Wednesday, February 10, 2010

097 AL-QADR & 099 AZ-ZALZALAH


SURAH 097 AL-QADR (Kemuliaan)

[097]


1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Tags: ,


SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS



99. AZ-ZALZALAH (Kegoncangan)


[099]


1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyatnya,

2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

3. Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun; “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya berlaku demikian.

6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing-masing untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal mereka.

7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!

8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya!

BERSEDIALAH
Tags: Az-Zalzalah, Madinah

No comments:

My Blog List