Saturday, September 20, 2008

YANG DINANTI DAH TIBA




Dah tiba masanya

Malam Lailatul Khadar


Satu Malam = seribu bulan


Beribadat malam tersebut samalah dengan beribadat selama 1,000 bulan (mana lain lagi nak dapat)

Malam tersebut hendaklah kita banyak beribadat dan banyak berdoa.

Menurut hadis malam tersebut berlaku pada salah satu dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan setiap tahun.

Tips tambahan yang diberi adalah malam tersebut adalah satu malam ganjil pada sepuluh terakhir Ramadhan setiap tahun.

Ada ulamak yang menulis yang malam tersebut adalah malam yang ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan setiap tahun.

Lagi tips yang diberi, pagi besoknya matahari terbit tidak begitu panas.

Ada tips yang menyatakan kalau mula berpuasa Ramadhan pada hari Isnin, malam Lailatul Khadar ialah pada malam yang dua puluh sembilan Ramadhan.

Ada yang menyatakan Malam kedua puluh satu Ramadhan.

Pilihlah. Tetapi hanya Allahlah yang tahu malam sebenarnya.

KALAU PILIH SEMUANYA, setiap malam pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tentu kena malamnya. Pasti betul dan tepat, InshaAllah.

Mulakanlah malam ini kerana malam ini adalah malam yang kedua puluh satu i.i. malam pertama bagi sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tahun ini.

Kalau tak buat tahun ini tunggu dan buatlahlah pada tahun depan kerana tahun depan ada lagi malamnya (malangnya ?).

Itu pun kalau kita sempat. . . . . Kalau tarikh jangka hayat tak luput.

"Sekurang-kurangnya kita sembahyang Isyak dan Subuh
berjumaah di Masjid untuk sepuluh terakhir Ramadhan" RY

Petikan dari Taskirah Tarawikh Al Ubudiah Ampang pada 21 Ramadhan 1429 oleh RY


No comments:

My Blog List