Sunday, July 13, 2008


Surau Madrasatul Huda
Madrasatul Huda ditubuhkan pada 1985, oleh Jawatankuasa diketuai oleh Hj Abdul Aziz Hashim. Ia menjadi tempat bersolat jemaah & sekolah Fardhu 'Ain anak-anak penduduk pada masa itu.

Pada awal tahun 1988, pelan bangunan baru telah direkacipta oleh saudara Ayeob Nuruddin, & siap dibina pada tahun 1992. Belanja kosnya menelan lebih RM200,000, hasil kutipan umum.

Masa demi masa, bangunan AlHuda diubahsuai, seperti menambah tempat memasak, serambi menghidang, serambi wanita, bilik imam, bilik bilal & lain-lain.

Jemaah Taman Bukit Teratai dan sekitarnya dijemput untuk mengimarahkan Madrasatul Huda.


Aktiviti Madrasatul Huda seperti berikut:

kelas agama
kelas membeca Al-Quran
kelas berzanji, marhaban
kursus, syaraha
kaunseling, konsultasi
katering dan perkhidmatan khemah
pengurusan jenazah

AJK Pengelola:

"Sila lihat header di atas"


SAR (Kafa Integrasi) AlHuda

SAR (KAFA Integrasi) AlHuda ditubuhkan pada tahun 1985, serentak dengan tertubuhnya surau Madrasatul Huda. Pada awal penubuhannya, ianya diuruskan oleh seorang guru sahaja, iaitu Ustazah Hajjah Maimunah & 10 pelajar (khas untuk membaca Al-Quran sahaja). Pada tahun 1995, pengurusan sekolah telah disusun semula.

Kini, sekolah telah berkembang dan diuruskan oleh 10 orang guru dengan lebih 250 pelajar. Kelas juga telah berkembang dari tahun satu - tahun enam; belajar dalam dua sessi, iaitu pagi dan petang.

Terdapat 2 bangunan yang digunakan iaitu, bangunan lama (kayu) & bangunan baru.


AJKnya:

Penasihat
Ustaz Dr. Hj. Mohd. Yusuf Ahmad

Pengerusi
Hj. Ahmad Turmizi Muslimin

Setiausaha
Hj. Bakar Hj. Hassan

Bendahari
Mohamad Tajudin Abas

Ahli Jawatankuasa
Hj. Mohamad Mat Daud
Hj. Mohd. Yusuf Hj. Hamzah
Hj. Shamsudin Abd. Hamid
Hj. Ihsan Mohd. Radzi
Hjh. Jawiah bte Johari
Hj. Zainol Abidin Baser

Ketua Guru
Hanifah binti Sukani

Guru-guru
Abdul Malip Zakaria
Hasniza Zainal Abidin
Kabariah Mohamad
Yusoff
Norziah Yusof
Rohayati Ahmad
Roziah Jamalus
Siti Sohpo Manaf
Zaharah Othman


Khidmat Sepakat

http://alhudasepakat.blogspot.com/
Khidmat Sepakat Madrasatul Huda (KSMH) memberi perkhidmatan sewa khemah, peralatan khenduri dan katering.
Ditubuhkan pada awal tahun 2002, Khidmat Sepakat Madrasatul Huda (KSMH) memberi perkhidmatan sewa khemah & peralatan, bagi kegunaan majlis-majlis. Pelanggan yang memerlukan set khemah & peralatan majlis, kini boleh mendapatkannya daripada KSMH dengan harga menarik.

perasi perkhidmatan KSMH adalah secara bersepakat (gotong royong), di mana penduduk setempat akan sama-sama memasang & menanggalkan khemah yang disewakan pelanggan.

KSMH berterima kasih kepada setiap sumbangan ikhlas yang diwakafkan, & ingin menjemput para jemaah untuk menjayakan perkhidmatan ini bersama-sama.


Pengerusi
Hj Razali Omar

Setiausaha
Hj Ihsan Mohd Radzi

Pemasaran
Hj Md Hairi Salimin

Kewangan

Hj Zazali Mohd Jusoh

Logistik
En Azizan Saleh
En Halim Hasran

No comments:

My Blog List