Monday, February 16, 2009

TASKIRAH TERATAI 09220700

Surah Aali Imran ayat 23, 24 dan 25.
KEADAAN DI MADINAH

Gulungan Yahudi telah diberikan kitab melalui Nabi Musa. Malangnya kitab asal tersebut telah musnah/hilang dan telah ditulis semula kemudiannya bergantung kepada apa yang mereka ingat (dan apa yang mereka rasa perlu/ingin mereka tuliskan).

Kitab inilah pegangan mereka.

Mereka juga berpendapat bahawa yang kaum mereka adalah kaum pilihan tuhan sementara kaum atau bangsa lain adalah tidak setaraf dengan mereka. Mungkin inilah cara mereka berfikir yang membuat mereka berjaya. Bila yakin mereka kaum terbaik maka mereka terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Mereka terus menyatakan dan berrindak merancang supaya anak cucu mereka adalah terbaik. (Serupa juga dengan kitani, khasnya kanak-kanak bila kita selalu kata mereka bodoh maka bodohlah mereka. Ini adalah kesan saikoloji "pendengaran"). Kalau dikata pandai dan bijak maka pandai dan bijaklah dia. Yang kita kata adalah juga doa. Dan doa dimakbulkan oleh Allah (cara tunai, ganti yang lain atau dimakbulkan di masa akan datang).

Kita juga boleh menjadi kaum terbaik jika kita yakin kita adalah terbaik atau yakin boleh menjadi yang terbaik. Mulakanlah dengan anak atau cucu kita. Atau saudara-saudara kita. Setiap hari atau setiap kali berjumpa puji mereka mengatakan mereka yang terbaik dan ada potensi menjadi terbaik dan akan berjaya. Mereka akan berjaya kerana ini adalah doa dan dari segi saikoloji ini adalah alat peransang untuk berjaya. Berikan mereka semangat untuk berjaya bukan menyebutkan kepada mereka perkataan yang melemahkan semangat mereka.

Tunggulah dua generasi (kalau panjang umur) dan lihatlah kejayaan mereka dan kejayaan kaum kita, InshaAllah.


Kita kata orang lain buat tak betul. Tapi adakah kita ini betul?

Kita katakan orang Yahudi dan Nasrani mengubahkan kandungan kitab mereka. Kitab asal mereka dah tiada dan yang ada adalah yang ditulis semula dengan perubahan.

Kita kata bahawa Al Quran adalah asli dan kalau diubah boleh kita kesan. Kita kata kandunga Al Quran akan tidak berubah buat selama-lamanya kerana ia di jamin demikian oleh Allah dalam Al Quran itu sendiri. Bagus.

Tapi adakah kita ikut ajaran Al Quran sebenarnya atau sepenuhnya? Atau kita pilih yang mana sesiau dan tinggal yang kita fikir tak sesuai . . . . . . . . .utk renungan. . .

Alhamdulillah

No comments:

My Blog List