009 Surah AT-TAUBAH
(klik untuk dengar bacaannya)
[1] Ini adalah pemutusan tanggungjawab pembatalan perjanjian dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia dengan mereka.
[2] Oleh itu hendaklah kamu hai kaum musyrik, bergerak di muka bumi dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari azab seksa Allah. Dan ingatlah, sesungguhnya Allah akan menghina orang yang kafir dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat.
[3] Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, diisytiharkan pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang musyrik; oleh itu jika kamu wahai kaum musyrik bertaubat dari kufur maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling ingkar, maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari azab seksa Allah. Dan khabarkanlah wahai Muhammad, kepada orang kafir bahawa mereka akan ditimpakan dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
------------------------------------------------------
Berbandinglah dengan orang Islam tulin yang sentiasa bahagia walaupun kurang harta benda mereka dan banyak kekurangannya.
Inilah seksaan Allah semasa di dunia. Di akhirat nanti pasti mereka akan diseksa kecuali mereka bertaubat.
Sekarang ramai mereka yang dulunya kafir setelah memeluk Islam menyatakan yang mereka merasa tenteram dan yakin kepada kehidupan mereka setelah memeluk ugama Islam. Ramai juga ahli saintis yang memeluk Islam selepas membaca Al Quran dan mendapati bahawa Al Quran yang mereka membacanya telah berlebih dahulu menceritakan perihal apa yang mereka kaji dalam urusan penyelidikan sains mereka. Terpegun dengan apa yang dinyatakan oleh Al Quran tersebut mereka memeluk Islam.
Perasaan tak tenteram dan dengki mereka membuat mereka cuba membakar Al Quran akhir2 ini. Tapi malangnya (atau untungnya?) rancangan mereka setelah disebarkan secara meluas telah menarik minat manusia untuk mengetahui apa yang tercatat dalam Al Quran dan jualan Al Quran menjadi semakin laris dan ramai pula yang membacanya.
Adakah mereka akan menjadi sebagai Abrahah yang cuba memusnahkan Kaabah tetapi dihancurkan dan Kaabah menjadi semakin Unggul? Mudah2an demikianlah yang kita diharapkan.
Petikan kelas pengajian pagi Ahad Madrasatul Huda.