Sunday, April 26, 2009

SURAH 003 AALI IMRAN (Mubahallah)


MUBAHALLAH

Kejadian Nabi Isa seakan sama dengan kejadian Nabi Adam. Nabi Adam Allah jadikan dari tanah, ditiupkan roh dan menjadi manusia pertama ciptaan Allah.

Nabi Isa pula mempunyai ibu yaitu Maryam binti Imran. Tetapi Nabi Isa tidak mempunyai bapa dijadikan oleh Allah dengan ucapan "kun faya kunNya" maka jadilah apa yang kehendakiNya.

Kita tak perlu hairan kejadian sebegini kerana ini adalah kerja Allah. Ia Maha Kuasa dan boleh berbuat apa yang diKehendakiNya.

Ada Bani Israel yang menyatakan bahawa Nabi Isa ialah anak luar nikah dan menolak kebenaran apa yang berlaku ke atas Maryam yang melahirkan Nabi Isa.

Pengikut Nabi Isa taat padanya semasa hayatnya tetapi apabila Nabi Isa diangkat ke langit mereka telah diperdayakan oleh St Paul yang mengaku berjumpa Nabi Isa di "Kuburnya". St Paul menyatakan yang Nabi Isa keluar dari Kuburnya dan mewasiatkan beberapa perkara yang tak benar, termasuk menyatakan Nabi Isa adalah Tuhan. St Paul menyatakan bahawa selepas itu Nabi Isa terbang ke langit.

Oleh kerana percaya kepada St Paul maka agama ajaran Nabi Isa telah berjaya diselewengkan.

Injil mula ditulis oleh pengikut Nabi Isa lama selepas beliau diangkat oleh Allah. Akibatnya terdapat banyak jenis injil yang berlainan isi kandungannya, kebanyakannya dikatakan menyeleweng isi kandungannya. Pada tahun 381 satu persidangan telah diadakan bertujuan memilih injil yang perlu diguna pakai dan yang mana perlu dihapuskan. Hasilnya hanya empat jenis injil diterima pakai, sampailah sekarang ini. Kitab injil yang lain dihapuskan (termasuklah kitab injil yang benar isi kandungannya).

Injil menyatakan bahawa Isa adalah tuhan dengan konsep Trinitinya - God the Father (bapa) God the son (Anak, Isa) dan the Holy Spirit (Roh Kuddus).

Semasa sekumpulan padri berjumpa dengan Nabi Muhammad membincangkan agama Islam dan Kristian perkara Nabi Isa disentuh mereka. Tetapi mereka tidak mencapai sefahaman tentang kejadian Nabi Isa dan sama ada Nabi Isa adalah tuhan atau tidak.

Oleh sebab kebuntuan tersebut Nabi Muhammad mencadangkan supaya mereka membuat Mubahallah dimana semua anak beranak dan saudara kedua belah pehak berkumpul dan bersumpah menyatakan pandangan dan pendapat mereka tentang Nabi Isa adalah benar. Jika ianya tidak benar maka mereka akan dilaknat Allah. Cadangan/Cabaran ini tidak disambut oleh pehak padri tersebut dan mereka tidak hadir untuk melakukan Mubahallah tersebut. (Lihat Ayat 61)


###################


Al Quran membawa cerita yang benar termasklah peristiwa berikut:

1. Nabi Zakaria yang tua dan isterinya yang mandul boleh mendapat anak yang dinamakan Yahya

2. Mariam yang tinggal di masjib disediakan Allah dengan makanan tersaji termasuk buah-buahan luar musim.

3. Maryam tidak berkahwin tetapi boleh melahirkan anak bernama Isa.

4. Anaknya pula (Nabi Isa) boleh bertutur ketika kecilnya dan berupaya membersihkan nama baik ibunya Maryam.

5. Nabi Isa mempunyai beberapa keistimewaan - membuat burung hidup, menyembuhkan penyakit, tahu apa di dalam rumah tanpa pergi ke rumah tersebut.

6. Nabi Isa tak dimatikan malah di angkat ke langit.

dll.

.

Sunday, April 19, 2009

YANG HARAM

AWAS

Serunding babi Indonesia di jual di Malaysia. Bacalah di sini:


SURAH 003 AALI IMRAN (Nabi Isa)

Nabi Isa dikianat oleh pengikutnya dan diwafatkan

Ada puak Yahudi yang tak suka kepada Nabi Isa kerana Nabi Isa telah banyak menghalang mereka berbuat perkara yang dilarang agama. Nabi Isa perasan perkara ini dan bertanya kepada pengikutnya siapakah yang akan menolongnya dalam menegakkan agama Allah yang dibawanya. Ramai pengikutnya yang telah mengaku taat setia pada Nabi Isa mempertahankan agama.

Dalam pada itu ada juga yang membelot dan mengajak orang Yahudi Roman untuk membunuh Nabi Isa. Oleh kerana orang Roman ini tak begitu kenal Nabi Isa maka dirancangkan supaya ia membunuh orang yang dipeluk oleh pembelot tersebut.

Pada Malam yang dikenali sebagai "The Last Supper" atau "Makan Malam Terakhir" Nabi Isa telah diangkat Allah ke sisiNya dan orang yang dibunuh oleh Roman tersebut ialah Judas, pembelot tersebut. Judas telah dibunuh dan dipalang selama tiga hari.

Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke langit menerima arahan sembahyang kemudiannya, Nabi Muhammad SAW telah bertemu dengan Nabi Isa di langit ke empat. Di riwayatkan Nabi Muhammad bertemu Nabi Isa dengan jasad dan rohnya.

Ada riwayat yang menyatakan Nabi Isa mati dan ada yang menyatakan roh dan jasatnya diangkat Allah ke langit. Hanya Allah yang tahu sebenarnya. Tetapi Nabi Isa tidak dibunuh oleh orang Roman tersebut.

Dikatakan juga bahawa Nabi Isa akan turun ke bumi nanti untuk membunuh Dajjal.


********************** ISLAM ***********************


Untungnya Islam:
Pahala sentiasa menunggu
Untuk dipungut atau biarkan begitu sahaja

Susah kalau bersabar dapat pahala
Senang kalau bersyukur dapat pahala

Perang kalau terbunuh dapat pahala (syahid)
Perang kalau menang dapat pahala dan harta
Perang kalau kalah dapat pahala

Hidup di dunia perolehi untung
Mati/Akhirat juga perolehi untung

Orang kianat kita kalau kita sabar dapat pahala
Kita buat baik (tak kianat) dapat pahala

Buat khenduri dapat pahala
Pergi khenduri dapat pahala
Bantu khenduri dapat pahala

dll
dll
all

Pahala dimerata-rata.
Nampat atau tak nampak aje.
Kalau nampak beruntunglah
Kalau tak nampak melepas


Jadilah manusia yang adil bukan yang zalim.


Sunday, April 12, 2009

003 AALI IMRAN - NABI ISA


ISA IBNI MARYAM


Nabi Isa telah dibekalkan Allah beberapa mukjizat saperti berikut:

Boleh menjadikan burung hidup dari tanah yang digumpal dan ditiupnya, dengan izin Allah.

Boleh menyembuhkan penyakit buta dan sopak.

Boleh menghidupkan orang yang mati.

Boleh memberitahi apa yang dimakan dan disimpan di rumah.

Nabi Isa juga dibekal Allah ilmu dari kitab Taurat dan Injil. Beliau membenarkan kitab Taurat yang telah lama diketepikan oleh kaumnya. Kaum Bani Israel telah banyak engkar kepada ajaran Taurat. Disamping itu Nabi Isa telah menghapuskan beberapa larangan yang dikenakan kepada Bani Israel saperti menghalalkan makanan lemak yang dahulunya diharamkan.

#####################

Pelbagai - Falsafah Ilmu:

Peringkat asas ialah maklumat (informtion)

Peringkat kedua ialah Pengetahuan (knowledge/makrifah) - merupakan maklumat yang tersusun.

Peringkat ketiga ialah Ilmu (science) - pengetahuan yang berdasarkan kepada dalil. Dalil boleh diperolehi dari Al Quran atau Hadis Nabi SAW. Atau dalam keadaan biasa ujikaji sains dengan bukti nyata (yang diuji adalah sunatullah)

Peringkat keempat ialah hikmah. Perkara yang diketahui tanpa belajar. Datang dengan sendiri tapi bergantung kepada amalan.

Peringkat kelima ialah Wahyu yang hanya diberikan kepada Nabi dan Rasul.

Terdapat juga bisikan yang biasanya akan merosakkan.



Saturday, April 11, 2009

PILIH SATU DARIPADA BERPULUH.


BERPULUH DAN BERPELUHLAH NAMPAKNYA !
Pengundi hantu pun tak tau nak pilih yang mana.


Sunday, April 05, 2009

PERSAMMAN ANTARA INJIL DAN AL-QURAN



INJIL DAN
AL QURAN
KITAB ALLAH



Injil dan Al Quran diturunkan oleh Allah yang satu. Terdapat banyak persamaan di antara dua kitab Allah ini. Di antara persamaan dicatat dalam rajah ini, boleh dirujuk kepada naskah Al Quran (dan injil) untuk kepastiannya, melalui http://www.jesuswillreturn.com/oldtestament.html.

Perlu diigatkan bahawa ada juga banyak perbezaan di antara injil dan Al Quran. Lebih elok kalau kita sama-sama ketahuinya


Friday, April 03, 2009

TASKIRAH TERATAI - MARYAM BINTI IMRAN

Maryam adalah wanita suci yang tiada sifat keburukan dan tinggal di Masjid Nabi Zakaria. Beliau mendapat wahyu melalui Jibril yang menyatakan yang Marian akan mendapat anak yang akan dinamakan Isa yang akan diantaranya, menjadi terkenal di dunia dan akhirat, yang boleh bercakap semasa kecil dan mengajar ketika dewasa. Juga Beliau akan di ajar kitab i.i. ilmu agama.

Maryam kurang yakin kerana beliau tidak berkahwin tapi ni adalah tak mustahil kerana Allah boleh hanya menyatakan "kun fayakun" dan apa saja kehendah Allah akan menjadi.

Cerita yang sama tercatat juga di dalam surah (019) Maryam sapertimana di bawah ini:

Maryam terkejut apabila ada lelaki bersamanya. Lelaki itu adalah Jibril yang merupa sebagai manusia yang menyatakan bahawa Maryam akan menandung dan mendapat anak lelaki.

Maryam telah mengasingkan dirinya ketika hendak melahirkan kandungannya di suatu tempat yang tersedia pohon dan buat tamar dan air dari anak sungai.

Selepas melahirkan Isa Maryam telah balik ke kampungnya. Nabi Zakaria mengetahui keadaan Maryan yang mengandung tanpa lelki ini kerana telah di wahyukan Allah. Jadu keluarga Mariam tidak terkejut atas keadaan Maryam ini.

Tapi orang kampunynya yang tak tahu menahu tentang oerkara ini telah mencemuh Maryam. Tapi Maryam tidak berkata apa-apa tapi hanya memberi isharat supaya menyayakan perkara tersebut kepada bayinya yang baru lahir.

Nabi Isa (bayi tersebut) telah menyatakan hal sebenar dan yang ia akan menjadi nabi nanti.



My Blog List