Saturday, August 09, 2008

TAFSIR AL QURAN 08100630


Tafsir ayat 144 Surah Annisa' menyarankan orang Islam memilih hanya orang Islam untuk memimpin mereka atau menjadi ketua mereka atau untuk menjadi kawan rapat mereka.
Inilah kerana pemimpin atau kawan Islamlah yang tahu apakah kehendak agama Islam. Orang bukan Islam biasanya tidak mendalami Islam dan ada yang tak tahu tuntutan dan kewajipan orang Islam. Jadi ada kemungkinan kebanyakan perancangan dan tindakan mereka tidak berlandaskan kepada kehendak dan tuntutan Islam. Ini mungkin dibuat tanpa disedari mereka kerana mereka mengikut lojik akal dan aliran menikiran manusia. Pemikiran manusia terbatas.
Orang Islam sejati akan bertindak semata-mata berlandaskan hukum Allah.
Alternatifnya, masyarakat Islam mesti memastikan peraturan dan tindakan ketua dan kawan bukan Islam mereka adalah berlandaskan kehendak Islam atau sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan Islam.



0808101231















No comments:

My Blog List