Sunday, September 14, 2008

TASKIRAH ALHUDA 0809140630




TASKIRAH ALHUDA 0809140630


MAKANAN

Makanan terbahagi dua yaitu:

1 Makanan Jasmani – Karbohairad, protin, lemak, bahan galian, bitamin yang terdapat dalam makanan/minuman harian kita.

2 Makanan Rohani – amalan soleh

Makanan jasmani adalah untuk kesihatan jasmani dan makan rohani adalah untuk kesihatan rohani. Kedua-duanya penting untuk manusia.


Jasmani yang sihat dapat dilihat dengan kecergasan anggota dan kecerdasan mental.

Rohani yang sihat dapat dilihat dari sikap-baiknya termasuk keyakinan diri, kepuasan diri, rasa selesa, sikap terbuka, sikap ingin tolong, tawakkal dan sentiasa bersyukur.


DOA

Doa yang tidak ditolak Allah ialah doa dari:

1 Orang yang berpuasa

2 Imam yang adil

3 Orang yang dizalimi

Doa orang yang berpuasa sangat mustajab, jadi sentiasalah berdoa di bulan puasa ini. Berdoalah perkara yang baik-baik dan elakkan berdoa perkara yang tak baik, takut doa tak baik ini termakbul pula.

Imam adalah ketua dan ketua yang adil adalah ketua yang meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Elakkan menginaya atau menzalimi orang atau makluk lain kerana doa mereka yang dizalimi mustajab.


MAKBUL DOA

Doa dimakbulkan dengan tiga cara:

1 Dimakbulkan serta merta – dapat terus apa yang diminta.

2 Dimakbulkan tapi diganti dengan yang lain dari yang diminta – dapat lain dari apa yang diminta. Contohnya, minta kemewahan kewangan tapi diberi kemewahan kesihatan.

3 Dimakbulkan tapi ditangguhkan pemberiannya – diberikan di akhirat nanti.

Jadi beruntunglah bagi orang yang berdoa. Dikatakan "Nothing to lose"


SYARAT ASAS DOA DIMAKBULKAN

Makanan yang halal dan pakaian yang halal, maksudnya dari sumber halal.


Muslim - Orang lain tidak susah kerananya.

Mukmin - Beriman. Sayangkan saudaranya saperti sayangkan diri sendiri.

Mukshin - Berbuat baik dan suka menolong.

Muklis - Iklas


MYA/MHTBT

No comments:

My Blog List