Friday, January 23, 2009

GERHANA MATAHARI (26 JANUARI 2009)

Di dalam kejadian alam ciptaan Allah Bumi, Bulan dan Matahari saling berkait rapat hubungan mereka. Matahari ditugaskan oleh Allah untuk mengeluarkan cahaya dan haba. Bumi ditugas untuk berpusing (24 jam untuk menjalankan satu pusingan) dan mengelilingi matahari (setahun masanya untuk membuat satu keliling). Bulan pula ditugaskan untuk mengelilingi bumi (dan secara tak langsung bersama bumi mengelilingi matahari). Mengikut ahli sains matahari tidak bergerak. Yang bergerak adalah bumi dan bulan (dan lain-lain planet Allah tentunya)

Begitulah tugas asas makluk ciptaan Allah ini. SubhanaAllah. . . . . Dan tugas ini akan berterusan sehingga kiamat.

Bumi, bulan dan matahari akan bertukar posisi masing-masing secara bandingan. Kadang kala bumi terletak di antara bulan dan matahari. Di masa yang lain pula bumi dan bulan berganding menghadapi matahari. Kadang kala pula bulan terletak di antara bumi dan matahari.

Gerhana adalah ciptaan Allah. Tapi manusia berfikir dan mencari sebab berlakunya sunatullah ini. Inilah gunakan akal fikiran yang diberikan olehNya. Al Quran juga selalu mengarahkan manusia untuk berfikir.

Tunggulah 22 Julai 2009 untuk gerhana yang akan datang
.


Sila lihat rajah untuk penerangan lanjut tentang gerhana ciptaan Allah ini (klik rajah untuk membesarkannya).

"Tekan kanan "tikus" dan pilih "Open link in New Tab" untuk mendapatkan rajah pada "Tingkap" baru."


Di sertakan juga alamat laman web rujukan.





















No comments:

My Blog List