Thursday, February 26, 2009

TASKIRAH TERATAI - JIHAD & TAUBAT

BERJIHAT DAN BERTAUBAT

"Klik rajah jika nak besarkannya"
atau tikuskan:






































Islam melarang kita membunuh insan atau makluknya yang bernyawa, walaupun binatang atau tumbuhan. Semasa peperangan pokok dan binatang dilarang dibunuh atau dibinasakan. Juga insan yang tak berdosa serta orang tua dan kanak-kanak dilarang dibunuh.


Membunuh satu insan diibaratkan saperti membunuh keseluruhan insan. Salah satu sebabnya ialah insan membiak dan jika dibunuh satu maka keturunannya akan terputus disebabnya dia dibunuh.

Membunuh hanya dibenarkan dengan syarat. Kalau tak tahu syaratnya janganlah kita membunuh walaupun saekor binatang.
Nak tahu syaratnya kena belajarlah.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Rukun Iman - Percaya kepada Allah, percaya kepada nabi dan rasul, percaya kepada kitab, percaya kepada malaikat, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada kada dan qadar.

Terdapat 6 rukun Iman. Kalau buang satu tinggal kosong. Maksudnya: Tak berimanlah orang yang menolak walau pun satu daripada rukun iman tersebut.



Wednesday, February 25, 2009

HAMPIR2 TERKENA?

HAMPIR2
NYARIS
NASIB BAIK, DLL


Terpanggil untuk mengposkan yang ini.

1). Pencuri yang tak ditangkap polis berkata:

"Nasib baik aku tak kena tangkap. Kalau tidak . . . "

2). Pesalah trafik tak di saman menyatakan:

"Nasib baik gorengku dia percaya. Kalau tidak . . . ."

3). Pemonteng kerja berkata pada kawannya:

"Nasib baik kau cover aku tadi bila boss tanya. Kalau tidak . . . ."

Ramai orang (kitani) seronok buat dosa. Lebih seronok kalau dosa tersebut orang tak tahu atau dapat dicover sembunyikan dari manusia.

Padahal sahabat kita seumur hidup mencatatnya kita tak perasan atau buat tak kesah aje. Tapi sahabat kita baik kerana dia bagi can dulu untuk bertaubat sebelum mencatatnya. Kalau sempat taubat tak perlu tulis. Ini adalah kontreknya dengan Allah. Yang baik terus catat. Yang tak baik bagi can taubat dulu.

Ayat 42 tersimpan banyak rahsia.

Atas cadangan Anak Pandak

Monday, February 23, 2009

Monday, February 16, 2009

TASKIRAH TERATAI 09220700

Surah Aali Imran ayat 23, 24 dan 25.
KEADAAN DI MADINAH

Gulungan Yahudi telah diberikan kitab melalui Nabi Musa. Malangnya kitab asal tersebut telah musnah/hilang dan telah ditulis semula kemudiannya bergantung kepada apa yang mereka ingat (dan apa yang mereka rasa perlu/ingin mereka tuliskan).

Kitab inilah pegangan mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa yang kaum mereka adalah kaum pilihan tuhan sementara kaum atau bangsa lain adalah tidak setaraf dengan mereka. Mungkin inilah cara mereka berfikir yang membuat mereka berjaya. Bila yakin mereka kaum terbaik maka mereka terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Mereka terus menyatakan dan berrindak merancang supaya anak cucu mereka adalah terbaik. (Serupa juga dengan kitani, khasnya kanak-kanak bila kita selalu kata mereka bodoh maka bodohlah mereka. Ini adalah kesan saikoloji "pendengaran"). Kalau dikata pandai dan bijak maka pandai dan bijaklah dia. Yang kita kata adalah juga doa. Dan doa dimakbulkan oleh Allah (cara tunai, ganti yang lain atau dimakbulkan di masa akan datang).

Kita juga boleh menjadi kaum terbaik jika kita yakin kita adalah terbaik atau yakin boleh menjadi yang terbaik. Mulakanlah dengan anak atau cucu kita. Atau saudara-saudara kita. Setiap hari atau setiap kali berjumpa puji mereka mengatakan mereka yang terbaik dan ada potensi menjadi terbaik dan akan berjaya. Mereka akan berjaya kerana ini adalah doa dan dari segi saikoloji ini adalah alat peransang untuk berjaya. Berikan mereka semangat untuk berjaya bukan menyebutkan kepada mereka perkataan yang melemahkan semangat mereka.

Tunggulah dua generasi (kalau panjang umur) dan lihatlah kejayaan mereka dan kejayaan kaum kita, InshaAllah.


Kita kata orang lain buat tak betul. Tapi adakah kita ini betul?

Kita katakan orang Yahudi dan Nasrani mengubahkan kandungan kitab mereka. Kitab asal mereka dah tiada dan yang ada adalah yang ditulis semula dengan perubahan.

Kita kata bahawa Al Quran adalah asli dan kalau diubah boleh kita kesan. Kita kata kandunga Al Quran akan tidak berubah buat selama-lamanya kerana ia di jamin demikian oleh Allah dalam Al Quran itu sendiri. Bagus.

Tapi adakah kita ikut ajaran Al Quran sebenarnya atau sepenuhnya? Atau kita pilih yang mana sesiau dan tinggal yang kita fikir tak sesuai . . . . . . . . .utk renungan. . .

Alhamdulillah

Friday, January 23, 2009

GERHANA MATAHARI (26 JANUARI 2009)

Di dalam kejadian alam ciptaan Allah Bumi, Bulan dan Matahari saling berkait rapat hubungan mereka. Matahari ditugaskan oleh Allah untuk mengeluarkan cahaya dan haba. Bumi ditugas untuk berpusing (24 jam untuk menjalankan satu pusingan) dan mengelilingi matahari (setahun masanya untuk membuat satu keliling). Bulan pula ditugaskan untuk mengelilingi bumi (dan secara tak langsung bersama bumi mengelilingi matahari). Mengikut ahli sains matahari tidak bergerak. Yang bergerak adalah bumi dan bulan (dan lain-lain planet Allah tentunya)

Begitulah tugas asas makluk ciptaan Allah ini. SubhanaAllah. . . . . Dan tugas ini akan berterusan sehingga kiamat.

Bumi, bulan dan matahari akan bertukar posisi masing-masing secara bandingan. Kadang kala bumi terletak di antara bulan dan matahari. Di masa yang lain pula bumi dan bulan berganding menghadapi matahari. Kadang kala pula bulan terletak di antara bumi dan matahari.

Gerhana adalah ciptaan Allah. Tapi manusia berfikir dan mencari sebab berlakunya sunatullah ini. Inilah gunakan akal fikiran yang diberikan olehNya. Al Quran juga selalu mengarahkan manusia untuk berfikir.

Tunggulah 22 Julai 2009 untuk gerhana yang akan datang
.


Sila lihat rajah untuk penerangan lanjut tentang gerhana ciptaan Allah ini (klik rajah untuk membesarkannya).

"Tekan kanan "tikus" dan pilih "Open link in New Tab" untuk mendapatkan rajah pada "Tingkap" baru."


Di sertakan juga alamat laman web rujukan.





















My Blog List