Sunday, August 10, 2008

HALAMAN UTAMA

AL QURAN DAN WEB PILIHAN


Quran, 25:67

Ehsan Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Muat turun surah (mp3)




Ubat Santapan Rohani
Klik dan bacalah sekarang . . . . . . .

Yassin - 2 kali sehari, pagi dan petang


Al Mulk - sekali sebelum tidor



Al Sajda - sekali sehari







Laman web pilihan di sini
(klik untuk mendapatkannya)

Masjid Al Ubudiah
Tasik Ampang:
http://ubudiahampang.blogspot.com/

Belajar Asas perakaunan:
http://alhudaakaun.blogspot.com/

Pendidikan Al Quran:
http://pendidikanquran.blogspot.com/

Web rujukan/Pencarian:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama


Saturday, August 09, 2008

GAMBAR TARANUM 2008






















Di atas ada satu set lagi. Set HA

BUAH TIN ADA HIDUP SUBUR DI MALAYSIA

Hari inilah kali pertama saya melihat dari dekat buah dan pokok tin Malaysia. Dua pokok berada dekat dengan taman kita, Taman Bukit Teratai. Dulu ada lihat pokoknya tapi tak kesah sangat (sekarang dah ada digital bolehlah "bergambar"). Lihatlah gambar yang saya ambil petang tadi. Klik pada gambar kalau nak gambar yang besar.








Di sinilah (gambar bawah) terletak pokoknya. Satu disebelah kanan jalan masuk dan satu lagi sebelah kiri. Buahnya sangat banyak dan ada yang masak. Klik gambar dibawah kalau nak tahu tempatnya.





Lawatilah pokok tersebut. Kalau berminat ambillah benihnya untuk ditaman di tempat anda. Jumpalah Pak Ya.




0808102005







TAFSIR AL QURAN 08100630


Tafsir ayat 144 Surah Annisa' menyarankan orang Islam memilih hanya orang Islam untuk memimpin mereka atau menjadi ketua mereka atau untuk menjadi kawan rapat mereka.
Inilah kerana pemimpin atau kawan Islamlah yang tahu apakah kehendak agama Islam. Orang bukan Islam biasanya tidak mendalami Islam dan ada yang tak tahu tuntutan dan kewajipan orang Islam. Jadi ada kemungkinan kebanyakan perancangan dan tindakan mereka tidak berlandaskan kepada kehendak dan tuntutan Islam. Ini mungkin dibuat tanpa disedari mereka kerana mereka mengikut lojik akal dan aliran menikiran manusia. Pemikiran manusia terbatas.
Orang Islam sejati akan bertindak semata-mata berlandaskan hukum Allah.
Alternatifnya, masyarakat Islam mesti memastikan peraturan dan tindakan ketua dan kawan bukan Islam mereka adalah berlandaskan kehendak Islam atau sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan Islam.



0808101231















Friday, August 08, 2008

TASKIRAH JUMAAT AL UBUDIAH 080808 - Surah Yassin

Klik untuk membesarkan. Klik kali kedua jika tak berjaya.
Bunyi sangkakala pertama manusia akan mati dan dunia serta segala yang ada padanya hancur.

Bunyinya terdengar diperusuk dunia saperti terdengarnya bunyi Mohammad Ali tumbuk Bugner di KL pada tahun 1979. Bila Ali tumbuk Bugner seluruh dunia mendengarnya. Serupa juga bila Ali tumbuk Joe Frazer (Joe Frazer kata tumbukan Ali tak sakit, sebabnya dia ketika itu terus pengsan) seluruh dunia boleh dengar. Kita tak samakan bunyi tumbukan Ali dengan bunyi sangkakala tapi itulah contohnya, bunyi mungkin boleh didengar keseluruh dunia.

Bila bunyi sangkakala sedua manusia akan hidup semula dan yang tak percaya bahawa mereka akan hidup semula akan bertanya siapa yang menbangunkan mereka?

Teruskan mendalami maksud AlQuran melalui perbagai media yang ada.





Tuesday, August 05, 2008

Friday, August 01, 2008

PAYUNG MANGGA PAGAR


Digunakan untuk mengelak hujan dan embun membasahi mangga dan merosakkannya.


Klik rajah untuk membesarkannya.
Klik sekali lagi kalau tak berjaya.








Ada yang buat macamni.
Tali di tengkok botol





Diperkenalkan oleh jiran.

HALMS 08011000

My Blog List