Friday, October 10, 2008

BERHIJRAH


Petikan dari

http://idhamlim.blogspot.com/






Sesudah 22 tahun memeluk Islam.

25 September 2008 yang lepas cukup berarti dalam hidup saya bila tarikh itu mengigatkan kembali nostaslgia 22 tahun yang lepas saya mengucap dua kalimah syahadah dan rasminya saya masuk Islam.

Allahlah yang menentukan siapakah yang akan dipilihNya untuk menjadi orang yang beriman dan beramal tanpa ada sempadan bangsa dan negara. Alhamdulillah saya dipilih untuk menjadi Islam oleh Allah.

Dalam keluarga kami ada 8 beradik, hanya 3 memeluk Islam dan 5 masih kekal dalam agama Buddha.

Hari ini umur saya sudah 44 tahun berarti separuh umur saya menghabiskan masa dalam agama Buddha dan sudah 22 tahun berada dalam Islam. Terasa sangat sedikit amal yang dilakukan walaupun seingat saya tidak pernah meninggalkan ibadah yang fardu yang diwajibkan oleh Allah sejak 22 tahun yang lepas.

Pada hari pertama saya mengucap dua kalimah syahadah, saya bergegas balik ke rumah sewa dan belajar untuk melaksanakan sembahyang pada hari yang sama. Kebetulan berada berdekatan mesjid saya mampu melakukan pada hari pertama itu sehinggalah sekarang.

Prinsip yang saya pegang sesungguhnya selagi kita mencari kelemahan orang lain, sampai bila kita dapat betulkan kelemahan diri sendiri. apalagi semua insan punya kelemahan diri sendiri sampai bila berakhir kerja yang sia-sia itu.

Tetapi ingatlah semua manusia juga Allah pasti anugerahkan kebaikan dan kekuatan peribadi yang tersendiri, kenapakan itu tidak diambil sebagai teladan dan petunjuk untuk menguatkan lagi semangat persaudaran dan ukhuwah.

Sesudah menjadi ADUN, malah kami dianugerahkan Allah sebuah kerajaan negeri di dunia ini, saya sangat menyedari dengan nasihat guru mursyid saya berasal dari Melaka, katanya "hati-hati anak pasti ramai yang dengki dengan kemenangan ini". kata-katanya masih kedengaran ditelinga ini.

Itulah penawar, itulah perangsang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba, onak dan duri. Dalam diri sering disemangatkan dengan pesanan seorang guru bernama Shaqiq kepada muridnya bernama Hatim, yakni kita akan sentisa di hadapkan dengan manusia yang bersifat dengki dan khianat.


Kakak ditohmah masuk Melayu

Semasa kakak masuk Islam pada tahun 1971 saya pada masa itu berumur 7 tahun. Ibu kesayangan masih hidup semasa itu. Dia meninggal pada tahun 1973 semasa saya darjah 3 .Sebenarnya saya kurang ingat sejelasnya peristiwa kakak meninggalkan rumah setelah dia mengambil keputusan untuk berhijrah dari agama Buddha ke Islam.

Beliau menceritakan kembali sebelum dia meninggalkan rumah dia menyuapkan nasi kepada saya adik kesayanganya sekenyang-kenyangnya. Dia nekad meninggalkan rumah dan sangat menyedari mendapat tentangan yang kuat dari ibu dan ayah kesayangan.

Beliau disembunykan dari perncarian keluarga sehingga disembunyikan di Kota Bharu di rumah seorang pekerja di Majlis Agama Islam Kelantan beberapa lama.

Sesudah itu kakak berkahwin dengan Abang Ali (kembali kerahmatullah 5 tahun lalu) sehingga meniggalkan zuriat seramai 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan.

Mungkin kerana masih kecil, saya agak kurang terasa kehilangan seorang kakak malah tidak mengerti hakikat beragama. Namun yang terasa adalah ayah dan ibu.

Seingat saya kami sekeluarga telah diajarkan dan difahamkan oleh keluarga bahawa kalau masuk Islam artinya masuk melayu. Yang menyedihkan lagi seolah diiakan oleh orang Melayu sendiri.

Tohmahan ini terus berlangsung dalam keadaan beberapa orang Cina di kampung saya telah memeluk Islam. Kemungkinan mereka tidak memahami antara konsep agama dan konsep bangsa. Tidak kira Melayu atau Cina kalau tidak faham hakikat beragama dan berbangsa mereka akan terperosok dengan kefahaman itu.

Namun begitu persoalan dan tembok ini telah runtuh walaupun perlu di"clear"kan semuanya dari terus dipermainkan oleh orang yang tidak mamahami dan tidak bertanggunjawab.

DRS. KHALIL IDHAM LIM


Sila Layari untuk pos seterusnya:

http://idhamlim.blogspot.com/



Lagi di sini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm




1 comment:

gillberk said...

Selamat pagi dan Salam sejahtera,Ada dua sebab kenapa saya menasihatkan anak muda atau remaja lepasan sekolah agar menangguh dahulu atau membatalkan terus hasrat untuk berhijrah ke bandar-bandar besar, terutama selepas keputusan peperiksaan setiap hujong tahun.
Pertama, kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menyebabkan lonjakan kenaikan sara hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang dan sebagainya.
----------------------------------
Gillberk

ETHICAL SEO

My Blog List