Friday, December 19, 2008

PENGAJIAN 0812192100 - BERLAPAR


Kes 1 - Tujuh orang sahabat kelaparan dan Nabi Muhammad SAW telah memberi mereka sebiji kurma setiap orang. Kurma tersebut sudah cukUp untuk menahan kelaparan mereka.

Kes 2 - Satu rombongan peperangan seramai 300 orang telah kehabisan makanan. Sebelum itu mereka telah dibekalkan kurma oleh Nabi Muhammad SAW. Disamping itu mereka masing-masing ada membawa bekalan sendiri. Apabila makanan sudah berkurangan ketua kumpulan perang tersebut telah mengumpulkan kesemua bekalan kurma yang ada dan di agihkan sebiji kurma seorang setiap hari sampai bekalan kurma tersebut habis.

Kurma tersebut tidak dikunyah tapi di"hisap" (kulum) bersama air (Macan makan gula-gula nampaknya). Ini bagi mengurangkan perasaan lapar.

Terpaksalah mereka kemudiannya memakan daun kayu kering untuk menahan kelaparan dan mendapatkan tenaga. Daun tersebut dimamah bersama air bagi menghilangkan kelaparan.

Sehinggalah sampai ke tepi laut dimana terdapat saekor ikan Ambar terdapar di pantainya. Mereka memakan ikan tersebut selama 17 hari. Hasilnya rombongan tersebut tidak lagi kelaparan malah menjadi lebih gagah berbanding ketika memakan daun kering dahulunya.

Daging ikan tersebut ada yang dibawa pulang ke Madinah dan dimakan bersama Nabi Muhammad SAW.

Inilah dinamakan rezeki Allah.

Kata Sakti:

SEKARANG MENYESAL. DULU BOLEH BELAJAR TAPI TAK MAHU BELAJAR.

Adakah anda sedemikian? Harap tidak.

Adakah anak-anak anda sedemikian? Jangan dibiarkan. Ransangkanlah mereka untuk belajar.

MANUSIA TAKUT PADA MANUSIA TAPI TAK TAKUT KEPADA ALLAH.

Perbandingan Kaya-Miskin:
BIASANYA APABILA MENJADI KAYA SUSAH UNTUK BERIBADAT KERANA BANYAK MASA DIGUNAKAN UNTUK MENGURUS KEKAYAAN TERSEBUT.


Abdu Lahman

No comments:

My Blog List