Sunday, May 24, 2009

TASKIRAH TERATAI - YAHUDI NASRANI MADINAH



Terdapat tiga gulungan kaum yang besar di Madinah tatkala Islam mula bertapak di situ setelah Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya berhijrah dari kota Mekah di mana mereka tidak disukai oleh pehak musyrik Mekah. Gulungan tersebut adalah kaum Yahudi yang berpegang dengan kitab Taurat, kaum Nasrani dengan kitab Injilnya dan pehak Islam yang terdiri dari kaum Ansar (kaum asal Madinah) dan Muhajirrin (kaum Islam yang berhijrah dari Mekah ke Madinah). Kitab orang Islam ialah Al Quran.

Isi kandungan Taurat banyak telah di ubahsuaikan oleh pehak Yahudi bagi menyesuaikan kepada kehendak mereka. Ada juga yang masih asli tapi tidak dipraktik lagi oleh Mereka. Contohnya: terdapat satu ketika Nabi Muhammad SAW telah pergi ke perkampongan mereka dan mendapati satu kumpulan bersorak sambil menconteng muka seorang pemuda. Bila ditanya oleh nabi mereka berkata inilah hukum orang yang berzina jika mengikut kitab Taurat mereka. Bila disuruh menunjukkan ayat Taurat yang menyatakan demikian mereka memperlihatkan kepada nabi ayat berkenaan tetapi disorok dengan jari bahagian yang berkenaan dengan hukum zina. Nabi tak tahu membaca dan tulisan Taurat pula adalah dalam bahasa Hebrew. Akan tetapi seorang sahabat nabi berbangsa Yahudi Islam telah menyatakan bahawa menurut kitab Taurat hukuman zina adalah direjam, sama dengan hukuman dalam Al Quran. Beliau juga menunjukkan ayat yang berkenaan dalam Taurat tersebut dan membacanya.

Sahlah mereka telah cuba berbohong dengan Nabi Muhammad SAW yang tak tahu membaca itu. Mereka telah mengubahkan hukum Taurat.

Adakah orang Islam sekarang begitu juga? Adakah orang Islam sekarang membelakangkan hukum Allah yang tercatat dalam Al Quran untuk diganti dengan hukum buatan manusia? Jawapannya sangatlah jelas dan semua orang tahu jawapannya.

Adakah sifat yang ada pada kaum Yahudi/Nasrani di zaman Madinah dulu sekarang ada pada umat Islam? Jika orang Islam masih mengikuti ajaran Al Quran sepenuhnya kenapakah sekarang ini kira dapati bahawa banyak berlaku orang Islam membunuh orang Islam?

Keseluruhan negara Islam sekarang ini porak poranda dengan kekecohan dan pembunuhan. Adakah kerana mereka mengikut ajaran Al Quran?

Jika orang Islam sendiri tidak mengikut ajaran Al Quran maka tak peliklah jika kaum bukan Islam boleh menyalahgunakan Al Quran untuk kepentingan mereka sendiri.

Contohnya kumpulan "The Followers of Isa" di Amerika Syarikat telah menggunakan ayat 111 surah Al Baqarah dengan mengatakan bahawa "
Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Mereka menyatakan ini adalah petikan dari surah Al Baqarah ayat 111. Memamg benar ayat tersebut adalah dari surah Al Baqarah tapi mereka hanya mengambil sebahagian dari ayat tersebut. Ayat sebenarnya ialah "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Kalaulah kita tak faham Al Quran maka kita sendiri akan percaya kepada dakyah mereka.

Maka awasilah perkara sebegini dengan banyak kita membaca dan memahami Al Quran.

InshaAllah kita akan berjaya.



No comments:

My Blog List