Sunday, April 26, 2009

SURAH 003 AALI IMRAN (Mubahallah)


MUBAHALLAH

Kejadian Nabi Isa seakan sama dengan kejadian Nabi Adam. Nabi Adam Allah jadikan dari tanah, ditiupkan roh dan menjadi manusia pertama ciptaan Allah.

Nabi Isa pula mempunyai ibu yaitu Maryam binti Imran. Tetapi Nabi Isa tidak mempunyai bapa dijadikan oleh Allah dengan ucapan "kun faya kunNya" maka jadilah apa yang kehendakiNya.

Kita tak perlu hairan kejadian sebegini kerana ini adalah kerja Allah. Ia Maha Kuasa dan boleh berbuat apa yang diKehendakiNya.

Ada Bani Israel yang menyatakan bahawa Nabi Isa ialah anak luar nikah dan menolak kebenaran apa yang berlaku ke atas Maryam yang melahirkan Nabi Isa.

Pengikut Nabi Isa taat padanya semasa hayatnya tetapi apabila Nabi Isa diangkat ke langit mereka telah diperdayakan oleh St Paul yang mengaku berjumpa Nabi Isa di "Kuburnya". St Paul menyatakan yang Nabi Isa keluar dari Kuburnya dan mewasiatkan beberapa perkara yang tak benar, termasuk menyatakan Nabi Isa adalah Tuhan. St Paul menyatakan bahawa selepas itu Nabi Isa terbang ke langit.

Oleh kerana percaya kepada St Paul maka agama ajaran Nabi Isa telah berjaya diselewengkan.

Injil mula ditulis oleh pengikut Nabi Isa lama selepas beliau diangkat oleh Allah. Akibatnya terdapat banyak jenis injil yang berlainan isi kandungannya, kebanyakannya dikatakan menyeleweng isi kandungannya. Pada tahun 381 satu persidangan telah diadakan bertujuan memilih injil yang perlu diguna pakai dan yang mana perlu dihapuskan. Hasilnya hanya empat jenis injil diterima pakai, sampailah sekarang ini. Kitab injil yang lain dihapuskan (termasuklah kitab injil yang benar isi kandungannya).

Injil menyatakan bahawa Isa adalah tuhan dengan konsep Trinitinya - God the Father (bapa) God the son (Anak, Isa) dan the Holy Spirit (Roh Kuddus).

Semasa sekumpulan padri berjumpa dengan Nabi Muhammad membincangkan agama Islam dan Kristian perkara Nabi Isa disentuh mereka. Tetapi mereka tidak mencapai sefahaman tentang kejadian Nabi Isa dan sama ada Nabi Isa adalah tuhan atau tidak.

Oleh sebab kebuntuan tersebut Nabi Muhammad mencadangkan supaya mereka membuat Mubahallah dimana semua anak beranak dan saudara kedua belah pehak berkumpul dan bersumpah menyatakan pandangan dan pendapat mereka tentang Nabi Isa adalah benar. Jika ianya tidak benar maka mereka akan dilaknat Allah. Cadangan/Cabaran ini tidak disambut oleh pehak padri tersebut dan mereka tidak hadir untuk melakukan Mubahallah tersebut. (Lihat Ayat 61)


###################


Al Quran membawa cerita yang benar termasklah peristiwa berikut:

1. Nabi Zakaria yang tua dan isterinya yang mandul boleh mendapat anak yang dinamakan Yahya

2. Mariam yang tinggal di masjib disediakan Allah dengan makanan tersaji termasuk buah-buahan luar musim.

3. Maryam tidak berkahwin tetapi boleh melahirkan anak bernama Isa.

4. Anaknya pula (Nabi Isa) boleh bertutur ketika kecilnya dan berupaya membersihkan nama baik ibunya Maryam.

5. Nabi Isa mempunyai beberapa keistimewaan - membuat burung hidup, menyembuhkan penyakit, tahu apa di dalam rumah tanpa pergi ke rumah tersebut.

6. Nabi Isa tak dimatikan malah di angkat ke langit.

dll.

.

No comments:

My Blog List