UGAMA YAHUDI, NASRANI DAN ISLAM
Masyarakat di zaman Nabi Muhammad s.a.w. menganuti tiga agama Allah yang diturunkan melalui tiga nabiNya yaitu Nabi Musa (agama Yahudi), Nabi Isa (agama Nasrani atau Christian) dan Nabi Muhammad (Agama Islam). Asalnya adalah agama yang satu yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua anak yaitu Ishak (hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah) yang menurunkan zuriatnya Nabi Yaakob diikuti dengan anak cucunya keturunannya termasuklah Nabi Musa dan Nabi Isa. Nabi Musa diberikan Allah kitab Taurat dan Nabi Isa kitab Injil. Seorang lagi anak Nabi Ibrahim ialah Nabi Ismail yang salah seorang keturunannya ialah Nabi Muhammad, s.a.w., nabi terakhir bagi manusia di dunia ini. Bagi Nabi Muhammad s.a.w. Allah turunkan kitab terakhir, Al Quran kepadanya.
Agama Nabi Ibrahim merupakan agama tauhid yang mengesakan Allah. Bagitu juga asal agama Yahudi dan Nasrani kedua-duanya mengtauhidkan Allah asalnya.
Tetapi malangnya agama Yahudi dan Nasrani telah diselewengkan oleh ketua agama mereka. Akibatnya agama Yahudi mengatakan yang Allah mempunyai anak (Uzair). Nasrani juga berkata perkara yang sama, menyatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah, malah mereka juga mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan.
Agama Islam menyangkalkan yang Allah mempunyai anak. Ini dinyatakan dalam Surah 112 Al Iklaas. Ayat ketiga surah tersebut menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan. Ayat keempat pula menyatakan yang tidak ada apa-apa yang sama dengan Allah. Ianya tunggal.
Orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang berbangsa Yahudi. Pehak Nasrani pula menyatakan yang Nabi Ibrahim adalah seorang Nasrani. Ini adalah tidak benar kerana Nabi Ibrahim hidup di zaman yang sangat terdahulu dari adanya kaum Yahudi (zaman selepas Nabi Yaakob) dan adanya kaum Nasrani (Zaman Nabi Isa). Kenyataan mereka tak masuk akal langsung.
Al Quran menyatakan mereka bijak tapi tidak berakal kerana tidak dapat berfikir waras mengenai keadaan Nabi Ibrahim yang sebenarnya. Beliau bukan Yahudi atau Nasrani tetapi. Yang Yahudi atau Nasrani adalah keturunannya yang lahir lama selepas beliau wafat.
Jadi tak perlulah mereka terus bertengkar atau berbincang tentang perkara Nabi Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani.
Titik persamaan pendapat antara Yahudi, Nasrani dan Islam ialah bahawa Nabi Ibrahim adalah moyang kepada Yahudi, Nasrani dan Orang Arab (Islam/Nabi Muhammad). (Lihat rajah tentang salasiah nabi di atas).
Ketiga pehak ini bolehlah bersatu mulai dari titik persamaan ini. Mereka juga asalnya menyembah Tuhan yang sama, yaitu Yahwil (bahasa Yahudi) atau Allah (bahasa orang Islam) atau Lord (bahasa Nasrani / Inggerisnya). Perbincangan tentang ketiga-tiga agama boleh diteruskan bermula titik persafaham ini.
Agama Nabi Ibrahim adalah agama yang mengesakan dan mentauhidkan Allah. Agama kini yang terus berbuat demikian ialah agama Islam. Islam masih lagi meneruskan upacara keagamaan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim saperti sembahyang, tawaf, haji, kurban dan sebagainya.
Ajaran agama Kristian dan Yahudi sekarang ini bukanlah sama dengan ajaran agama kristian/Yahudi zaman dahulu.
Ini adalah kerana kitab mereka telah mereka selewengkan. Kitab asal mereka ada menyatakan yang akan datang nabi terakhir tetapi mereka tidak menerima nabi tersebut (Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda bukanlah dari bangsa mereka tapi berbangsa Arab. Asalnya kaum Nasrani menyembah Tuhan yang satu tetapi kemudiannya mereka katakan Nabi Isa itu Tuhan. Yahudi pula menyatakan bahawa tuhan ada anak.
Yahudi masih percayakan kepada Tuhan yang satu. Dalam upacara penyembelihan binatang untuk dimakan mereka masih menyembelihnya atas nama Tuhan yang satu yaitu Allah. Dengan itu maka makanan sembelihan mereka halal kita makan.
.Masyarakat di zaman Nabi Muhammad s.a.w. menganuti tiga agama Allah yang diturunkan melalui tiga nabiNya yaitu Nabi Musa (agama Yahudi), Nabi Isa (agama Nasrani atau Christian) dan Nabi Muhammad (Agama Islam). Asalnya adalah agama yang satu yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua anak yaitu Ishak (hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah) yang menurunkan zuriatnya Nabi Yaakob diikuti dengan anak cucunya keturunannya termasuklah Nabi Musa dan Nabi Isa. Nabi Musa diberikan Allah kitab Taurat dan Nabi Isa kitab Injil. Seorang lagi anak Nabi Ibrahim ialah Nabi Ismail yang salah seorang keturunannya ialah Nabi Muhammad, s.a.w., nabi terakhir bagi manusia di dunia ini. Bagi Nabi Muhammad s.a.w. Allah turunkan kitab terakhir, Al Quran kepadanya.
Agama Nabi Ibrahim merupakan agama tauhid yang mengesakan Allah. Bagitu juga asal agama Yahudi dan Nasrani kedua-duanya mengtauhidkan Allah asalnya.
Tetapi malangnya agama Yahudi dan Nasrani telah diselewengkan oleh ketua agama mereka. Akibatnya agama Yahudi mengatakan yang Allah mempunyai anak (Uzair). Nasrani juga berkata perkara yang sama, menyatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah, malah mereka juga mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan.
Agama Islam menyangkalkan yang Allah mempunyai anak. Ini dinyatakan dalam Surah 112 Al Iklaas. Ayat ketiga surah tersebut menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan. Ayat keempat pula menyatakan yang tidak ada apa-apa yang sama dengan Allah. Ianya tunggal.
Orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang berbangsa Yahudi. Pehak Nasrani pula menyatakan yang Nabi Ibrahim adalah seorang Nasrani. Ini adalah tidak benar kerana Nabi Ibrahim hidup di zaman yang sangat terdahulu dari adanya kaum Yahudi (zaman selepas Nabi Yaakob) dan adanya kaum Nasrani (Zaman Nabi Isa). Kenyataan mereka tak masuk akal langsung.
Al Quran menyatakan mereka bijak tapi tidak berakal kerana tidak dapat berfikir waras mengenai keadaan Nabi Ibrahim yang sebenarnya. Beliau bukan Yahudi atau Nasrani tetapi. Yang Yahudi atau Nasrani adalah keturunannya yang lahir lama selepas beliau wafat.
Jadi tak perlulah mereka terus bertengkar atau berbincang tentang perkara Nabi Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani.
Titik persamaan pendapat antara Yahudi, Nasrani dan Islam ialah bahawa Nabi Ibrahim adalah moyang kepada Yahudi, Nasrani dan Orang Arab (Islam/Nabi Muhammad). (Lihat rajah tentang salasiah nabi di atas).
Ketiga pehak ini bolehlah bersatu mulai dari titik persamaan ini. Mereka juga asalnya menyembah Tuhan yang sama, yaitu Yahwil (bahasa Yahudi) atau Allah (bahasa orang Islam) atau Lord (bahasa Nasrani / Inggerisnya). Perbincangan tentang ketiga-tiga agama boleh diteruskan bermula titik persafaham ini.
Agama Nabi Ibrahim adalah agama yang mengesakan dan mentauhidkan Allah. Agama kini yang terus berbuat demikian ialah agama Islam. Islam masih lagi meneruskan upacara keagamaan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim saperti sembahyang, tawaf, haji, kurban dan sebagainya.
#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@
Ajaran agama Kristian dan Yahudi sekarang ini bukanlah sama dengan ajaran agama kristian/Yahudi zaman dahulu.
Ini adalah kerana kitab mereka telah mereka selewengkan. Kitab asal mereka ada menyatakan yang akan datang nabi terakhir tetapi mereka tidak menerima nabi tersebut (Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda bukanlah dari bangsa mereka tapi berbangsa Arab. Asalnya kaum Nasrani menyembah Tuhan yang satu tetapi kemudiannya mereka katakan Nabi Isa itu Tuhan. Yahudi pula menyatakan bahawa tuhan ada anak.
Yahudi masih percayakan kepada Tuhan yang satu. Dalam upacara penyembelihan binatang untuk dimakan mereka masih menyembelihnya atas nama Tuhan yang satu yaitu Allah. Dengan itu maka makanan sembelihan mereka halal kita makan.
******************** alhamdulillah *********************
1 comment:
Kalau kekacauan itu ada di indonesia,
wajar mungkin karena bukan dari indonesia asal Nabi Ibrahim..
tapi ini terjadi ditanah mereka yg sebelumnya Nabi Ibrahim sendiri berdoa agar keturunannya kelak adalah bangsa-bangsa yang Rahmatan Lil Alam..
Mengapa dari keturunannya sendiri yang begitu ?
Post a Comment