Sunday, December 21, 2008

TASKIRAH TERATAI - SURAH AN-NISAA'

Taskirah 081228 Surah An nisaa'

Surah An Nisaa':
Nabi Isa tidak mengaku beliau adalah tuhan tapi mengatakan yang ia adalah hamba allah. Yang mengatakan Nabi Isa adalah tuhan adalah pengikutnya selepas Nabi Isa "wafat" diambil Allah ke langit.


Manusia hendaklah tidak sombung beribadat kepada Allah kerana di hari kemudian mereka semuanya akan dikupulkan oleh Allah untuk dihisab dan ditentukan.

Syurga adalah balasan bagi yang beriman dan beramal soleh dan neraka untuk yang kufur.

Diakhirat nanti manusia yang beramal soleh akan diserahkan "tanah lotnya" yang kosong. Barangan yang disedikan di tanah lot tersebut akan bergantung kepada amalan-amalan terutamanya amalan sunatnya. Kalau banyak amalan sunatnya maka banyaklah barangan yang terdapat di tanah lot tersebut termasuklah rumah mahligai, sungai, pohon-pohon dan sebagainya, segalanya bergantung kepada pilihan amalan kita semasa di dunia ini. PILIHLAH.



Pelbagai:
Perangai kebanyakan manusia tempatan suka menunjukkan kepada manusia tempatan lain yang dia serba tahu walau pun dia tak tahu atau tak banyak tahu (apabila di luar negara lain pula ceritanya). Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan agama. Contohnya:

Ada gulungan manusia yang menyatakan yang pakaian dalam Islam ialah takwa. Jadi tak perlu menutup aurat. Cukup dengan pakaian Takwa. ? ? ?

Ada yang menyatakan tiada istilah judi dalam Al Quran. ? ? ?

Dan sebagainya.

Yang bercakap sedemikian adalah manusia yang berpengaruh dan tinggi "pengetahuan" dan pengalamannya sehingga ramai yang "terpecaya" pada mereka.

Haraplah dan didiklah generasi akan datang tidak sebegitu.

Inilah jihad.


No comments:

My Blog List