Sunday, December 20, 2009

TASKIRAH PAGI AHAD 091220

TASKIRAH PAGI AHAD 091220

003 SURAH AL-I-'IMRAN

(Ayat 134 hingga 136)


Dengar dan baca surah Al-i-’Imran




Hanya Al Quranlah kitab Allah yang masih kekal dalam bentuk kandungan asalnya sejak ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun dahulu. Kitab Allah yang lainnya saperti Taurat dan Injil telah hilang keasliannya kerana telah banyak diubah pinda oleh penganutnya. Jadi ajaran yang ada dalan kitab2 itu bukanlah ajaran yang asalnya lagi. Kitab dan suhuf lainnya saperti suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Daud juga sudah tak ada lagi.

Jadi hanya ajaran dan panduan dari Al Quranlah yang boleh kita ikuti kerana ianya adalah dalam bentuk isi kandungan asalnya sapertimana di kehendaki Allah.

Al Quran menyarankan supaya manusia menghulurkan sedekah mendermakan hartanya ketika dia senang atau dia dalam keadaan susah. Ini adalah kerana ramai orang lain yang lebih susah daripadanya dan memerlukan bantuan bagi merengankan bebanan dan cabaran dugaan hidup. Walaupun kita dalam keadaan susah, pasti ada orang lain yang lebih susah dan memerlukan bantuan kita. Jadi bantulah mereka.

Al Quran juga menyarankan supaya manusia jangan bersifat pemarah. Perasaan marah adalah hasil bisikan syaitan dan apabila kita marah kita tak dapat mengawal diri dan mungkin akan mengakibatkan mudarat pada diri kita sindiri dan pada orang lain, malah kepada makluk lain dan harta benda. Orang yang marah larat ia merosakkan harta benda akibat kemarahannya. Apabila kemarahan tidak dapat dikawal ianya boleh menyebabkan manusia pemarah tersebut membunuh insan yang tidak berdosa tanpa disedarinyan dan menyesal perbuatannya kemudian.

Juga Al Quran menyarankan supaya menusia hendaklah bersedia memaafkan orang lain sama ada ianya bersalah atau tidak atau disengajakan atau tidak. Sifat memaafkan orang lain banyak faedahnya. Jiwa seorang pemaaf akan sentiasa berada di dalam keadaan tenang tenteram. Seorang yang bukan pemaaf pula selalunya akan mempunyai jiwa yang gelisah resah dan bersifat hasad dan pedendam, akibatnya kehidupannya tidak tenang dan tidak ceria bahagia.

Juga disarankan supaya apabila kita berbuat sesuatu yang dikeji Allah dan menginaya diri sendiri maka hendaklah kita cepat sedar kesilapan tersebut dan bertaubat kepada Allah. Allah maha pengampun dan bersedia memaafkan manusia yang bertaubat atas segala kesalahan yang telah dilakukannya.

Dan bersedialah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut di masa hadapan. Allah sangat sayang kepada manusia yang sentiasa bertaubat.

Sifat dermawan, sabar, pemaaf dan insaf yang dituruti dengan amalan bertaubat ini sangat disukai oleh Allah. Ianya juga disukai oleh manusia.

Akibatnya, sesiapa yang bersifat sedemikian akan dapat keampunan Allah dan akan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya. Dan syurga adalah sebaik2 balasan yang disediakan oleh Allah. Manusia yang sedemikian akan berada kekal berbahagia di dalam syurga Allah.

Begitulah yang dinyatakan dalam ayat 134, 135 dan 136 Surah A-li-'Imran.

Dengan itu latihkan diri kita untuk menjadi manusia dermawan, manusia penyabar, manusia pemaaf dan manusia yang kerap bertaubat.


Ramai dari kita sudah pun dan akan terus berbuat demikian. Alhamdulillah. Inilah hasil didikan orang tua dan guru kita. Dan/atau yang kita usahakan sendiri.



Hasil taskirah Teratai pada 20 Disember 2009


My Blog List