75. Al-Qiamat
[75]Summary:
I do call to witness the Resurrection Day. And I do call to witness the self-reproaching spirit.
Does man think that We shall not assemble his bones? No! We are even able to put together in perfect order the very tips of his fingers.
But man wishes to do wrong to the extend of refusing to accept the Day of Resurrection.
He dare ask: “When is the day of resurrection?” So when the sight becomes dazed. And the moon is buried in darkness. And the sun and the moon are brought together.
On that Day will Man cry: “Where is the refuge?” By no means! there shall be no place of refuge! With your Lord alone shall on that day be the place of rest.
Man shall on that day be informed of what he had done and not done. And the man is a telling witness against himself, even though he were to put up his excuses.
Move not your tongue in your haste to recite the Qur’an. Surely on Us devolves the collecting of it and the reciting of it. Therefore when We have recited it, follow its recitation. Again on Us devolves the explaining of it.
No! But you onky love the present life and you neglect the hereafter.
Some faces on the Day of resurrection, will beam in brightness and beauty. Looking towards their Lord.
And some faces, on that Day, will be sad, dismal and gloomy. With the thought that some back-breaking calamity was about to be inflicted on them.
No! but when the life moves up to the throat. And there will be a cry, “Who is a magician to restore him?” He is then sure that it is his hour of parting. And agony is heaped on agony. That Day the Drive will be all to the Lord!
So he did not accept the truth and gave nothing in charity nor did he pray! But on the contrary, he rejected Truth, called the truth a lie and turned away! Then he went to his followers, walking away in haughtiness.
Nearer to you is destruction and nearer. Repeat, nearer unto thee is the doom.
Does man think that he will be left uncontrolled and living without purpose? Was he initially not a drop of sperm emitted in lowly form? Then he was a clot of blood, so God created him, then made him perfect. Of him He made one of the two sexes, male or female.
Why not He be able to give life to the dead?
********************************************
75. Al-Qiamat(Click here for the original text)
001. I do call to witness the Resurrection Day;
002. And I do call to witness the self-reproaching spirit.
003. Does man think that We shall not assemble his bones?
004. Nay, We are able to put together in perfect order the very tips of his fingers.
005. But man wishes to do wrong even in the time in front of him.
006. He asks: “When is the day of resurrection?”
007. So when the sight becomes dazed.
008. And the moon is buried in darkness.
009. And the sun and the moon are brought together.
010. That Day will Man cry: “Where is the refuge?”
011. By no means! there shall be no place of refuge!
012. With your Lord alone shall on that day be the place of rest.
013. Man shall on that day be informed of what he sent before and what he put off.
014. Oh, but man is a telling witness against himself,
015. Even though he were to put up his excuses.
016. Move not thy tongue concerning the Qur’an to make haste therewith.
017. Surely on Us devolves the collecting of it and the reciting of it.
018. Therefore when We have recited it, follow its recitation.
019. Again on Us devolves the explaining of it.
020. Nay! But you love the present life,
021. And neglect the hereafter.
022. Some faces, that Day, will beam in brightness and beauty.
023. Looking towards their Lord.
024. And some faces, that Day, will be sad, dismal and gloomy.
025. In the thought that some back-breaking calamity was about to be inflicted on them.
026. Nay, but when the life cometh up to the throat.
027. And there will be a cry, “Who is a magician to restore him?”
028. And he is sure that it is the hour of parting.
029. And agony is heaped on agony.
030. That Day the Drive will be all to thy Lord!
031. So he did not accept the truth, gave nothing in charity nor did he pray!
032. But on the contrary, he rejected Truth, called the truth a lie and turned away!
033. Then he went to his followers, walking away in haughtiness.
034. Nearer to you is destruction and nearer.
035. Again nearer unto thee and nearer is the doom.
036. Does man think that he will be left uncontrolled, without purpose?
037. Was he not a drop of sperm emitted in lowly form?
038. Then he was a clot of blood, so He created him then made him perfect.
039. And of him He made two sexes, male and female.
040. Is not He able to give life to the dead?
********************************************
75. Al-Qiamat
Rengkasan:
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati!
Patutkah manusia kafir menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya dan menghidupkannya semula? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang jarinya, tulang yang lebih halus dari yang lain.
Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya, bahkan manusia yang ingkar sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat.
Dia bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Jawabnya: “hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut”. Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.
Pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Dah tiada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan. Bahkan tatkala itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasannya untuk membela diri.
Janganlah engkau wahai Muhammad, kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu, menggerakkan lidahmu membacanya sebelum selesai dibacakan kepadamu. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu dalam dadamu, dan menetapkan bacaannya pada lidahmu. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu, dengan perantaran Jibril, maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya yang memerlukan penjelasan.
Sedarlah wahai orang yang lalai bahawa kamu tidak ingatkan kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya.
Pada hari akhirat itu, muka orang yang beriman berseri-seri untuk melihat Tuhannya. Dan pada hari itu juga, muka orang kafir muram hodoh, sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka azab seksa yang membinasakan.
Sedarlah, janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong. Dan orang yang hadir di sisinya heboh berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatnya?” Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahannya. Serta ditimpa kedahsyatan yang bertindih-tindih.
Maka kepada Tuhanmu lah pada waktu itu, engkau dibawa untuk menerima balasan.
Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat maka ia tidak mengakui kebenaran yang diwajibkan meyakininya dan ia tidak mengerjakan sembahyang yang difardhukan mengerjakannya! Akan tetapi ia mendustakan dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
Wahai orang yang kufur ingkar! Sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, yang lebih layak.
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan? Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku. Sesudah itu Tuhan menciptakannya dan menyempurnakan kejadiannya sebagai manusia? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis, lelaki atau perempuan.
Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu, tidak berkuasa menghidupkan orang yang mati? Tentulah berkuasa!
********************************************
75. Al-Qiamat (klik baca teks asalnya)
[1] Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
[2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati!
[3] Patutkah manusia kafir menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya dan menghidupkannya semula?
[4] Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang jarinya, tulang yang lebih halus dari yang lain.
[5] Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya, bahkan manusia yang ingkar sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat.
[6] Dia bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
[7] Maka jawabnya: “hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut”.
[8] Dan bulan hilang cahayanya.
[9] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.
[10] Maka pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?”
[11] Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
[12] Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
[13] Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[14] Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15] Walaupun ia memberikan alasannya untuk membela diri.
[16] Janganlah engkau wahai Muhammad, kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu, menggerakkan lidahmu membacanya sebelum selesai dibacakan kepadamu.
[17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu dalam dadamu, dan menetapkan bacaannya pada lidahmu.
[18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu, dengan perantaran Jibril, maka bacalah menurut bacaannya itu.
[19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya yang memerlukan penjelasan.
[20] Sedarlah wahai orang yang lalai. Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya.
[21] Dan kamu tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya.
[22] Pada hari akhirat itu, muka orang yang beriman berseri-seri.
[24] Dan pada hari itu, muka orang kafir muram hodoh.
[25] Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka azab seksa yang membinasakan.
[26] Sedarlah, janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong.
[27] Dan orang yang hadir di sisinya heboh berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatnya?”
[28] Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan.
[29] Serta kedahsyatan bertindih-tindih.
[30] Maka kepada Tuhanmu lah pada waktu itu, engkau dibawa untuk menerima balasan.
[31] Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat maka ia tidak mengakui kebenaran yang diwajibkan meyakininya dan ia tidak mengerjakan sembahyang yang difardhukan mengerjakannya!
[32] Akan tetapi ia mendustakan dan berpaling ingkar!
[33] Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
[34] Wahai orang yang kufur ingkar! sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
[35] Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
[36] Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?
[37] Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim?
[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya dan menyempurnakan kejadiannya sebagai manusia?
[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.
[40] Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu, tidak berkuasa menghidupkan orang yang mati? Tentulah berkuasa!
No comments:
Post a Comment