Monday, July 26, 2010

KURANGKANLAH MAKAN



Petikan dari kitab Sairus Salikin Juzuk Ketiga:

Berkenaan dengan faedah kurang makan.



Tempat kepada kebinasaan itu ialah shahwat perut dan sangat gemar kepada makanan. Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga kerana memakan buah larangan. Shahwat perut pula memintan kepada gemar kepada kekayaan dunia dan harta benda.


Nabi Muhammad s.a.w. Pernah berkata:




Barang siapa makan dan minum setengah perutnya nescaya dapat ia satu suku daripada mertabat ambia


Kenapa kenyang dicela?



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut adalah 10 kelebihan berlapar dan kecelaan kenyang:

Faedah Pertama:

Lapar mencuci dan menerangkan hati, juga membuka mata hati. Kenyang pula mengurangkan akal dan membutakan mata hati juga mematikannya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedua:

Lapar melembutkan hati menghasilkan kelazatan munajat, kelazatan berbuat ibadat dan berzikir.

---------------------------------------------------------

Faedah Ketiga:

Lapar memecah dan menghinakan hati, menghilangkan takbur dan keasukaan kepada dunia. Takbur itu adalah asal segala zalim dan melupakan Allah Taala. Tiada sesuatu yang lebih memecah dan menghinakan akan dia melainkan lapar. Kembalilah ia pada Tuhannya dengan kyusuk dan melihat ianya hina dan melihat Tuhannya amat mulia.



---------------------------------------------------------

Faedah Keempat:

Lapar akan mengingatkan bala dan seksa Allah dan lupa kepada orang lain yang lapar. Lapar juga mengingatkan kelaparan di akhirat dan seksanya membawa ia takut kepada Allah. Lihat apa kata Nabi Yusuf 'alaihissalam mengenainya: Mengingatkan orang lain yang lapar akan mendatangkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan makluk lain yang lapar, mengilhamkan untuk bersedekah yang besar pahalanya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:


---------------------------------------------------------

Faedah Kelima:

Lapar memecah segala shahwat maksiat dan mengawal fafsu amarah serta mengalahkan syaitan. Kenyang adalah asal kejadian segala maksiat.

---------------------------------------------------------

Faedah Keenam:

Lapar mengelakkan tidor dan membolehkan jaga malam untuk berbuat ibadat. Banyak makan akan membanyakkan minum dan menbanyakkan tidurnya. Tidur pula memendekkan umur dan mengurangkan ibadat tahajjud malam. Ianya juga mengurangkan akan dan mengeraskan hati, asal segala kebinasaan.


---------------------------------------------------------

Faedah Ketujuh:

Lapar memudahkan mengekali ibadat. Banyakkan makan mengurangkan masa ibadat kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan mengendalikan makanan. Juga kesan sampingannya saperti perlu membersihkan diri dan sisa makan dan perlunya pergi ke tandas membersihkan isi perut. Sedikit makan akan mengurangkan masa tersia untuk digunakan untuk beribadat.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedelapan:

Mengurang makan akan menyihatkan badan dan menolak segala penyakit. Banyak makan mengalakkan penyakit yang yang akan mengurangkan ibadat, menyusahkan hati dan mencegah berfikir yang berfaedah. Ia pula memerlukan ubat dan kos menghilangkan penyakit tersebut.


---------------------------------------------------------

Faedah Kesembilan:

Banyak makan memerlukan harta yang banyak untuk membiayai makanan tersebut perlu juga diperbagaikan jenisnya. Usaha mendapat harta pula akan mengurangkan masa beribadat mengurangkan faedah akhiratnya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kesepuluh:

Kurang makan membolehkan bersedekah dengan makanan atau harta berlebihan yang ada untuk faedah orang fakir, miskin dan anak yatim, membolehkan pahala akhirat. Juga mendapat naungan Allah ketika itu.


SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

No comments:

My Blog List