Monday, January 19, 2009

ILMU SAINS

TAJUK:
1. MATAHARI DENGAN CAHAYA DAN HABANYA

2. BUMI BERPUSING DAN BERGERAK MENGELINGI MATAHARI
4. BULAN BERGERAK MENGELILINGI BUMI
5. KEJADIAN EMPAT MUSIM
6. SIANG SELAMA BEBERA BULAN
7. MALAM SELAMA BEBERAPA BULAN
8. DI ARAH MANAKAH KIBLAT KITA?

.
MATAHARI DAN BUMI

Kejadian langit dan bumi banyak dinyatakan dalam Al Quran. Setiap ciptaan Allah sangat unik dan menjalankan tugas masing-masing sapertimana dikehendakiNya.

Cuba kita lihat matahari dan bumi:

Matahari diberi peranan mengeluarkan cahaya dan haba. Ini akan dibuatnya sehingga kiamat nanti, atau kecuali jika diperintah Allah berhenti.

Diantara peranan bumi pula ialah ia berputar/berpusing menurut paksinya. Mengikut kiraan bumi mengambil masa 24 jam untuk membuat saru pusingan.

Disamping berpusing bumi beredar mengelilingi matahari. Bumi mengambil masa 356.25 hari untuk membuat satu pusingan mengelilingi matahari.

Satu pusingan bumi mengelilingi matahari kita gunakan untuk mengira tahun masihi.

Peralihan angel bumi pula menyebabkan adanya empat musim di bahagian utara (kawasan Europah, Russia, Jepun, Amerika Utara) dan selatan Khatilustiwa (kawasan Australia, Amerika Selatan).

Musim tersebut dikenali sebagai musim panas (summer), musim gugur (daum gugur - autumn), musim sejuk (winter) dan musim bunga (spring).

Bulan pula mempunyai peranannya yang tersendiri juga. Ia sentiasa mengelilingi bumi, dan mengambil masa 29/30 hari untuk membuat satu pusingan mengelilingi bumi.

Ramai manusia menggunakan jamgkamasa pusingan bulan mengelilingi bumi ini sebagai kiraan masa. Satu pusingan bukan mengelilingi bumi dikirakan satu bulan.

Bulan juga berperanan menerangkan bumi di waktu malam.

Empat Musim dan Siang/Malam hampir selama 6 bulan


Sila klik rajah di bawah untuk mendapat yang lebih besar.

Rajah 1 menunjukkan berlakunya musin panas di bahagian utara hamisphere bumi dan musin sejuk di kawasan selatannya. Cuba lihat yang Khutub Selatan mengalami malam hampir 4 - bulan lamanya. Khutub Utara pula mengalami masa siang yang sama jarak masanya. SubhanaAllah.

Rajah 2 menunjukkan keadaan matahari berada sekitar paras Khatlustiwa. Terdapat perubahan suhu di seluruh dunia; Kawasan utara saperti England, Europah, Russia, Amerika Utara dan Jepun mengalami suhu yang lebih panas dari bulan-bulan sebelumnya (musim panas akan menjelma tak lama lagi), dan kawasan selatan saperti Australia, New Zea;and dan Amerika Selatan mengalami suhu yang lebih sejuk dari bulan-bulan sebelumnya (musim sejuk akan menjelma tak lama lagi). Kawasan bersalji akan cair saljinya dan tumbuhan Allah akan mula menampakkan kehidupannya dan berbunga dan berbuah.

Apabila datang bulan Disember - Januari musim berubah sekali lagi. Kawasan Utara menjadi bertambah sejuk dan menjelmalah musimsejuk Winter (kata Mah Salleh). Kawasan selatan pula mengalami suhu yang berambah dan (Mat Salleh) namakan keaadaan i ni musim summer (panas).

Ini juga disebabkan Sunatullah, matahari berada di kawasan selatan dan kawasan tersebut terdekat padanya untuk menerima cahaya dan lebih banyak habanya (kerana berada lebih dekat padanya). Lihat rajah 3.

Musim bertukar lagi. Lihat rajah 4.

Khutub Utara dan Khutub Selatan memerima cahaya matahari selama hampir 6 bulan dan ketiadaan cahaya matahari selama jangka masa yang sama. Ini bermakna sehari = setahun. Pelik tapi benar. Al Quran nyatakan di akhirat nanti sehari mungkin = 1,000 tahun. Tak peliklah kerana di dunia pun ada berlaku perkara tersebut.

Semuga kita dapat iktibar dari kejadian dan kenikmatan ini.

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHHUAKBAR.


Kejadian 4 musim







No comments:

My Blog List