Sunday, June 28, 2009

TASKIRAH TERATAI AALI IMRAN 92


003 SURAH AALI IMRAN AYAT 92+++

Di Zaman Madinah dahulu ada juga warga Madinah yang meminta orang Roman menyerang Madinah bagi tujuan menghapuskan Islam. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak mematahkan berlakunya serangan tersebut dan mereka yang terlibat meminta bantuan Roman memusnahkan Islam dihapuskan. Ada di antara mereka yang menjadi Islam semula dan diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w pengakuan mereka. Tapi ada juga di antara mereka yang tidak diterima balik menjadi orang Islam kerana mereka belot sebelumnya.

Segala harta yang ada tak dapat menebuskan dosa mereka dan dengan itu mereka terus kufur dan diseksa Allah.

Islam menyarankan supaya manusia menderma atau menginfakkan hartanya yang mereka paling sayang untuk kebajikan.

Apabila ayat mengenai ini diturunkan ada di antara mereka yang menyerahkan kebun terbaik mereka untuk kebajikan. Ada pula yang memerdekakan hamba mereka yang dianggap hamba yang terbaik. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah memberikan baju barunya kepada sahabatnya yang miskin dan yang berkenan kepada pakaian tersebut. Terdapat juga seorang sahabat yang menyatakan ia akan memakai pakaian tersebut sehingga ia mati, Dan betullah beliau mati dalam jihat peperangan memakai pakaian tersebut dan dikebumikan memakainya.

Lihat kesah Ulamak di bawah:

------------------------------------------------------------------------------.

Kaum Bani Israel Madinah ada yang mengharamkan makanan yang dihalalkan oleh Allah. Ini merupakan penyelewengan kepada perintah Allah. Adalah salah jika kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Juga adalah salah jika kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah.

Perkara sebegini banyak juga berlaku di zaman sekarang di mana perkara yang haram dihalalkan dan perkara yang halal diharamkan.

Kaum Bani Israel apabila diminta bukti pengharaman apa yang dihalalkan Allah tidak dapat menyediakan bukti tersebut. Kitab mereka (Taurat) pun tidak menyatakan apa yang mereka haramkan itu adalah sebenarnya haram (menurut agama mereka). Tetapi mereka masih berselisih dan menganggap Islam tak betul kerana kerana Islam menghalalkan apa yang mereka haramkan.

Ada kemungkinan apa yang mereka haramkan adalah perkara yang nenek mereka Nabi Yaakop tak begitu suka,,akan tetapi mereka lama kelamaan menganggapkan yang Nabi Yaakob telah mengharamkan perkara terebut. (Macamlah Nabi Muhammad s.a.w tak makan dhab, akan tetapi baginda tak mengharamkan makanan dhab).

Adalah menjadi zalim jika kita mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Jika tak suka tak apa tetapi janganlah mengharamkannya.

Menjadi zalimlah jika kita membuat hukum sendiri tanpa apa-apa asas dari kitab Allah.


---------------------------------------------

Kesah Ulamak:

Seorang ulamak dan tuan guru terperanjat apabila didapatinya kebanyakan jubah kesayangannya telah tiada di rumahnya. Apabila ditanyakan isterinya beliau (isterinya) menjawab bahawa satelah mendengar syarahan suaminya supaya hanya mensedekahkan atau menginfakkan barangan yang tersayang, isterinya telah memberi beberapa jubah kesayangan suaminya kepada orang miskin dan yang memerlukan.

Apa nak kata. Sudah tiada rezeki memakai jubah terbaik!

Mungkinkah ini isteri contoh ikutan ???





Dah lama saya dengar kesah ini. Betul atau tak betul tu Walllah hualam.

No comments:

My Blog List