Monday, September 01, 2008

BELI 3 KALAU NAK LIMA

. . . . . . . . . . .

Rahsia: senyuman membawa keceriaan. Senyum adalah sedekah



Falsafah orang berpuasa :

Kalau rasa nak beli lima belilah 3. Kalau rasa nak beli sepuluh belilah 6.

Dibulan puasa biasanya kita berbelanja lebih kerana kita tak berpuasa. Kita tak ikut falsafah orang berpuasa.

Puasa mengajar kita berjimat. Maka berjimatlah kita di bulan puasa ini.

Kalau ke pasar/warong membeli makanan, bila rasa nak beli 10 jangan beli sepuluh. Belilah enam. Itu pun sudah lebih dari cukup. Kalau nak beli 5 belilah tiga.

Katakan kita beli 10 kueh, siapa yang nak makannya nanti. Itu sebabnya kita kena buat diskaun dan beli enam. Mungkin enam pun dah lebih dari cukup.

Tambah lagi kalau ada dalam keluarga kita ramai yang membeli. Mengikut kiraan, jika tiga orang membeli untuk dimakan oleh satu keluarga 5 orang, jawabnya 15 orang boleh makan kerana setiapnya akan membeli untuk 5 orang. 5 orang kali 3 pembeli = 15 orang boleh makan. Siapakah yang nak makan nanti?

Nak hantar ke jiran, mungkin jiran juga banyak makanan di rumahnya. Nak hantar ke surau, mungkin surau pun dah banyak makanan. Lagi pun kalau nak beri orang hendaklah diberi sebelum berbuka puasa, bukan selepasnya.

Yang pasti untung ialah penjual makanan. Dari segi ekonomi sangatlah bagus kerana setiap RM1.00 yang kita bayar akan bertambah nilainya hasil kesan gandaannya (bahasa mat sallehnya "multiphier effect").

Kalau ada pokok, pokok akan untung kerana lebihan makanan akan menjadi baja untuknya. Itu pun kalau manusia menderma kepadanya.

Berbelanjalah sekadarnya sahaja. Paling minima paling bagus.




No comments:

My Blog List