Friday, October 03, 2008

TASKIRAH JUMAAT 0809031245

TATACARA MENYAMBUT SYAWAL

Perkara berikut perlu diperhatikan

Perlunya puasa enam dalam bulan Syawal
Puasa enam sangat-sangat digalakkan. Bagi orang Islam yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun.

Perlunya mengziarahi sanak saudara dan sahabat handai
Ziarah mengeratkan silatulrahim antara insan. Ia memupuk kasih sayang antara manusia. Dalam ilmu saikoloji sikap berbaik antara manusia membawa kepada kebahagiaan dan keseronokan yang tidak dirasai. Permusuhuran dan rasa kurang senang dapat dijinakkan dengan ziarah dan temu muka. Senyuman dan ungkapan kata manis semasa ziarah membawa kebahagiaan dan membena semangat.

Tetamu perlu mengikut tatacara Islam ketika ziarah
Tetamu perlu memberi salam apabila bertemu.
Ucapan Salam adalah doa dan doa ini disambut pula dengan doa juga. Seorang Islam tidak akan bercakap dengan seorang Islam yang lain ketika bertemu sebelum mereka memberi salam dan menjawab salam.

Tetamu perlu berjabat tangan apabila bertemu dengan tuan rumah.
Berjabat tangan perlukah dibuat secara yang disarankan oleh Islam. Berjabat salam antara bukan muhram adalah dilarang. Berjabat tangan akan menghapuskan dosa antara yang bersalaman.

Tetamu perlu mendapat izin memasuki rumah yang dilawati
Dinyatakan dalam Surah An Nur di bawah: (klik untuk besarkan)








Tuan rumah perlu mengikut tatacara Islam menyambut tetamu
Tuan rumah hormat dan layan tetamu dengan baik

Tuan rumah perlu menjamu tetamu cara terbaik mampu


Yang perlu dihindar
Elakkan membazir
Elakkan membuat dosa


Hendaklah kita menyambut Hari Raya secara Islam. Elakkan menyambut hari tersebut dengan membuat atau menambahkan dosa sapertimana sedang dibuat oleh banyak orang Islam sekarang terutamanya dibidang hiburan. Bantulah mereka untuk melupuskan perangai yang tidak direstui oleh Islam. Syariat Islam mesti dipertahankan.

Kesihanlah mereka atas kesilapan dan kekurangan pengetahuan Islam mereka. Mungkin itu kesilapan orang tua dan masyarakat mereka. Mungkin mereka masih "
swith-off" belum dapat di "swith-on" lagi.

InshaAllah, dengan dakwah yang berterusan, kesedaran akan timbul dan masyarakat Islam akan berjaya dunia akhirat.










Jemputan untuk bersedekah jariah.

(Bangunan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Imamah)
Risalah berikut menerangkannya:

Sebidang tanah telah pun diwakafkan oleh Hamba Allah. Yang perlu sekarang adalah membena bangunannya.

Bantuan/sedekah berterusan boleh dibuat melalui akaun Maybank yang nombornya tertera dalam risalah tersebut.

http://www.maybank2u.com.my/






No comments:

My Blog List