TASKIRAH SUBUH (Annisa' Ayat 170/171)
Rasul yang diutuskan Allah mesti diikut kerana ia adalah wakil Allah. Orang Yahudi Madinah menolak ajaran Nabi Muhammad kerana beliau bukan seorang Yahudi tetapi Arab walau pun di dalam kitabnya, Taurat/Talmud ada menyatakan kedatangan rasul selepas Musa.
Tapi sifat mereka ini tak merugikan Allah. Kalau ikut Allah tak untung. Kalau tak ikut Allah tak rugi kerana Alah ada segala-galanya. Kesannya adalah kepada manusia itu sendiri. Kalau ikut dia beruntung (ke syurga) dan kalau tak ikut dia akan rugi (ke neraka).
Allah tahu segalanga. Di hati mereka ada penyakit. Dan dibiarkan penyakit itu berterusan keran ini adalah pilihan mereka.
Manusia ada diberi dua pilihan.
Kalau manusia nakkan petunjuk, Allah akan berikan petunjuk. Kalau manusia pilih kufur atau sesat, Allah akan biarkan dia menjadi kufur dan sesat. Tapi ingat, balasan kepada orang yang mengikut petunjukNya dan balasan jika kita kufur. You are free to choose because you are the one who bears the consequences. PILIHLAH.
Petunjuk dah ada.
Misalnya : Bila Mufti kata tak boleh, kita boleh pilih nak ikut cakapnya atau atau tak ikut. Tak setuju atau bangkang. Atau Mufti kata kena buat, kita boleh pilih nak buat atau tidak buat. Pilihan atas kita dan kesannya akan kita terima sendiri. Akan tetapi di masa akan datang kita tak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini pilihan kita.
Kedatangan Nabi Muhammad.
Dinyatakan dalam kitab Taurat dan Injil.
Juga dinyatakan dalam kitab lama Hindu. Dalam kitab lama Hindu Muhammad dinamakan “Beda” maksudnya yang terpuji. Bahasa Arabnya ialah “Hamida” atau “Alhamda - Alhamdulillah”. Ini tertulis dalam buku karangan Professor yang nama buku itu ialah “Muhammad in the Hindu Scrip”.
Siapa itu “Brahma”?
Siapa itu “Saraswaty”
Nenurut kajian, Brahma adalah Nabi Ibrahim dan Saraswaty ialah Siti Sarah.
Dalam Bahasa Sanskrit yang terpuji bermaksud “Muhammad”
Kaji-selidiklah perkara ini untuk mendapat kepastian dan ketepatan faktanya.
Petua Mengambil Buluh
Makluk Allah hidup dimerata tempat di dunia ini. Ada yang tinggal di rumah, ada yang di hutan, ada di tasik, sungai dan sebagainyae. Tempat itu mungkin kawasan kediamannya.
Dan kita kenalah hormat makluk Allah tersebut dan tidak menganggunya.
Petua mengambil buluh atau lain-lain barangan ialah dengan memberitahu makluk tersebut yang kita nak mengambil buluh tersebut untuk urusan kita. Katakan yang kita ini adalah khalifah Allah di dunia ini dan hendak mengambil barangan tersebut. Beralillah jika kamu (makluk tersebut) berada di situ supaya tidak terganggu.
Kalau kita hormat makluk tersebut, dia pun akan hormat kita. Kan ia juga makluk Allah.
Petua ini telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu tapi maysarakat dulu minta izin dari "Tok". Cadangan di atas hanya kita memberi notis yang khalifah Allah (manusia) nak membut sesuatu.
No comments:
Post a Comment