Sunday, April 19, 2009

SURAH 003 AALI IMRAN (Nabi Isa)

Nabi Isa dikianat oleh pengikutnya dan diwafatkan

Ada puak Yahudi yang tak suka kepada Nabi Isa kerana Nabi Isa telah banyak menghalang mereka berbuat perkara yang dilarang agama. Nabi Isa perasan perkara ini dan bertanya kepada pengikutnya siapakah yang akan menolongnya dalam menegakkan agama Allah yang dibawanya. Ramai pengikutnya yang telah mengaku taat setia pada Nabi Isa mempertahankan agama.

Dalam pada itu ada juga yang membelot dan mengajak orang Yahudi Roman untuk membunuh Nabi Isa. Oleh kerana orang Roman ini tak begitu kenal Nabi Isa maka dirancangkan supaya ia membunuh orang yang dipeluk oleh pembelot tersebut.

Pada Malam yang dikenali sebagai "The Last Supper" atau "Makan Malam Terakhir" Nabi Isa telah diangkat Allah ke sisiNya dan orang yang dibunuh oleh Roman tersebut ialah Judas, pembelot tersebut. Judas telah dibunuh dan dipalang selama tiga hari.

Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke langit menerima arahan sembahyang kemudiannya, Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan Nabi Isa di langit ke empat. Di riwayatkan Nabi Muhammad bertemu Nabi Isa dengan jasad dan rohnya.

Ada riwayat yang menyatakan Nabi Isa mati dan ada yang menyatakan roh dan jasatnya diangkat Allah ke langit. Hanya Allah yang tahu sebenarnya. Tetapi Nabi Isa tidak dibunuh oleh orang Roman tersebut.

Dikatakan juga bahawa Nabi Isa akan turun ke bumi nanti untuk membunuh Dajjal.


********************** ISLAM ***********************


Untungnya Islam:
Pahala sentiasa menunggu
Untuk dipungut atau biarkan begitu sahaja

Susah kalau bersabar dapat pahala
Senang kalau bersyukur dapat pahala

Perang kalau terbunuh dapat pahala (syahid)
Perang kalau menang dapat pahala dan harta
Perang kalau kalah dapat pahala

Hidup di dunia perolehi untung
Mati/Akhirat juga perolehi untung

Orang kianat kita kalau kita sabar dapat pahala
Kita buat baik (tak kianat) dapat pahala

Buat khenduri dapat pahala
Pergi khenduri dapat pahala
Bantu khenduri dapat pahala

dll
dll
all

Pahala dimerata-rata.
Nampat atau tak nampak aje.
Kalau nampak beruntunglah
Kalau tak nampak melepas


Jadilah manusia yang adil bukan yang zalim.


No comments:

My Blog List