebab pengikutmu!” Nabi Soleh berkata: “Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku. Sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan oleh hawa nafsu”.

34. Dan di bandar tempat tinggal kaum Thamud itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi dengan berbagai maksiat dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.

35. Mereka berkata sesama sendiri: “Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: “Kami tidak hadir di tempat pembunuhan Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah berkata benar”.

36. Dengan demikian mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.

37. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim. Kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mahu mengetahui akan sebab dan musababnya. Dan Kami selamatkan orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.

38. Nabi Lut juga Kami utuskan. Ingatlah peristiwanya ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Perbuatan kamu itu amatlah keji bahkan kamu kaum yang jahil yang tidak mengetahui akan akibatnya”.

39. Maka kaumnya tidak menjawab melainkan berkata: “Usirlah Lut dan pengikutnya dari bandar kamu ini. Mereka adalah orang yang mendakwakan dirinya bersih suci”.

40. Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikutnya, kecuali isterinya. Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab. Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang yang telah diberi amaran.

41. Katakanlah wahai Muhammad: “Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hambaNya Nabi-nabi yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah yang demikian kekuasaanNya atau benda yang mereka jadikan sekutu bagiNya?

42. Siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun yang menghijau subur dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Tidak! bahkan mereka yang musyrik itu adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran tauhid.

43. Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan menjadikan sungai di antara bahagiannya dan menjadikan untuknya gunung yang menetapnya. Dan juga menjadikan di antara dua laut yang masin dan yang tawar sekatan semula jadi yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Tidak! bahkan kebanyakan mereka yang musyrik itu tidak mengetahui.

44. Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti umat yang telah lalu mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati nikmat Allah itu.

45. Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

46. Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya hidup semula sesudah matinya. dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang yang benar “.

47. Katakanlah lagi: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula sesudah mati?

48. Bahkan mereka yang kafir telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat tetapi mereka tidak meyakininya, bahkan mereka berada dalam syak mengenainya. Bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.

49. Orang yang kafir berkata: “Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur hidup semula? Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami dahulu. Ini hanyalah cerita dongeng orang dahulu kala”.

50. Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang yang berdosa itu”.

51. Janganlah engkau berdukacita terhadap keingkaran mereka yang kafir itu, dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

52. Mereka bertanya: “Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang yang benar?” Katakanlah: “Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu”.

53. Sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. Sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan dengan tutur kata dan perbuatan. Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.

54. Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail perkara yang sebenar mengenai kebanyakan hal ugama yang mereka berselisihan padanya. Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.

55. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya, dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.

56. Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati hatinya itu menerima ajaranmu dan tidak dapat menjadikan orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang disebabkan keingkarannya. Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka. Engkau tidak dapat memperdengarkan seruanmu itu melainkan kepada orang yang sanggup beriman akan ayat keterangan Kami, kerana mereka orang yang berserah diri dengan ikhlas.

57. Apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat keterangan dan pengajaran Kami.

58. Ingatlah, hari Kami himpunkan dari setiap umat sekumpulan besar orang yang mendustakan ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. Sehingga apabila mereka datang ke tempat pengadilan, Allah Taala berfirman: “Adakah kamu mendustakan ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?” Dan jatuhlah hukuman atas mereka dengan azab disebabkan kezaliman mereka berlaku kufur ingkar, lalu mereka diam membisu.

59. Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.

60. Ingatkanlah hari di tiup sangkakala, lalu terkejut gerun gementar makhluk yang ada di langit dan di bumi, kecuali mereka yang dikekhendaki Allah. Kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk.

61. Engkau melihat gunung-ganang, menyangka ianya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan. Demikianlah perbuatan Allah yang telah membuat setiap sesuatu dengan serapi dan sebaiknya. Sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

62 Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan yang mereka dikerjakannya, maka ia akan beroleh balasan baik daripadanya, dan beroleh aman sentosa daripada kejadian yang mengerikan pada hari kiamat. Sesiapa yang datang membawa amal jahat mereka maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, sambil dikatakan: “Kamu dibalas hasil dari apa yang kamu telah lakukan”.

63. Katakanlah: “Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri Makkah ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segalanya. Dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang Islam yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya. Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran”. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk Al-Quran dan beramal dengannya maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran”.

64. Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang melimpahkan nikmatNya yang tidak terhitung. Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya dengan jelas nyata”. Dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.



Tags: An-Naml, Mekah


Petikan isi surah













My Blog List