Lafaz dan kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor digambarkan di sini. Klik gambar jika nak besarkan. Bayarlah fitrah anda jika belum, sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri nanti.
Tuan Amil di Madrasatul Huda ialah Haji Muhammad Yacob Musa.
BUBUR LAMBOK TERATAI Rahsia senyuman membawa keceriaan. Senyum adalah sedekah Klik pada gambar jika nak besarkan Bahannya ialah:
Daging, Ikan Bilis, Udang Kering, Udang Basah, Beras, Serai, Halia, Bawang Besar, Garam, Santan Kelapa, Bawang Goreng, Daun Bawang dan Serboh Rempah Lada Camporan.
Tatacara: Ikan bilis, udang kering, halia, bawang besar dikisar halus dan dimasukkan dalam air bersama beras. Masakkan dalam periuk besar sampai mendidih. Kacau bagi mengelakkan camporan berkerak. Daging dan udang basah dicincang dan dimasukkan kedalamnya. Apabila mendidih dan kelihatan pekat masukkkan santan dan garam. Masukkan bawang goreng dan daun bawang sebaik sahaja bubur hendak diangkat.
Post dahulu (sekarang digabungkan ke sini) saperti berikut: BUBUR LAMBOK DATANG LAGI Bulan puasa ini Madrasah akan terus menyediakan Bubur Lambuk macam tahun-tahun lepas. Tapi bergantung kepada permintaan. Bukan permintaan nakkan bubur lambok tapi permintaan untuk membiayai penyediakan bubur lambok.
Sepetang bubur lambok beharga RM250.00.
Dengan wang RM250.00 tersebut anda boleh mendapatkan satu periok bubur lambok yang Madrasah akan edarkan selepas asar pada hari yang dihajati (atau apabila siap sahaja bubur dimasak), caranya siapa dulu dia dapat. Sebahagian dari bubur tersebut akan diasingkan untuk mereka yang berbuka puasa di Madrasah pada petang itu.
Edaran cara lain boleh dirundingkan.
Sila hubungi Chef Hashan Ismail atau AJK madrasah. Atau e-mail Rafdi04@yahoo.com jika anda berhajat.
p/s. Kalau nak join kami menyediakan dan mengedar bubur tersebut datanglah pada hari yang ada kami memasaknya. Risik-risiklah harinya.
Tertinggal di Madrasah semalam dan tidak ditutup. Menurut Chef ianya telah dimakan tikus.
Berjaga-jagalah. Pisang ini nampak telah dimakan tikus. Kerana ada kesan nyata padanya. Tapi kalau tiada kesan ia dimakan tikus mungkinkah kita tergamak memakan pisang tersebut?
Pernah disuatu ketika sahabat kita (namanya dirahsiakan) termakan kueh mainan tikus. Akibatnya deman selang hari. Doktor pun pening tak tahu sebabnya. Katanya ada "virus infection". Lepas lab test baru tahu ada kesan tikus.
Jadi
AWASILAH MAKAN YANG TIDAK DITUTUP RAPAT. Sori salah nasihat:
Barangan berikut adalah untuk jualan. Hasil komisennya akan diinfakkan kepada Madrasatul Huda Taman Bukit Teratai. Soalan dan pesanan boleh dibuat melalui blog ini (bawah comments) atau kepada En Halim Hasran atau e-mail rafdi04@yahoo.com
Rahsia: senyuman membawa keceriaan. Senyum adalah sedekah
Falsafah orang berpuasa : Kalau rasa nak beli lima belilah 3. Kalau rasa nak beli sepuluh belilah 6.
Dibulan puasa biasanya kita berbelanja lebih kerana kita tak berpuasa. Kita tak ikut falsafah orang berpuasa.
Puasa mengajar kita berjimat. Maka berjimatlah kita di bulan puasa ini.
Kalau ke pasar/warong membeli makanan, bila rasa nak beli 10 jangan beli sepuluh. Belilah enam. Itu pun sudah lebih dari cukup. Kalau nak beli 5 belilah tiga.
Katakan kita beli 10 kueh, siapa yang nak makannya nanti. Itu sebabnya kita kena buat diskaun dan beli enam. Mungkin enam pun dah lebih dari cukup.
Tambah lagi kalau ada dalam keluarga kita ramai yang membeli. Mengikut kiraan, jika tiga orang membeli untuk dimakan oleh satu keluarga 5 orang, jawabnya 15 orang boleh makan kerana setiapnya akan membeli untuk 5 orang. 5 orang kali 3 pembeli = 15 orang boleh makan. Siapakah yang nak makan nanti?
Nak hantar ke jiran, mungkin jiran juga banyak makanan di rumahnya. Nak hantar ke surau, mungkin surau pun dah banyak makanan. Lagi pun kalau nak beri orang hendaklah diberi sebelum berbuka puasa, bukan selepasnya.
Yang pasti untung ialah penjual makanan. Dari segi ekonomi sangatlah bagus kerana setiap RM1.00 yang kita bayar akan bertambah nilainya hasil kesan gandaannya (bahasa mat sallehnya "multiphier effect").
Kalau ada pokok, pokok akan untung kerana lebihan makanan akan menjadi baja untuknya. Itu pun kalau manusia menderma kepadanya.
Berbelanjalah sekadarnya sahaja. Paling minima paling bagus.