Wednesday, January 27, 2010

DEMI DHUHA DAN MELAPANGKAN

93. SURAH AD-DHUHA

[93]

NASIHAT BERGUNA

Allah bersumpah dengan waktu dhuha dan malam apabila ianya sunyi-sepi

Allah menyatakan bahawa Dia tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW atau melupakannya sapertimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.

Allah juga menyatakan bahawa kesudahan keadaan Nabi Muhammad saw akan menjadi lebih baik dari hal keadaaannya diawal hidupnya.

Allah akan memberikan kejayaan dan kebahagian dunia akhirat kepada baginda sehinggalah baginda redo kepadanya.

Sebagai anak yatim Nabi Muhammad SAW telah dilindungkanNya. Baginda diberi hidayah petunjuk Al Quran semasa baginda sedang mencari2 jalan yang benar. Ketika baginda di dalam keadaan miskin Allah telah menguniakan baginda kekayaan.

Jadi janganlah kamu bersikap kasar kepada anak yatim dan janganlah kamu menengking
memarahi mereka yang meminta bantuan kepinpinan dan panduan hidup.

Bersyukurlah kepada nikmat tuhanmu dengan menyebut dan menzahirkan kesyukuran tersebut.

ccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccc

94. Ash-Syarh/Alam Nasyrah


[94]

Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad SAW dengan iman dan hidayat petunjukNya.

Beban Baginda menyebarkan ugama Islam juga telah direngankan dengan tersedianya berbagai kemudahan bagi melaksanakannya.

Baginda telah dikurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan kepada baginda.

Percayalah bahawa setiap kesukaran itu akan disudahi dengan kemudahan. Percayalah!

Maka bersungguhlah kamu mengerjalan amalan soleh selanjutny selepas kamu selesai melakukan sesuatu amalan soleh yang kamu telah buat.

Berdoalah kepada Allah apa yang kamu genmari dan yang kamu kehendaki.











No comments:

My Blog List