Umat Muhammad dinyatakan dalam Al Quran sebagai umat yang terbaik kerana mereka (umat Muhammad) menyarankan dan mengalakkan segala perbuatan yang baik lagi maaruf dan mencegah segala perbuatan yang mungkar. Juga mereka beriman kepada Allah dengan menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Ahli Kitab yang terdahulu juga diperintahkan untuk berbuat demikian oleh Allah melalui nabi yang diutuskan kepada mereka tetapi ramai daripada mereka engkar.
Setiap kegiatan manusia dipantau oleh Allah melalui dua malaikat jurutulisNya. Satu untuk menulis segala perbuatan baik manusia tersebut dan satu lagi menulis perbuatan dosa manusia. tersebut.
Segala perbuatan baik manusia akan dicatat serta merta manakana perbuatan dosa diberikan masa untuk manusia tersebut bertaubat dahulu. Jika manusia itu bertaubat maka perbuatan dosanya tidak akan dicatat langsung. Masa untuk bertaubat itu dikatakan selama 6 hingga 7 jam.
Catatan ini ditulis malaikat dalam buku harian manusia yang ditutup setahun sekali untuk digantikan buku yang baru.
Buku inilah yang akan diserahkan kepada kita semasa kita berada di Padang Mahsyar nanti. Jika kita terimanya melalui tangan kanan kita ini bermakna masa hadapan kita di akhirat nanti akan menjadi baik. Dan jika diserahkan buku amalan kita ini melalui tangan kiri dan melalui belakang kita ini bermakna ke arah nerakalah perjalanan kita nanti kerana segala cacatan yang ada dalam buku tersebut tidak menolong kita menuju arah-jalan ke syurga.
Amaran ini dicatat dalam Al Quran kerana Allah sangat sayang pada manusia terutamanya yang taat padaNya dan mahukan manusia taat ini memasuki syurganya. Tapi sayangnya ramai kita yang tak ikut suruhannya dan tidak tinggalkan laraganNya walaupun dah tahu. TAHU TAPI BUAT TAK TAHU. Dan yang tak tahu kita tak pernah beritahu.
Sebagai balasannya Allah akan tidak mengambil indah manusia yang kufur di dunia ini. Lantaklah buat apa yang kamu nak buat tapi ingat kesannya nanti di akhirat.
. . . . . . . . . . . . . . .
Cintalah Allah dan Allah akan cinta dan sayangkan kita. Untuk kita cintakan Allah maka kita perlu ikut segala kemahuannya dan menghindarkan segala larangannya. Juga kita sepatutnya mangajak orang lain supaya juga berbuat sedemikian juga.
Juga kita perlu cinta dan taat kepada rasul Muhammad SAW. Allah tak suka kepada orang yang engkar (tak taat kepadaNya dan kepada rasulnya).
Jika Allah suka kepada kita Ia akan menunjukkan kepada kita segala yang akan membawa baik. Dan jika Allah tak suka kepada kita maka arah-jalan baik tak akan kita temui. Terkapai-kapailah kita tanpa tujuan dan hiduplah kita mengikut bisikan ke arah neraka.
Buatlah segala yang Allah suka dan nabi suka. Kita kemudian akan tersangat suka.
Alhamdulillah. UMYA.
No comments:
Post a Comment