Sunday, May 10, 2009

SURAH 003 AALI IMRAN


AHLIL KITAB DI MADINAH

Sebelum Nabi Muhammad S.A.W. datang dan tinggal di Madinah sudah terdapat dua kaum ahlilkitab yang bertapak di situ yaiitu kaum Yahudi yang berpegang dengan ajaran kitab Taurat dan kaum Nasrani yang berpegang dengan kitab Injil mereka.

Saperti mana kita ketahui kedua kitab tersebut bukanlah kitab asalnya yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa. Kitab tersebut telah diubah isi kandungannya oleh ketua-ketua mereka.

Nabi Muhammad S.A.W pula datang tinggal di Madinah membawa agama Islam yang berdasarkan kepada kitab Al Quran. Oleh sebab Nabi Muhammad adalah bukan dari kaum mereka maka mereka telah menolak ajaran Nabi Muhammad (kecuali sedikit daripada mereka) walau pun dalam kitab mereka tercatat adanya nabi terakhir yang perlu mereka ikuti.

Keenganan mereka menganuti Islam bukan berhenti setakat itu sahaja. Mereka mula memusuhi agama Islam dan orang-orang yang berpegang pada ajarannya. Jika boleh mereka mahu Islam dihapuskan,

Sikap ini membuat mereka cuba untuk membunuh Nabi Muhammad sebanyak dua kali. Pertamaya apabila mereka menjamu Nabi Muhammad dengan kambing panggang yang dibubuh racun. Oleh kerana Nabi Muhammad tidak memakan kambing tersebut rancangan mereka ini gagal. Mereka berkata bahawa racun dibubuh hanya untuk mencuba Nabi. Jika baginda adalah seorang nabi maka racun tersebut tak akan membunuhnya, kata mereka. Sahabat nabi yang memakan daging tersebut bagaimana pun mati selepas memakannya.

Kali kedua ialah tatkala Nabi pergi ke kampong mereka untuk berbincang sesuatu. Tatkala nabi berdiri di satu sudut mereka telah menjatuhkan dari bumbung rumah batu (pengisar tepong) ke arah nabi. Jika nabi tak beralih tempat berdirinya sudah tentu beliau ditimpa batu tersebut (dan akibatnya akan mati terhempap). Allah selamatkan nabi.

Sejarah telah menunjukkan kepada kita yang kaum ini telah membunuh banyak dari nabi mereka termasuk Nabi Zakaria, dan Nabi Yahya (dan Naib Isa jika tidak diangkat Allah ke langit) disebab melarang mereka membuat apa yang mereka suka tapi yang berlawanan dengan ajaran agama mereka.

Kebencian mereka terhadap Islam dan penganutnya berterusan sampai sekarang ini. Berbagai cara mereka usahakan untuk menghilangkan pengaruh Islaan di dunia ini.

Malangnya ramai daripada orang Islam sendiri menurut cita-cita mereka supaya masyarakat Islam berpaling jauh dari ajaran Islam yang mana pada akhirnya mengakibatkan ajaran Islam menjadi suatu ajaran yang pupus. Rancangan mereka dah pun masuk ke setiap rumah orang Islam dalam bentuk teknoloji moden mereka termasuk siaranTV, majallah dan surat khabar.

Masa (lapang) orang Islam yang dahulunya banyak digunakan untuk belajar Ilmu Islam dan membaca Al Quran telah diambil alih oleh siaran mereka melalui TV, Internet (** lihat nota dibawah) dan sebagainya yang menyiarkan kebanyakannya unsur-unsur bukan Islam, yang banyak juga direncanakan, ditajakan atau diuruskan malangnya oleh orang Islam sendiri.

Nampaknya rancangan mereka untuk melemahkan dan menghancurkan Islam akan berjaya jika orang Islam sendiri lambat sedar dan bangun menolong diri mereka sendiri untuk memajukan Islam.

(** lihat nota dibawah)
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memasukkan berbagai jenis isi kandungan bahan bacaan, tontonan dan dengaran Islam dalam Internet dan siaran TV dan radio untuk bacaan, pendengaran dan tontonan manusia Islam dan bukan Islam. Luaskan medan perjuangan Islam.


@@@@@ posting terdahulu @@@@@@
.


SURAH 003 AALI IMRAN

UGAMA YAHUDI, NASRANI DAN ISLAM








Masyarakat di zaman Nabi Muhammad s.a.w. menganuti tiga agama Allah yang diturunkan melalui tiga nabiNya yaitu Nabi Musa (agama Yahudi), Nabi Isa (agama Nasrani atau Christian) dan Nabi Muhammad (Agama Islam). Asalnya adalah agama yang satu yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim mempunyai dua anak yaitu Ishak (hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah) yang menurunkan zuriatnya Nabi Yaakob diikuti dengan anak cucunya keturunannya termasuklah Nabi Musa dan Nabi Isa. Nabi Musa diberikan Allah kitab Taurat dan Nabi Isa kitab Injil. Seorang lagi anak Nabi Ibrahim ialah Nabi Ismail yang salah seorang keturunannya ialah Nabi Muhammad, s.a.w., nabi terakhir bagi manusia di dunia ini. Bagi Nabi Muhammad s.a.w. Allah turunkan kitab terakhir, Al Quran kepadanya.

Agama Nabi Ibrahim merupakan agama tauhid yang mengesakan Allah. Bagitu juga asal agama Yahudi dan Nasrani kedua-duanya mengtauhidkan Allah asalnya.

Tetapi malangnya agama Yahudi dan Nasrani telah diselewengkan oleh ketua agama mereka. Akibatnya agama Yahudi mengatakan yang Allah mempunyai anak (Uzair). Nasrani juga berkata perkara yang sama, menyatakan bahawa Nabi Isa itu anak Allah, malah mereka juga mengatakan bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan.

Agama Islam menyangkalkan yang Allah mempunyai anak. Ini dinyatakan dalam Surah 112 Al Iklaas. Ayat ketiga surah tersebut menyatakan bahawa Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan. Ayat keempat pula menyatakan yang tidak ada apa-apa yang sama dengan Allah. Ianya tunggal.

Orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang berbangsa Yahudi. Pehak Nasrani pula menyatakan yang Nabi Ibrahim adalah seorang Nasrani. Ini adalah tidak benar kerana Nabi Ibrahim hidup di zaman yang sangat terdahulu dari adanya kaum Yahudi (zaman selepas Nabi Yaakob) dan adanya kaum Nasrani (Zaman Nabi Isa). Kenyataan mereka tak masuk akal langsung.

Al Quran menyatakan mereka bijak tapi tidak berakal kerana tidak dapat berfikir waras mengenai keadaan Nabi Ibrahim yang sebenarnya. Beliau bukan Yahudi atau Nasrani tetapi. Yang Yahudi atau Nasrani adalah keturunannya yang lahir lama selepas beliau wafat.

Jadi tak perlulah mereka terus bertengkar atau berbincang tentang perkara Nabi Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani.

Titik persamaan pendapat antara Yahudi, Nasrani dan Islam ialah bahawa Nabi Ibrahim adalah moyang kepada Yahudi, Nasrani dan Orang Arab (Islam/Nabi Muhammad). (Lihat rajah tentang salasiah nabi di atas).

Ketiga pehak ini bolehlah bersatu mulai dari titik persamaan ini. Mereka juga asalnya menyembah Tuhan yang sama, yaitu Yahwil (bahasa Yahudi) atau Allah (bahasa orang Islam) atau Lord (bahasa Nasrani / Inggerisnya). Perbincangan tentang ketiga-tiga agama boleh diteruskan bermula titik persafaham ini.

Agama Nabi Ibrahim adalah agama yang mengesakan dan mentauhidkan Allah. Agama kini yang terus berbuat demikian ialah agama Islam. Islam masih lagi meneruskan upacara keagamaan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim saperti sembahyang, tawaf, haji, kurban dan sebagainya.


TAMAT

#@#@#@#@#@#@#@#@#@#@

No comments:

My Blog List