Sunday, March 01, 2009

TASKIRAH TERATAI - KUASA ALLAH


Surah Aali Imran Ayat 26 dan 27


(riwayat hadis Nabi Muhammad SAW).

Apabila Allah suka kepada sesaorang itu Ia akan memberi tahu Jibril yang Ia suka orang itu dan menyuruh seluruh malaikat untuk suka pada orang itu. Malaikat pula akan membertahu semua makluk yang Allah suka pada orang tersebut dan menyuruh makluk untuk suka kepada orang itu.

Sebaliknya jika Allah tak suka kepada sesaorang itu Ia akan memberitahu Jibril yang Ia tak suka pada orang itu dan seluruh makluk akan diberitahu yang Allah tak suka pada orang itu.


Kita manusia dan semua makluk dengar seruan ini tapi bukan dengar dengan telinga fisikal tapi dengan telinga hati. Jadi tak semua manusia faham seruan ini.

.............................................

Hanya Allah yang mempunyaikuasa mutlak. Manusia hanya diberi kuasa oleh Allah (jika Ia menghendaki demikian) dan kuasa ini boleh ditarik balik dengan kehendakNya.

Banyak jika tidak, semua kuasa besar atau pemerintahan negara pupus apabila tiba masanya yang ditentukan Allah. Dinasti Cina terkubur, Empire British tinggal nama, Raja Melayu Melaka dan lainya tinggal hanya warisannya, Shah Iran tinggal hanya keluarganya, dan seterusnya . . . semua kekuasaan musnah bila tiba masanya.

Allah berkuasa memberi kuasa kepada sesaorang, memuliakan sesaorang dan menghina sesaorang. Ini adalah hak mutlak Allah. Kita bagaimanapun boleh berusaha dan berdoa supaya dianugerahi keberkatan dan kasih sayang Allah.
. . . . . .

Kuasa pemerintahan Islam telah tiada lagi. Tiada negara di dunia ini yang benar-benar menjalankan pemerintahan secara Islam. Walau bagaimanapun ada juga negara yang masil menjalankan hanya Hukum Hudud tetapi cara pemerintahan Islam yang lainnya tidak diamalkan. Yang diamalkan oleh kebanyak negara yang ramai penduduk Islam ialah pemerintahan cara "moden?".

Pemerintahan Islam menurut falsafahnya mula dari pemerintahan Islam pada diri individu itu sendiri. Kita/Individu mestilah memerintah diri kita sendiri supaya mengikut cara Islam keseluruhannya. Jika ini berlaku kehidupan kita dikawal secara sendiri (tanpa pengaruh orang lain atau slogan atau kempen) dengan prinsip Islam keseluruhannya. Kita tak langgar lampu (trafik) merah, kita tak mengambih hak orang lain, kita tak rasuah, kita tak mengumpat, kita menolong orang senang dan orang susah, dll. Islam sendiri mengawal kita supaya berperangai baik dan mempunyai sikap terpuji mengikut prinsip Islam.

Jika kita bersikap dan mempunyai peribadi yang disarankan oleh Islam dan semua orang Islam lain sedemikian juga, maka satu masyarakat Islam boleh dibena. Orang bukan Islam secara otomatik akan tertarik dan akan mengikut cara-cara Islam.

(Sekarang ini orang bukan Islam terutamanya di negara maju, banyak mempunyai disiplin diri yang sarankan oleh Islam. Orang Islam bagaimana?).

Jika kita memerintah diri kita dengan cara pemerintahan Islam, dan ini juga berlaku pada keluarga kita yang memeritah diri masing-masing hidup secara Islam sepenuhnya, dan ahli masyakat yang lain sebegitu juga, kesanya ialah terbena satu masyarakat Islam sapertimana terbenanya masyarakat Islam Madinah di awal-awal (tahun) Hijrah dulu.

Jika ini berlaku barulah negara Islam terbena kukuh, dengan izin Allah kerana Allah mempunyai kuasa mutlak atas segalanya dan segalanya menurut kehendakNya. Allah berkuasa dan boleh memberi kuasa, kemulian atau kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya (ayat 26 di atas).

. . . . . . . . . . . . .. . . .

Allah banyak mempunyai bala tenteranya.

Contoh:
Ulat adalah bala tenteranya bagi misalnya, menghilangkan bangkai dari permukaan bumi. Tanpa ulat memakan bangkai apa akan terjadi?

Burung, kelawar, kumbang, rama-rama (juga angin) adalah tentera Allah yang menghasilkan buah-buahan makanan kita dan makluk-makluk lain. Kalau tidak ada mereka masakan pendebungaan boleh berlaku.

Ini tak bermakna Allah perlu bergantung kepada tenteranya menguasai alam semesta ini. Ia berbuat demikian kerana ini adalah kehendaknya dan Ia boleh buat apa yang Dia suka kepada segala yang milik mutlakNya.

Taskirah UMYA/Teratai


No comments:

My Blog List