Friday, February 27, 2009

FALSAFAH - KHALIFAH ALLAH

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Peranan manusia di dunia ini adalah sebagai Khalifah Allah dan disamping itu juga sebagai HambaNya. Menjadi Khalifah bermaksud menjadi pentadbir atau pengurus segala yang ada di dunia ini supaya ianya teratur dan selamat. Manusia sebagai Kalifah bertanggung jawab memimpin dirinya, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya. Juga menjaga supaya harta benda kepunyaan Allah didunia ini sentiasa selamat dan tidak disalah gunakan. Sebagai Khalifah manusia diamanahkan oleh Allah untuk menjaga harta benda kepunyaannya.


PERANAN KHALIFAH INI TELAH DICADANGKAN ALLAH KEPADA LANGIT, KEPADA BUMI DAN KEPADA GUNUNG-GANANG TETAPI MAKLUK TERSEBUT TELAL MENOLAKNYA KERANA TAK YAKIN MAMPU BERBUAT DEMIKIAN. HANYA MANUSIA/ADAM YANG SANGGUP MENERIMA TANGGUNG JAWAB MENJADI KHALIFAH TERSEBUT DAN KITA SEKARANG MEWARISINYA.

"KENALAH BUAT ELOK-ELOK."

Ayat-ayat dalam surah Al Furqaan (ayat 63 dan selanjutnya) membentangkan sifat manusia sebagai khalifah di dunia ini. Di antara tugas atau tanggung jawabnya ialah (klik rajah untuk membesarkannya):-

1). Tidak meninggikan diri semasa berjalan

2). Bila bercakap tidak merendahkan orang lain

3). Beribadat di waktu malam hari

4). Selalu berdoa

5). Tidak boros atau tidak kedekut menggunakan harta (sederhana)

6). Tidak menyembah lain dari Allah

7). Tidak memakukan zina

8). Tidak membunuh tanpa sebab yang dibenarkan agama

9). Bertaubat dan beramal soleh

10). Tidak menjadi saksi palsu

11). Bila berjalan di tempat tak baik tidak terlibat dengan kegiatannya.


Disamping menjadi Khalifah Allah di bumi ini manusia perlu juga menjaga hamba Allah yang lainya supaya bumi sentiasa aman dan dirahmati Allah.

Sebagai pemimpin dan Khalifah manusia perlu mengajak manusia lainnya berbuat baik dan melarang atau mencegah mereka membuat mungkar dan kerosakan.

Disamping itu ia mestilah meramal soleh.

Tanggung jawab ini dinyatakan dalam ayat 110 Surah Aali Imran (klik rajah untuk membesarkannya).


Doa berkaitan:














Contoh salahguna harta atau tanggung jawab:

Menggunakan harta pejabat bagi kegunaan sendiri dan keluarga. Contoh: bawa balik pen atau pensel untuk digunakan oleh anak. Gunakan kereta rasmi unuk kegunaan keluarga (kecuali dinyatakan dalam syarat perkhidmatan), mengambil komesen, upah, sogokan dsbnya hasil urusan pejabat (beli barang dan perkhidmatan ada mendapat imbuhannya), lebih tuntut kos menjalankan tugas atau elaunnya (kerja lebih masa, tuntutan perjalanan, tuntutan penginapan), kurang masa kerja kerana ponteng atau curi tulang.

Kesah benar:

"Bos kami dulu suruh kami tuntut tambang teksi (mahal) daripada tuntut tambang kereta api (murah) walau pun kami naik kereta api setiap hari. Sebab apa? Dia nak tuntut teksi! Tahu sebab kami lihat borang tuntutannya daripada Setiausaha sulitnya. Inilah faedah baik dengan kakitangan sulit Bos. (1984) Nasib baik saya tak ikut kata arahannya. Kalau tidak sekarang kena refundlah." - semasa kerja dengan kerajaan

Bos yang satu lagi ubahkan tuntutan perjalanan saya ke jumlah yang lebih tinggi kerana kalau tidak pentadbiran akan tahu dia tuntut lebih dan saya tuntut kadar sebenarnya. Masa tu saya tak perasan niatnya. Kemudian baru tahu. (1980)" - semasa kerja dengan swasta.



Taskirah Teratai 0902272000/UMYA

No comments:

My Blog List