Saturday, August 23, 2008

UBAT DARAH TINGGI

UBAT DARAH TINGGI

Air jus buah mengkudu baik untuk diminum oleh orang yang mengidap darah tinggi.

Cara mudah membuat minuman air jus mengkudu ialah dengan memasukkan buah tersebut dalam plastic dan meramaskannya sampai hancur mengkudunya. Kemudian masukkan air masak dan goncang bagi mensebatikannya. Masukkannya ke dalam peti ais jika mahu air jus mengkudu yang sejuk.






Jika pilih air mengkudu yang tidak sejuk, terbalikkan bekas plastic (yang berisi mengkudu dan air tadi) supaya airnya turun. Biarkan air tersebut mengalir ke dalam gelas atau cawan yang disediakan di bawahnya.

Bila semua air jus mengkudu telah masuk ke dalam gelas/cawan, ianya sedia untuk diminum.

Amalkan minum sebiji mengkudu setiap dua hari sekali.

Buah mengkudu yang jatuh ke tanah adalah terbaik untuk di minum airnya kerana ianya tentu dah masak ranum. Jika tidak, tunggulah ianya masak sebelum membuat air mengkudu tersebut.

Membuat air jus mengkudu menggunakan blender boleh juga dilakukan. Cara ini ada "kelas" berbanding dengan cara menggunakan plastik guna-buang.

Selamat mencuba.

Pokok mengkudu mudah tumbuh, anda boleh menanamnya. Jika perlukan benihnya boleh jumpa Pak Din Teratai untuk mendapatkannya.


No comments:

My Blog List