Tuesday, December 30, 2008
Sunday, December 28, 2008
TASKIRAH TERATAI 0812280700
TASKIRAH 090104 Aali Imran
AN-NISAA' AYAT 175 dan 176
Terdapat tiga jenis kiamat ia itu:
1. Kiamat Kecil dimana seorang itu meninggal dunia. Masa itu adalah kiamat baginya.
2. Kiamat Pertengahan. Apabila satu kumpulan manusa di suatu kawasan meninggal dunia disebabkan oleh tanah runtuh atau Tsunami atau lain-lain mala petaka. Itulah kiamat bagi kumpulan tersebut. Yang mati termasuk juga makluk Allah yang lain saperti binatang dan tumbuhan.
3. Kiamat Besar di mana sangkakala di tiupkan dan segalanya di dunia akan hancur lebor. Semua makluk Allah akan mati.
Rahman-Rahim
Rahman adalah pemurah. Sifat Allah yang Maha Pemurah diperolihi oleh semua maklukNya. Tapi sifat Allah yang Maha Penyayang (Rahim) akan hanya diberikanNya kepada orang Islam. Allah hanya sayang kepada orang Islam.
PDMYA081228
Sunday, December 21, 2008
TASKIRAH TERATAI - SURAH AN-NISAA'
Nabi Isa tidak mengaku beliau adalah tuhan tapi mengatakan yang ia adalah hamba allah. Yang mengatakan Nabi Isa adalah tuhan adalah pengikutnya selepas Nabi Isa "wafat" diambil Allah ke langit.
Manusia hendaklah tidak sombung beribadat kepada Allah kerana di hari kemudian mereka semuanya akan dikupulkan oleh Allah untuk dihisab dan ditentukan.
Syurga adalah balasan bagi yang beriman dan beramal soleh dan neraka untuk yang kufur.
Pelbagai:
Perangai kebanyakan manusia tempatan suka menunjukkan kepada manusia tempatan lain yang dia serba tahu walau pun dia tak tahu atau tak banyak tahu (apabila di luar negara lain pula ceritanya). Ini termasuk hal-hal yang berkaitan dengan agama. Contohnya:
Ada gulungan manusia yang menyatakan yang pakaian dalam Islam ialah takwa. Jadi tak perlu menutup aurat. Cukup dengan pakaian Takwa. ? ? ?
Ada yang menyatakan tiada istilah judi dalam Al Quran. ? ? ?
Dan sebagainya.
Yang bercakap sedemikian adalah manusia yang berpengaruh dan tinggi "pengetahuan" dan pengalamannya sehingga ramai yang "terpecaya" pada mereka.
Haraplah dan didiklah generasi akan datang tidak sebegitu.
Inilah jihad.
Saturday, December 20, 2008
Friday, December 19, 2008
PENGAJIAN 0812192100 - BERLAPAR
Kes 2 - Satu rombongan peperangan seramai 300 orang telah kehabisan makanan. Sebelum itu mereka telah dibekalkan kurma oleh Nabi Muhammad SAW. Disamping itu mereka masing-masing ada membawa bekalan sendiri. Apabila makanan sudah berkurangan ketua kumpulan perang tersebut telah mengumpulkan kesemua bekalan kurma yang ada dan di agihkan sebiji kurma seorang setiap hari sampai bekalan kurma tersebut habis.
Kurma tersebut tidak dikunyah tapi di"hisap" (kulum) bersama air (Macan makan gula-gula nampaknya). Ini bagi mengurangkan perasaan lapar.
Terpaksalah mereka kemudiannya memakan daun kayu kering untuk menahan kelaparan dan mendapatkan tenaga. Daun tersebut dimamah bersama air bagi menghilangkan kelaparan.
Sehinggalah sampai ke tepi laut dimana terdapat saekor ikan Ambar terdapar di pantainya. Mereka memakan ikan tersebut selama 17 hari. Hasilnya rombongan tersebut tidak lagi kelaparan malah menjadi lebih gagah berbanding ketika memakan daun kering dahulunya.
Daging ikan tersebut ada yang dibawa pulang ke Madinah dan dimakan bersama Nabi Muhammad SAW.
Inilah dinamakan rezeki Allah.
Kata Sakti:
Adakah anda sedemikian? Harap tidak.
Adakah anak-anak anda sedemikian? Jangan dibiarkan. Ransangkanlah mereka untuk belajar.
Perbandingan Kaya-Miskin:
BIASANYA APABILA MENJADI KAYA SUSAH UNTUK BERIBADAT KERANA BANYAK MASA DIGUNAKAN UNTUK MENGURUS KEKAYAAN TERSEBUT.
Abdu Lahman
Friday, December 12, 2008
TASKIRAH BUKIT A
Taskirah Bukit A 081120600
REZEKI DAN AMALAN
Bersungguhlah bagi barangan yang diakui bagi mu dan yang dituntut bagimu.
Yang diakui yaitu yang dibekalkan oleh Allah adalah rezekimu dan yang dituntut darimu adalah ibadahmu.
Allah memberi rezeki yang cukup untuk semua makluknya. Burung keluar sarang waktu paginya dengan perut yang kosong tapi balik kemudiannya dengan perut yang kenyang.
Binatang di laut, di udara dan di tanah daratan semuanya ditentu dan dibekalkan rezeki masing-masing oleh Allah. Manusia pun begitu.
Yang perlu adalah usaha. Binatang berusaha mencari nafkah/makanannya. Begitu juga manusia. Tanpa usaha rezeki tak datang sendiri.
Bayi pun berusaha mendapatkan makanan/minuman . . . . secara menarik perhatian orang dewasa dengan menangis atau bila ia besar dengan meminta.
Mariam semasa melahirkan Isa juga disuruh berusaha mengoncangkan pokok tamar bagi mendapatkan makanan buat tamar (air disediakan Allah). Masa kecilnya Mariam disediakan buah-buahan (lihat (003) Aali Imran ayat 37).
Perbandingan:
Seorang bapa membekalkan segalanya untuk anaknya dengan secukupnya. Yang disyaratkan kepada anaknya ialah anaknya hendaklah belajar sampai berjaya. Apakah perasaan bapa tersebut jika ia mendapati anaknya selalu ponteng belajar? Tentulah hampa.
Begitulah juga keadaan kita. Allah menyediakan rezeki untuk kita. Kita hanya perlu beribadat padaNya.
Apakah yang kebanyakan kita buat? Ramai kita yang tidak menurut kehendakNya, malah menentangnya.
Kita perlu hanya beribadah kepada Allah. Rezeki digerentiNya. Ingat, bekerja mencari nafkah itu adalah juga ibadah kepada tuhan. Jangan lupa mencari nafkah juga mendatangkan pahala.
Syarat kemenangan:
Adalah pertamanya, jaga ibadat dan keduanya jaga iman.
Kita perlu buat apa yang sepatutnya kita buat bukan apa yang hendak kita buat. Sesuatu perbuatan itu perlu dilakukan pada masanya.
Contoh: Masa sembahyang hendaklah kita sembahyang bukan kita membaca Al Quran walaupun membaca Al Quran itu membawa pahala. Jika sembahyang itu lebih afdal maka sembahyanglah ketika itu.
Kita perlu dapat membeza kehendak Allah dan kehendak kita dan juga kehendak syaitan.
Segala perbuatan kita hendaklah berdasarkan kepada konsep “kita buat kerana Allah suruh. Atau Allah suka kita buat itu. Atau nabi kita suka. (Nabi suka = Allah suka).
Semuanya tercatat dalam Al Quran dan Hadis. Baca dan fahamlah untuk mengetahuinya.
Ataupun nak senang lagi buatlah apa yang nabi kita buat kerana semua amalan yang nabi buat selari dengan tuntutan Allah.
Yang membinasakan kita ialah harta dan anak pinak (atau rengkasnya dunia). Kerananya kita sanggup lalai kepada amalan baik dan lupa Allah.
Rengkasan:
Allah menentukan rezeki kita. Rezeki tak perlu kita peningkan.
Kita hanya perlu beribadah kepada Allah. Segala yang Allah suka kita buat adalah ibadah, dengan syarat kita iklas kerana Allah. Mencari rezeki adalah juga ibadah. Tambahkan rezeki untuk meningkatkan ibadah. Inilah keadaan menang, menang, menang tak pernah tak menang (rugi), dunia dan akhirat.
Mash/BukitA
Sunday, December 07, 2008
KORBAN 2008
Gambar upacara korban 2008
Jurukamera: HIMR
Hardware: HAHACEM
Software: HALMS
Klik gambar kalau nak besarkan
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Ini adalah pengorbanan anda juga. Jumpa lagi di tahun hadapan, InshaAllah. . . . .
Juga jika ada rezeki kita korbankan binatang yang terbaik (termahal?) kerana inilah maksud pengorbanan sebenar sejati