Monday, July 26, 2010

KURANGKANLAH MAKAN



Petikan dari kitab Sairus Salikin Juzuk Ketiga:

Berkenaan dengan faedah kurang makan.



Tempat kepada kebinasaan itu ialah shahwat perut dan sangat gemar kepada makanan. Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga kerana memakan buah larangan. Shahwat perut pula memintan kepada gemar kepada kekayaan dunia dan harta benda.


Nabi Muhammad s.a.w. Pernah berkata:




Barang siapa makan dan minum setengah perutnya nescaya dapat ia satu suku daripada mertabat ambia


Kenapa kenyang dicela?



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut adalah 10 kelebihan berlapar dan kecelaan kenyang:

Faedah Pertama:

Lapar mencuci dan menerangkan hati, juga membuka mata hati. Kenyang pula mengurangkan akal dan membutakan mata hati juga mematikannya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedua:

Lapar melembutkan hati menghasilkan kelazatan munajat, kelazatan berbuat ibadat dan berzikir.

---------------------------------------------------------

Faedah Ketiga:

Lapar memecah dan menghinakan hati, menghilangkan takbur dan keasukaan kepada dunia. Takbur itu adalah asal segala zalim dan melupakan Allah Taala. Tiada sesuatu yang lebih memecah dan menghinakan akan dia melainkan lapar. Kembalilah ia pada Tuhannya dengan kyusuk dan melihat ianya hina dan melihat Tuhannya amat mulia.



---------------------------------------------------------

Faedah Keempat:

Lapar akan mengingatkan bala dan seksa Allah dan lupa kepada orang lain yang lapar. Lapar juga mengingatkan kelaparan di akhirat dan seksanya membawa ia takut kepada Allah. Lihat apa kata Nabi Yusuf 'alaihissalam mengenainya: Mengingatkan orang lain yang lapar akan mendatangkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan makluk lain yang lapar, mengilhamkan untuk bersedekah yang besar pahalanya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:


---------------------------------------------------------

Faedah Kelima:

Lapar memecah segala shahwat maksiat dan mengawal fafsu amarah serta mengalahkan syaitan. Kenyang adalah asal kejadian segala maksiat.

---------------------------------------------------------

Faedah Keenam:

Lapar mengelakkan tidor dan membolehkan jaga malam untuk berbuat ibadat. Banyak makan akan membanyakkan minum dan menbanyakkan tidurnya. Tidur pula memendekkan umur dan mengurangkan ibadat tahajjud malam. Ianya juga mengurangkan akan dan mengeraskan hati, asal segala kebinasaan.


---------------------------------------------------------

Faedah Ketujuh:

Lapar memudahkan mengekali ibadat. Banyakkan makan mengurangkan masa ibadat kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan mengendalikan makanan. Juga kesan sampingannya saperti perlu membersihkan diri dan sisa makan dan perlunya pergi ke tandas membersihkan isi perut. Sedikit makan akan mengurangkan masa tersia untuk digunakan untuk beribadat.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedelapan:

Mengurang makan akan menyihatkan badan dan menolak segala penyakit. Banyak makan mengalakkan penyakit yang yang akan mengurangkan ibadat, menyusahkan hati dan mencegah berfikir yang berfaedah. Ia pula memerlukan ubat dan kos menghilangkan penyakit tersebut.


---------------------------------------------------------

Faedah Kesembilan:

Banyak makan memerlukan harta yang banyak untuk membiayai makanan tersebut perlu juga diperbagaikan jenisnya. Usaha mendapat harta pula akan mengurangkan masa beribadat mengurangkan faedah akhiratnya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kesepuluh:

Kurang makan membolehkan bersedekah dengan makanan atau harta berlebihan yang ada untuk faedah orang fakir, miskin dan anak yatim, membolehkan pahala akhirat. Juga mendapat naungan Allah ketika itu.


SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Tuesday, July 13, 2010

SURAH SUBUH 100712



Bacaan surah solat Subuh pagi tadi ialah Surah Al Buruj dan Surah At Tariq. Imamnya ialah HIMR. Rengkasan surahnya adalag berikut:


85 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 8585 85 85 85 85 85

085 AL- BURUJ

(Gugusan Bintang)

(Klik untuk Baca dan Dengar)






RENGKASAN:

Allah bersumpah dengan langit di mana bintang beredar dan dengan hari pembalasan. Juga dengan makhluk yang hadir di hari itu serta perkara yang disaksikannya.

Allah menyatakan celakalah kepada kaum yang menggali parit berisi bahan bakaran dan melaknat mereka yang duduk di kelilingnya sambil melihat orang beriman diseksa. Mereka ini marah dan menyeksa orang beriman itu kerana orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Ingatlah, Allah sentiasa menyaksikan setiap sesuatu.

Allah menyatakan bahawa orang yang menimpakan bencana bagi memesongkan manusia yang beriman itu tidak bertaubat, akan beroleh azab neraka Jahannam. Mereka akan diazab dengan api yang kuat membakarnya.

Bagaimana pun, orang yang beriman dan beramal soleh pula akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Inilah kemenangan yang besar.

Azab Tuhan terhadap orang yang kufur ingkar amatlah berat.

Allah lah yang mencipta semua makhluk dari asalnya dan akan menghidupkan mereka semula sesudah mereka mati. Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. Dia berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya.

Tahukah kamu Muhammad, perihal kebinasaan yang menimpa kaum yang menentang Rasul mereka? Mereka itu ialah kaum Firaun dan kaum Thamud.

Kaummu pula, bukan sahaja menolak ajaranmu, bahkan mereka yang kafir itu terus mendustakan kebenaran. Sedang Allah melingkungi mereka dengan kekuasaanNya!

Sebenarnya apa yang engkau sampaikan itu bukanlah syair atau sihir. Ianya ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya, lagi yang terpelihara sebaiknya pada Lauh Mahfuz.




086 086 086 086 086 086 086 086 086 086086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086 086


086 AT-TARIQ

(Yang Datang di Malam Hari)

(Klik untuk Baca dan Dengar)



RENGKASAN SURAH:
Demi langit dan “At-Taariq”, bintang yang menembusi cahayanya.

Semua diri itu ada malaikat yang menjaganya serta yang menyimpan catitan bawaannya. Setelah mengetahui yang demikian, maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.

Manusia diciptakan dari air mani yang memancut ke dalam rahim, keluar dari “tulang sulbi” dan “tulang dada”.

Sesungguhnya Allah BerKuasa menghidupkan semula makluk yang sudah mati. Pada hari itu akan didedahkan segala yang terpendam di hati dari iktiqad, niat dan lainnya. Dan pada hari itu, manusia tiada kekuatan untuk membela diri dan tiada terdapat penolong yang boleh menolongnya.

Demi langit yang mencurahkan hujan dan demi bumi yang merekah membenarkan keluarnya tumbuhan. Kata-kata dari Al-Quran itu adalah kata pemutus yang benar dan bukanlah perkataan mainan.

Mereka yang menentangmu Muhammad, bermatian menjalankan rancangan jahat mereka dan Aku (Allah) pula tetap bertindak membalas rancangan jahat mereka itu bagi menggagalkannya.

Oleh itu janganlah engkau mahu disegerakan kebinasaan mereka itu. Berilah mereka tempoh masa.


TAMAT ___________________________________________

My Blog List