Friday, December 12, 2008

TASKIRAH BUKIT A

Taskirah Bukit A 081120600

REZEKI DAN AMALAN


Bersungguhlah bagi barangan yang diakui bagi mu dan yang dituntut bagimu.


Yang diakui yaitu yang dibekalkan oleh Allah adalah rezekimu dan yang dituntut darimu adalah ibadahmu.


Allah memberi rezeki yang cukup untuk semua makluknya. Burung keluar sarang waktu paginya dengan perut yang kosong tapi balik kemudiannya dengan perut yang kenyang.


Binatang di laut, di udara dan di tanah daratan semuanya ditentu dan dibekalkan rezeki masing-masing oleh Allah. Manusia pun begitu.


Yang perlu adalah usaha. Binatang berusaha mencari nafkah/makanannya. Begitu juga manusia. Tanpa usaha rezeki tak datang sendiri.


Bayi pun berusaha mendapatkan makanan/minuman . . . . secara menarik perhatian orang dewasa dengan menangis atau bila ia besar dengan meminta.


Mariam semasa melahirkan Isa juga disuruh berusaha mengoncangkan pokok tamar bagi mendapatkan makanan buat tamar (air disediakan Allah). Masa kecilnya Mariam disediakan buah-buahan (lihat (003) Aali Imran ayat 37).


Perbandingan:

Seorang bapa membekalkan segalanya untuk anaknya dengan secukupnya. Yang disyaratkan kepada anaknya ialah anaknya hendaklah belajar sampai berjaya. Apakah perasaan bapa tersebut jika ia mendapati anaknya selalu ponteng belajar? Tentulah hampa.


Begitulah juga keadaan kita. Allah menyediakan rezeki untuk kita. Kita hanya perlu beribadat padaNya.


Apakah yang kebanyakan kita buat? Ramai kita yang tidak menurut kehendakNya, malah menentangnya.


Kita perlu hanya beribadah kepada Allah. Rezeki digerentiNya. Ingat, bekerja mencari nafkah itu adalah juga ibadah kepada tuhan. Jangan lupa mencari nafkah juga mendatangkan pahala.


Syarat kemenangan:

Adalah pertamanya, jaga ibadat dan keduanya jaga iman.


Kita perlu buat apa yang sepatutnya kita buat bukan apa yang hendak kita buat. Sesuatu perbuatan itu perlu dilakukan pada masanya.


Contoh: Masa sembahyang hendaklah kita sembahyang bukan kita membaca Al Quran walaupun membaca Al Quran itu membawa pahala. Jika sembahyang itu lebih afdal maka sembahyanglah ketika itu.


Kita perlu dapat membeza kehendak Allah dan kehendak kita dan juga kehendak syaitan.


Segala perbuatan kita hendaklah berdasarkan kepada konsep “kita buat kerana Allah suruh. Atau Allah suka kita buat itu. Atau nabi kita suka. (Nabi suka = Allah suka).


Semuanya tercatat dalam Al Quran dan Hadis. Baca dan fahamlah untuk mengetahuinya.


Ataupun nak senang lagi buatlah apa yang nabi kita buat kerana semua amalan yang nabi buat selari dengan tuntutan Allah.


Yang membinasakan kita ialah harta dan anak pinak (atau rengkasnya dunia). Kerananya kita sanggup lalai kepada amalan baik dan lupa Allah.

Rengkasan:


Allah menentukan rezeki kita. Rezeki tak perlu kita peningkan.

Kita hanya perlu beribadah kepada Allah. Segala yang Allah suka kita buat adalah ibadah, dengan syarat kita iklas kerana Allah. Mencari rezeki adalah juga ibadah. Tambahkan rezeki untuk meningkatkan ibadah. Inilah keadaan menang, menang, menang tak pernah tak menang (rugi), dunia dan akhirat.


Mash/BukitA

No comments:

My Blog List