Sunday, October 10, 2010

SURAH MINGGI INI - 009 AT TAUBAH



009 Surah AT-TAUBAH

(klik untuk dengar bacaannya)


[1] Ini adalah pemutusan tanggungjawab pembatalan perjanjian dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia dengan mereka.

[2] Oleh itu hendaklah kamu hai kaum musyrik, bergerak di muka bumi dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari azab seksa Allah. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah akan menghina orang yang kafir dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat.

[3] Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, diisytiharkan pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang musyrik; oleh itu jika kamu wahai kaum musyrik bertaubat dari kufur maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling ingkar, maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari azab seksa Allah. Dan khabarkanlah wahai Muhammad, kepada orang kafir bahawa mereka akan ditimpakan dengan azab yang tidak terperi sakitnya.


------------------------------------------------------


"Allah menghina orang yang kafir dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat."

Mereka yang kafir diazab Allah semasa di dunia lagi. Walaupun mereka nampak bahagia dengan mempunyai harta yang banyak dan anak pinak yang ramai, mereka tidak sebahagia saperti mana yang kita nampak. Hati mereka tak tenteram dan jiwa mereka berperasaan libang libu tak menentu.
Berbandinglah dengan orang Islam tulin yang sentiasa bahagia walaupun kurang harta benda mereka dan banyak kekurangannya.

Inilah seksaan Allah semasa di dunia. Di akhirat nanti pasti mereka akan diseksa kecuali mereka bertaubat.


Sekarang ramai mereka yang dulunya kafir setelah memeluk Islam menyatakan yang mereka merasa tenteram dan yakin kepada kehidupan mereka setelah memeluk ugama Islam. Ramai juga ahli saintis yang memeluk Islam selepas membaca Al Quran dan mendapati bahawa Al Quran yang mereka membacanya telah berlebih dahulu menceritakan perihal apa yang mereka kaji dalam urusan penyelidikan sains mereka. Terpegun dengan apa yang dinyatakan oleh Al Quran tersebut mereka memeluk Islam.

Perasaan tak tenteram dan dengki mereka membuat mereka cuba membakar Al Quran akhir2 ini. Tapi malangnya (atau untungnya?) rancangan mereka setelah disebarkan secara meluas telah menarik minat manusia untuk mengetahui apa yang tercatat dalam Al Quran dan jualan Al Quran menjadi semakin laris dan ramai pula yang membacanya.
Adakah mereka akan menjadi sebagai Abrahah yang cuba memusnahkan Kaabah tetapi dihancurkan dan Kaabah menjadi semakin Unggul? Mudah2an demikianlah yang kita diharapkan.



Petikan kelas pengajian pagi Ahad Madrasatul Huda.

Saturday, October 02, 2010

HARI KIAMAT


Cerita keadaan hari kiamat dan kesannya kepada manusia dibacakan subuh tadi, saperti berikut:


Allah bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan Ia juga bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” bahawa manusia akan dibangkitkan sesudah matinya mereka nanti.

Patutkah mereka yang kafir menyangka bahawa Allah tidak dapat mengumpulkan tulang mereka dan menghidupkan mereka semula? Tidaklah sepertimana yang mereka sangkakan itu, bahkan Allah berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang jari mereka iaitu, tulang yang lebih halus dari yang lain.

Kebenaran keadaan ini bukanlah tanpa buktinya. Tetapi manusia yang ingkar sentiasa suka meneruskan perbuatan kufur dan maksiat mereka sepanjang hayat mereka, sehingga mereka sanggup tidak mengaku adanya hari kiamat.

Secara mengejek mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Jawablah: “Hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut. Dan bulan akan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak perlulah bertanya sedemikian! Kerana dah tak ada lagi tempat di mana kamu nak berlindung!

Pada hari itu, hanya kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Di hari tersebut, manusia akan diberitahu apakah yang mereka telah lakukan dan apa yang ia telah tinggalkan. Anggota mereka sendiri pula akan menjadi saksi terhadap dirinya mereka, walau bagaimana pun mereka cuba memberi alasannya bagi membela diri.

“Janganlah engkau Muhammad, kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu itu, menggerakkan lidahmu membacanya sebelum selesai ianya dibacakan kepadamu. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya kepadamu, dengan perantaraan Jibril, maka bacalah menurut bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya yang memerlukan penjelasan”.

Sedarlah wahai orang yang lalai bahawa sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu, bahkan kamu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya itu. Dan kamu tidak menghiraukan bekalan untuk hari akhirat yang kekal abadi kehidupannya, hari akhirat.

Pada hari akhirat nanti, muka orang beriman akan berseri-seri, melihat kepada Tuhannya.

Sementara itu di hari yang sama, muka orang kafir muram hodoh, kerana mereka percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka azab seksa yang membinasakan.

Sedarlah. Janganlah kamu mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, dan orang yang hadir di sisinya heboh berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi dan mengubatnya?” Manakala ia sendiri yakin bahawa sesungguhnya saat itu ialah saat perpisahan. Kedahsyatannya bertindih-tindih. Maka kepada Tuhanmu lah pada waktu itu, engkau dibawa untuk menerima balasan.

Oleh sebab orang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat, maka ia tidak mengakui kebenaran yang wajib diyakininya dan ia tidak mengerjakan sembahyang yang difardhukan ia mengerjakannya! Mereka mendustakan dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

Wahai orang yang kufur ingkar! sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu. Sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu. Yang lebih layak.

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan? Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya dan menyempurnakan kejadiannya sebagai manusia?

Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.

Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu, tidak berkuasa menghidupkan orang yang mati? Tentulah Ia berkuasa!

Tamat.


Dengarlah bacaannya di sini:



Al-Qiamat Al-Qiamat, Mekah

Friday, August 20, 2010

SURAH TARAWIKH


Inilah surah yang biasa dibaca selepas dibacakan Surah Fatihah disetiap dua rakaat
. Namun ada juga mereka yang membaca surah yang lain mengikut pilihan dan kemampuan masing-masing.

Amat berfaedah dan berkesan jika kita dapat memahami isi kandungan surah yang dibacakan.

[1] Kamu telah dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba mendapatkan sebanyaknya harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh,

[2] Sehingga kamu masuk kubur.

[3] Jangan sesekali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati!

[4] Sekali lagi diingatkan: jangan sesekali kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat!

[5] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui apa yang kamu akan hadapi dengan pengetahuan yang yakin, tentulah kamu akan mengerjakan perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat.

[6] Ingatlah demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

[7] Selepas itu, demi sesungguhnya! kamu wahai orang yang derhaka akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin semasa kamu dilemparkan ke dalamnya!

[8] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya!



Set Kedua: 103. Al-’Asr

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

[3] Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Set Ketiga: 104. Al-Humazah

[1] Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji,

[2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

[3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya dalam dunia ini!

[4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

[5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

[6] Al-Hutamah ialah api Allah yang dinyalakan dengan perintahNya,

[7] Yang naik menjulang ke hati;

[8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

[9] Mereka terikat di situ pada batang palang yang melintang panjang.


Set Keempat: 105. Al-Fiil

[1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka rombongan burung berpasuk-pasukan,

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

[5] Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.





Set Kelima: 106. Quraish

[1] Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy penduduk Makkah

[2] laitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka menjalankan perniagaan pada musim sejuk ke negeri Yaman, dan pada musim panas ke negeri Syam,

[3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah Kaabah ini,

[4] Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.




Set Keenam: 107. Al-Ma’un

[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama meliputi hari pembalasan?

[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

[3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

[4] Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang yang mendustakan ugama, maka kecelakaan besar bagi orang Ahli Sembahyang.

[5] laitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

[6] Juga bagi orang yang berkeadaan riak bangga diri dalam ibadat dan bawaannya,

[7] Dan orang yang tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang yang berhak mendapatnya.



Set Ketujuh: 108. Al-Kauthar

[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu wahai Muhammad kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat.

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya.





Set Kedelapan: 109. Al-Kafirun

[1] Katakanlah wahai Muhammad: “Hai orang-orang kafir!”

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah”.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah”.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat”.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat”.

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.



Set Kesembilan: 110. An-Nasr

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah,

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.



Set Kesepuluh: 111. Al-Masad

[1] Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!

[2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

[3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

[4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

[5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.




Di rakaat pertama Solat Witir dibaca surah 87. Al-A’la dan di rakaat kedus surah 109. Al-Kafirun


87. Al-A’la

[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi dari segala sifat kekurangan.

[2] Yang telah menciptakan sekalian makhlukNya serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

[3] Dan Yang telah mengatur keadaan makhlukNya serta memberikan hidayah petunjuk ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya;

[4] Dan Yang telah mengeluarkan tumbuhhan untuk binatang ternak.

[5] Kemudian Ia menjadikan tumbuhan yang menghijau itu kering berubah warnanya kehitaman.

[6] Kami sentiasa menjadikan engkau wahai Muhammad dapat membaca Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril, sehingga engkau menghafaznya dan tidak lupa.

[7] Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui segala keadaan yang patut berlaku, dan yang tersembunyi.

[8] Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk melaksanakan segala perkara Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

[9] Oleh itu berilah peringatan kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran, kalau-kalau peringatan itu berguna dan sudah tentu ianya berguna.

[10] Kerana orang yang takut melanggar perintah Allah akan menerima peringatan itu.

[11] Dan sebaliknya orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

[12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar azab seksanya.

[13] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal yang soleh.

[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang dengan khusyuk.

[16] Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian, bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.

[17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

[18] Sesungguhnya keterangan yang dinyatakan ini ada disebutkan di dalam Kitab yang terdahulu,

[19] Iaitu Kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.





109. Al-Kafirun

[1] Katakanlah wahai Muhammad: “Hai orang-orang kafir!”

[2] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah”.

[3] “Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah”.

[4] “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat”.

[5] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat”.

[6] “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.



Manakala di rakaat Ketiga Sembahyang Witir dibaca surah 112. Al-Ikhlas, Surah 113. Al-Falaq dan surah 114. An-Nas



112. Al-Ikhlas

[1] Katakanlah wahai Muhammad: “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa;

[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.





113. Al-Falaq

[1] Katakanlah wahai Muhammad; “Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”,

[2] “Dari bencana makhluk yang Ia ciptakan”;

[3] “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”;

[4] “Dan dari kejahatan makhluk yang menghembus pada simpulan dan ikatan”;

[5] “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.



114. An-Nas

[1] Katakanlah wahai Muhammad: “Aku berlindung kepada Allah Pemulihara sekalian manusia”.

[2] “Yang Menguasai sekalian manusia”,

[3] “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia”,

[4] “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam”,

[5] “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia”,

[6] “Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia”.







Mulai malam keenambelas surah 97. Al-Qadr pula dibaca:

97. Al-Qadr

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut;

[5] Sejahteralah Malam yang berkat itu hingga terbit fajar!



SURAH TARAWIKH DAN WITIR


Monday, July 26, 2010

KURANGKANLAH MAKAN



Petikan dari kitab Sairus Salikin Juzuk Ketiga:

Berkenaan dengan faedah kurang makan.



Tempat kepada kebinasaan itu ialah shahwat perut dan sangat gemar kepada makanan. Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga kerana memakan buah larangan. Shahwat perut pula memintan kepada gemar kepada kekayaan dunia dan harta benda.


Nabi Muhammad s.a.w. Pernah berkata:




Barang siapa makan dan minum setengah perutnya nescaya dapat ia satu suku daripada mertabat ambia


Kenapa kenyang dicela?



--------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut adalah 10 kelebihan berlapar dan kecelaan kenyang:

Faedah Pertama:

Lapar mencuci dan menerangkan hati, juga membuka mata hati. Kenyang pula mengurangkan akal dan membutakan mata hati juga mematikannya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedua:

Lapar melembutkan hati menghasilkan kelazatan munajat, kelazatan berbuat ibadat dan berzikir.

---------------------------------------------------------

Faedah Ketiga:

Lapar memecah dan menghinakan hati, menghilangkan takbur dan keasukaan kepada dunia. Takbur itu adalah asal segala zalim dan melupakan Allah Taala. Tiada sesuatu yang lebih memecah dan menghinakan akan dia melainkan lapar. Kembalilah ia pada Tuhannya dengan kyusuk dan melihat ianya hina dan melihat Tuhannya amat mulia.



---------------------------------------------------------

Faedah Keempat:

Lapar akan mengingatkan bala dan seksa Allah dan lupa kepada orang lain yang lapar. Lapar juga mengingatkan kelaparan di akhirat dan seksanya membawa ia takut kepada Allah. Lihat apa kata Nabi Yusuf 'alaihissalam mengenainya: Mengingatkan orang lain yang lapar akan mendatangkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan makluk lain yang lapar, mengilhamkan untuk bersedekah yang besar pahalanya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:


---------------------------------------------------------

Faedah Kelima:

Lapar memecah segala shahwat maksiat dan mengawal fafsu amarah serta mengalahkan syaitan. Kenyang adalah asal kejadian segala maksiat.

---------------------------------------------------------

Faedah Keenam:

Lapar mengelakkan tidor dan membolehkan jaga malam untuk berbuat ibadat. Banyak makan akan membanyakkan minum dan menbanyakkan tidurnya. Tidur pula memendekkan umur dan mengurangkan ibadat tahajjud malam. Ianya juga mengurangkan akan dan mengeraskan hati, asal segala kebinasaan.


---------------------------------------------------------

Faedah Ketujuh:

Lapar memudahkan mengekali ibadat. Banyakkan makan mengurangkan masa ibadat kerana ianya memerlukan masa untuk menyediakan dan mengendalikan makanan. Juga kesan sampingannya saperti perlu membersihkan diri dan sisa makan dan perlunya pergi ke tandas membersihkan isi perut. Sedikit makan akan mengurangkan masa tersia untuk digunakan untuk beribadat.

---------------------------------------------------------

Faedah Kedelapan:

Mengurang makan akan menyihatkan badan dan menolak segala penyakit. Banyak makan mengalakkan penyakit yang yang akan mengurangkan ibadat, menyusahkan hati dan mencegah berfikir yang berfaedah. Ia pula memerlukan ubat dan kos menghilangkan penyakit tersebut.


---------------------------------------------------------

Faedah Kesembilan:

Banyak makan memerlukan harta yang banyak untuk membiayai makanan tersebut perlu juga diperbagaikan jenisnya. Usaha mendapat harta pula akan mengurangkan masa beribadat mengurangkan faedah akhiratnya.

---------------------------------------------------------

Faedah Kesepuluh:

Kurang makan membolehkan bersedekah dengan makanan atau harta berlebihan yang ada untuk faedah orang fakir, miskin dan anak yatim, membolehkan pahala akhirat. Juga mendapat naungan Allah ketika itu.


SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

My Blog List