Saturday, March 13, 2010

81. At-Takwir


81. At-Takwir

[81]

When the sun with its spacious light is folded up;

When the stars fall, losing their lustre; When the mountains vanish like a mirage and the hills moved. And when the camels are left untended.

When the wild beasts are herded together in the human habitations; When the oceans boil over with a swell; When the souls are sorted out, being joined, like with like;

When the female infant, buried alive, is questioned for what sin she was killed;

And when the books are spread. And when the sky is torn away.

And when hell is lighted, and when the Garden is brought near to be seen.

Then shall each soul know what it has prepared.

But nay! I swear by the stars. That run their course and hide themselves,

And the night when it departs. And the Dawn as it breathes away the darkness and brightens,

Most surely it is the Word of an honored messenger,

The processor of strength, having an honorable place with the Lord of the Dominion,

With authority there, and faithful to his trust.

And O people! your companion is not one possessed or gone mad.

And of a truth he saw himself on the clear horizon.

Nor of the unseen is he a tenacious concealer.

Nor is it the word of the cursed Shaitan,

Whither then will you go?

It is naught but a reminder for the nations,

For him among you who pleases to go straight.

And you do not please except that Allah please, the Lord of the worlds.


wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww



81. At-Takwir

(Menggulung)


[1]
Apabila matahari dilingkari cahayanya dan hilang lenyap;

[2] Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;

[3] Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa setelah dihancurkan menjadi debu;

[4] Dan apabila unta yang bunting terbiar;

[5] Dan apabila binatang liar dihimpunkan;

[6] Dan apabila lautan meluap bercampur-baur;

[7] Dan apabila setiap diri disatukan dengan pasangannya;

[8] Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -

[9] Dengan dosa apakah ia dibunuh?

[10] Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;

[11] Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;

[12] Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;

[13] Dan apabila Syurga didekatkan;

[14] Setelah semuanya itu berlaku, setiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

[15] Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;

[16] Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;

[17] Dan malam, apabila ia hampir habis,

[18] Dan siang, apabila ia mulai terang;

[19] Sebenarnya Al-Quran itu, sesungguhnya ialah Kalamullah yang disampaikan oleh Jibril Utusan yang mulia,

[20] Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,

[21] Yang ditaati di sana dalam kalangan malaikat, lagi dipercayai.

[22] Dan sebenarnya sahabat kamu Nabi Muhammad itu wahai golongan yang menentang Islam, bukanlah ia seorang gila seperti yang kamu tuduh;

[23] Dan Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.

[24] Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara yang ghaib.

[25] Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

[26] Dengan yang demikian maka ke manakah kamu hendak pergi kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran?

[27] Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

[28] Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan Islam yang betul.

[29] Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatupun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Tags: At-Takwir, Mekah

No comments:

My Blog List