Sunday, March 22, 2009

TASKIRAH TERATAI 09032207 Maryam


KELAHIRAN MARYAM IBU NABI ISA

Adam dijadikan oleh Allah dari tanah. Kemudian Hawa dijadikan dan menghasilkan juriat manusia sampailah kepada kita sekarang ini. Anak-cucu Adam pada mulanya taat kepada Allah, termasuklah Nabi Seth dan Nabi Idris. Juga Mahalil cucu kepada Nabi Idris.

Mahalil sangat disanjung dan dihormati manusia ketika itu. Selepas beliau meninggal ramai orang yang datang menemuinya merasa keciwa kerana tak dapat berjumpa dengannya. Bagi mengurangkan kekeciwaan itu model Mahalil telah dibuat. Model ini pada mulanya di sanjung dan dihormati oleh orang yang melawatnya. Tapi lama kelamaan ianya dipuja dan disembah menjadi sembahan patung. Mulalah penyembahan yang kita namakan penyembahan berhala sekarang ini.

Nabi Nuh adalah nabi yang pertama diutuskan Allah untuk membetulkan tauhid mengesakan Allah. Beliau mengambil masa yang panjang membetulkannya (lebih 900 tahun tapi hanya 80 orang yang menurutnya). Kumpulan 80 orang inilah yang diselamatkan Allah ketika banjir besar, yang lainnya mati lemas.

Keturunan kemudiannya yang disebut oleh ayat 33 di atas ialah keluarga Ibrahim dan Imran.

Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail dan keturunan Arabnya termasuklah nabi terakhir yang diutus Allah, Nabi Muhammad saw. Isteri pertama Nabi Ibrahim, Sarah melahirkan Ishak yang keturunannya banyak menjadi nabi termasuklah Yaakob (menghasilkan keturunan Yahudi) dan Imran bapa kepada Mariam dan datuk kepada Nabi Isa. Juga Nabi Yahya dan Nabi Zakaria.

Semasa isteri Imran, Hannah (Ibu Mariam) mengandungkan Mariam beliau telah bernazar hendak menjadikan anak yang bakal dilahirnya sebagai "siak" di masjid. Bagi menyempurnakan nazarnya itu beliau telah menghantar Mariam (walau pun Mariam adalah kanak-kanak perempuan) untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria di masjidnya.

Bersambung . . . InshaAllah.

Ibu Maryam semasa kelahiran Maryam telah berdoa supaya anaknya dilindungi Allah dari gangguan syaitan. Kita pun disarankan berbuat demikian. Kita perlu memasukkan ke dalam pendengaran pertama kepada bayi baru lahir perkataan yang mengesakan Allah. Itulah sebabnya diperlukan kita azan dan qamat ditelinga bayi yang baru lahir.

Gendang telinga bayi yang baru lahir belum sempurna dan bayi ketika itu tidak boleh mendengar. Apabila suara dialunkan ketelinganya barulah gendang tersebut mula berfungsi. Ketika inilah azan dan qamat perlu dialunkan ditelinganya supaya perkataan yang mentauhidkan Allah ini menjadi perkataan pendengaran pertama dan pendengaran awalnya sebelum perkataan-perkataan lain masuk ke telinganya. Janganlah dibenarkan syaitan yang awal membisik-bisik kepadanya.

Selanjutnya kita berikan bayi tersebut nama yang baik-baik. Janganlah memberikan nama yang tak elok (bunyi dan maksudnya) saperti Kanisah (gereja), Zaniah (penzina), Buruk, Hitam, . . Wati?, dsbnya. Jika telah ternamakan yang yang tak baik tukarkanlah nama tersebut sebelum mereka perasaan dan merasa malu dan marah.

Nama semasa dipanggil merupakan doa kita kepada penama tersebut. Dengan itu berilah nama yang baik-baik supaya mereka mendapatkan doa yang baik-baik, InshaAllah.

Jumpa Lagi,
InshaAllah . .


No comments:

My Blog List