Taskirah Jumaat di sini: http://kelasdewasa.blogspot.com/
Menjaga kereta
Peranan utama kereta adalah untuk membawa manusia dan barangannya dari satu tempat ke suatu tempat dengan selamat dan cepat.
Tahukah anda apa yang menyebabkan kereta boleh menjalankan tugas sedemikian?
Yang pertamanya kereta ada injin yang bertugas memutar tayar kereta menyebab kereta tersebut boleh beralih tempat. Injin tersebut berfungsi dengan adanya kombinasi bahan pembakar (contohnya, petrol), percikan letrik dan lain-lain rangkaian sistem dalam injin tersebut.
Keduanya, ia mempunyai “steering wheel” yang digunakan untuk memandu-arah perjalanan kereta tersebut (kalau tidak kereta tersebut akan bergerak tanpa arah tertentu).
Ketiganya, kereta tersebut mempunyai ruang untuk menempatkan penumpang dan barangan yang dibawanya.
Bagi memperolehi keselesaan penumpang kereta tersebut dibekalkan dengan beberapa sistem lain saperti sistem penghawa dinginnya, sistem letriknya, sistem keseimbangan dan suspensi, sistem penyejukan injin dan sebagainya.
Banyak kereta zaman ini pula mempunyai peralatan elok-ada saperti radio disamping peralat perlu-ada lain saperti wiper, cermin sisi, tali pinggang keledar dan sebagainya.
Pada keseluruhannya, sebuah kereta perlu ada sekurang-kurangnya, injin (alat penggerak kereta), radiater (alat penyejuk injin), tayar (alat pengerak kereta), sterring wheel (alat pandu arah), tempat duduk, boot kereta dan rak barang (untuk penyimpan barang), brek (alat henti atau perlahankan kereta), gear (alat kelajuan ?), bateri dan dynamo (pembekal tenaga letrik), penghawa dingin dan sebagainnya.
Madrasah juga berperanan sebagai sebuah kereta.
Madrasah juga membawa penumpangnya dan penumpang tersebut adalah ahli kariahnya. Madrasah bertanggung jawab membawa penumpangnya menuju suatu tempat yang kekal kehidupanya.
Saperti sebuah kereta, madrasah mempunyai berbagai alatan untuk membawa penumpangnya ke arah tujuannya. Cepat-lambat sampainya, sesat atau salah arahnya bergantunglah kepada perjalanan alatan yang mengendalikan madrasah tersebut. Alatan ini berbeza dengan peralatan yang ada pada kereta kerana peralatan madrasah adalah manusia. Manusialah yang menjadi alat yang mengendalikan madrasah.
Madrasah perlu ada injin (manusia) yang mengerak perjalannya, steering wheel (manusia) untuk memandu arahnya, tempat duduk (manusia) untuk menempatkan penumpangnya, radiater (manusia) dan coolent (manusia) untuk mengawal perjalannya, brek (manusia) untuk mengelaknya terlajak, penghawa dingin (manusia) untuk memyediakan kelesaan.
Menurut pendapat dan pengalaman anda, siapakah (manusia) yang boleh mengisi menjadi alatan tersebut untuk madrasah kita? Sila isikan ruangan di bawah dengan nama-nama mereka yang sesuai :
2. steering wheel (arah mana nah bawa? jangan terbabas)
3. tempat duduk (kalau selesa ramai yang akan menumpang menggunakannya. Kalau tidak ramai yang akan lari ke kereta lain!)
4. radiater dan coolen (beroperasi bila perlu)
5. brek (jangan banyak sangat gunakan brek, takut lambat sampai)
6. penghawa dingin
7. pedal minyak (jangan bawa laju, jangan juga lambat)
8. lain-lain.
Madrasah = kereta
Menjaga madrasah = menjaga kereta
Salah pandu masuk longkang
No comments:
Post a Comment