Sunday, April 12, 2009

003 AALI IMRAN - NABI ISA


ISA IBNI MARYAM


Nabi Isa telah dibekalkan Allah beberapa mukjizat saperti berikut:

Boleh menjadikan burung hidup dari tanah yang digumpal dan ditiupnya, dengan izin Allah.

Boleh menyembuhkan penyakit buta dan sopak.

Boleh menghidupkan orang yang mati.

Boleh memberitahi apa yang dimakan dan disimpan di rumah.

Nabi Isa juga dibekal Allah ilmu dari kitab Taurat dan Injil. Beliau membenarkan kitab Taurat yang telah lama diketepikan oleh kaumnya. Kaum Bani Israel telah banyak engkar kepada ajaran Taurat. Disamping itu Nabi Isa telah menghapuskan beberapa larangan yang dikenakan kepada Bani Israel saperti menghalalkan makanan lemak yang dahulunya diharamkan.

#####################

Pelbagai - Falsafah Ilmu:

Peringkat asas ialah maklumat (informtion)

Peringkat kedua ialah Pengetahuan (knowledge/makrifah) - merupakan maklumat yang tersusun.

Peringkat ketiga ialah Ilmu (science) - pengetahuan yang berdasarkan kepada dalil. Dalil boleh diperolehi dari Al Quran atau Hadis Nabi SAW. Atau dalam keadaan biasa ujikaji sains dengan bukti nyata (yang diuji adalah sunatullah)

Peringkat keempat ialah hikmah. Perkara yang diketahui tanpa belajar. Datang dengan sendiri tapi bergantung kepada amalan.

Peringkat kelima ialah Wahyu yang hanya diberikan kepada Nabi dan Rasul.

Terdapat juga bisikan yang biasanya akan merosakkan.



No comments:

My Blog List