Saturday, September 06, 2008

MEMBUAT BUBUR LAMBOK TERATAI

BUBUR LAMBOK TERATAI
Rahsia senyuman membawa keceriaan. Senyum adalah sedekah

Klik pada gambar jika nak besarkan
Bahannya ialah:
Daging, Ikan Bilis, Udang Kering, Udang Basah, Beras, Serai, Halia, Bawang Besar, Garam, Santan Kelapa, Bawang Goreng, Daun Bawang dan Serboh Rempah Lada Camporan.

Tatacara: Ikan bilis, udang kering, halia, bawang besar dikisar halus dan dimasukkan dalam air bersama beras. Masakkan dalam periuk besar sampai mendidih. Kacau bagi mengelakkan camporan berkerak. Daging dan udang basah dicincang dan dimasukkan kedalamnya. Apabila mendidih dan kelihatan pekat masukkkan santan dan garam. Masukkan bawang goreng dan daun bawang sebaik sahaja bubur hendak diangkat.






















































Post dahulu (sekarang digabungkan ke sini) saperti berikut:
BUBUR LAMBOK DATANG LAGI
Bulan puasa ini Madrasah akan terus menyediakan Bubur Lambuk macam tahun-tahun lepas. Tapi bergantung kepada permintaan. Bukan permintaan nakkan bubur lambok tapi permintaan untuk membiayai penyediakan bubur lambok.

Sepetang bubur lambok beharga RM250.00.

Dengan wang RM250.00 tersebut anda boleh mendapatkan satu periok bubur lambok yang Madrasah akan edarkan selepas asar pada hari yang dihajati (atau apabila siap sahaja bubur dimasak), caranya siapa dulu dia dapat. Sebahagian dari bubur tersebut akan diasingkan untuk mereka yang berbuka puasa di Madrasah pada petang itu.

Edaran cara lain boleh dirundingkan.

Sila hubungi Chef Hashan Ismail atau AJK madrasah. Atau e-mail Rafdi04@yahoo.com jika anda berhajat.

p/s. Kalau nak join kami menyediakan dan mengedar bubur tersebut datanglah pada hari yang ada kami memasaknya. Risik-risiklah harinya.







No comments:

My Blog List