Thursday, November 20, 2008


NAMA DIGITAL ANDA

Apakah nama digital anda?

Sudah tentu anda ada banyak nama digital saperti orang lain.

Kalau anda tak ada nama digital maka anda bukanlah makluk yang dinamakan manusia kerana semua manusia ada nama digital.

Sila senaraikan nama digital anda.

Bersambung . . . . . . .


Dari TokkiD

Sambungannya . . . . (0811220229) "Ini masa digital pula"

Contoh:

Kerajaan Malaysia menamakan saya (nama digital saya) Empat puluh sembilan sebelas sifar lima kosong lapan lima puluh lapan tuan (bermaksud satu dalam bahasa Inggeris) yaitu 491105085821.

Bank saya menamakan saya sebagai Simpanan Kuala Lumpur Cawangan Pertama sembilan belas sembilan kosong satu satu, yaitu 11401199011.

Tabung Haji pula menamakan saya nama digital yang lain. Bagitu juga Visa Card, Touch and Go, Maxis, Celcom, Telekom Malaysia dan sebagainya.

Nama saya yang didaftar di Pendaftaran Negara dah tak dipakai oleh mereka.

Mungkin disatu masa nanti kita akan diberi hanya satu nama digital sahaja. Taklah pening kepala nak ingat semuanya.

Tunggulah masanya. Tapi kita mungkin tak sempat kerana kita ada dunia lain untuk disertai kerana dunia baru ini sedang menunggu kita.

ya.

Sambungan di bawah ini dimasukkan oleh oleh 1228000523608 . . . . . .

Anda nak tahu nama sebenar saya?

Anda boleh perolehi jawapannya di sini:

Sediakan wang kertas RM10.00 dan pergi ke mana-mana Mesin deposit wang tunai CIMB Bank (dulunya Bank Bumiputra). Masukkan nama digital saya 1228000523608 dan tunggu. Mesin tersebut akan mempamirkan nama saya sebenar saya. Teruskan . . . . . .

Masukkan RM10.00 anda (atau lebih jika perlu) dan terus ikut arahan mesin tersebut.

Pastikan slip deposit anda peroleihi dari mesin tersebut dan serahkan kepada pehak saya untuk mendapatkan resit resmi, takut-takut wang anda tak dimasukkan ke buku akaun saya kerana Bendahari saya tak perasan urusniaga yang anda buat tanpa pengetahuannya itu.

Pastikan juga nama saya yang dicatat oleh mesin CIMB tersebut tertera "MADRASATUL HUDA". Kalau tidak jangan teruskan kerana nama digital yang anda masukkan bukan saya punya. Ia kepunyan pehak yang namanya tertera di skrin.

Banyakkan dan Teruskan memderma/bersedekah




Wednesday, November 12, 2008

TASKIRAH SUBUH 0812070630

TASKIRAH SUBUH (Annisa' Ayat 170/171)

Ayat 170 dan 171 Surah Anissa.

Rasul yang diutuskan Allah mesti diikut kerana ia adalah wakil Allah. Orang Yahudi Madinah menolak ajaran Nabi Muhammad kerana beliau bukan seorang Yahudi tetapi Arab walau pun di dalam kitabnya, Taurat/Talmud ada menyatakan kedatangan rasul selepas Musa.


Tapi sifat mereka ini tak merugikan Allah. Kalau ikut Allah tak untung. Kalau tak ikut Allah tak rugi kerana Alah ada segala-galanya. Kesannya adalah kepada manusia itu sendiri. Kalau ikut dia beruntung (ke syurga) dan kalau tak ikut dia akan rugi (ke neraka).

Allah tahu segalanga. Di hati mereka ada penyakit. Dan dibiarkan penyakit itu berterusan keran ini adalah pilihan mereka.


Manusia ada diberi dua pilihan.


Kalau manusia nakkan petunjuk, Allah akan berikan petunjuk. Kalau manusia pilih kufur atau sesat, Allah akan biarkan dia menjadi kufur dan sesat. Tapi ingat, balasan kepada orang yang mengikut petunjukNya dan balasan jika kita kufur. You are free to choose because you are the one who bears the consequences. PILIHLAH.


Petunjuk dah ada.


Misalnya : Bila Mufti kata tak boleh, kita boleh pilih nak ikut cakapnya atau atau tak ikut. Tak setuju atau bangkang. Atau Mufti kata kena buat, kita boleh pilih nak buat atau tidak buat. Pilihan atas kita dan kesannya akan kita terima sendiri. Akan tetapi di masa akan datang kita tak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini pilihan kita.


Kedatangan Nabi Muhammad.


Dinyatakan dalam kitab Taurat dan Injil.


Juga dinyatakan dalam kitab lama Hindu. Dalam kitab lama Hindu Muhammad dinamakan “Beda” maksudnya yang terpuji. Bahasa Arabnya ialah “Hamida” atau “Alhamda - Alhamdulillah”. Ini tertulis dalam buku karangan Professor yang nama buku itu ialah “Muhammad in the Hindu Scrip”. Ada jual di kedai buku Universiti Malaya dengan harga RM28.00.


Siapa itu “Brahma”?


Siapa itu “Saraswaty”


Nenurut kajian, Brahma adalah Nabi Ibrahim dan Saraswaty ialah Siti Sarah. Kan kita biasa dengan kedua-dua nama tersebut. Anak mereka ialah Ishak diikuti dengan keturunannya Yaakob, Yusuf dan sebagainya. Ibrahim juga berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat anak yang dinamakan Ismail yang keturunannya ialah Nabi Muhammad.


Dalam Bahasa Sanskrit yang terpuji bermaksud “Muhammad”


Kaji-selidiklah perkara ini untuk mendapat kepastian dan ketepatan faktanya.


Petua Mengambil Buluh

Makluk Allah hidup dimerata tempat di dunia ini. Ada yang tinggal di rumah, ada yang di hutan, ada di tasik, sungai dan sebagainyae. Tempat itu mungkin kawasan kediamannya.


Dan kita kenalah hormat makluk Allah tersebut dan tidak menganggunya.


Petua mengambil buluh atau lain-lain barangan ialah dengan memberitahu makluk tersebut yang kita nak mengambil buluh tersebut untuk urusan kita. Katakan yang kita ini adalah khalifah Allah di dunia ini dan hendak mengambil barangan tersebut. Beralillah jika kamu (makluk tersebut) berada di situ supaya tidak terganggu.


Kalau kita hormat makluk tersebut, dia pun akan hormat kita. Kan ia juga makluk Allah.


Petua ini telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu tapi maysarakat dulu minta izin dari "Tok". Cadangan di atas hanya kita memberi notis yang khalifah Allah (manusia) nak membut sesuatu.




MASAALAH

Adakah tuan bermasaalah?

Sudah tentu.

Kalau anda menjawab "saya tiada masaalah" tentulah anda tidak bercakap benar, kerana setiap insan ada masaalah. Ini adalah satu sunatullah, ketentuan Allah di dunia ini.

Ada orang kata kalau banyak masaalah lagi baik. Ini kerana katanya, kita akan rasa bahagia dan seronok puas hati apabila dapat mengatasi masaalah tersebut.

Contoh:
Pelajar sekolah bermasaalah untuk belajar. Tapi dia tak lari dari masaalah tersebut. Dia terus tekun belajar. Berbagai cara dibuatnya untuk terus mengatasi masaalah pelajarannya. Hasilnya dia akan berjaya mengatasi masaalahnya bila dia lulus peperiksaan, dengan cemerlang pula.

Pemuda miskin boleh berjaya jika ia tak lari dari masaalah kemiskinannya. Allah membekalkannya badan yang sihat, otak yang baik dan suasana alam keliling yang berpotensi. Yang perlu untuknya ialah mengatasi masalahnya dengan berbagai cara.

Orang seberang boleh berjaya walau pun datang ke sini sehelai sepinggang dengan membawa bag galasnya. Bangsa asing dulunya papa kendana berjaya sekarang di bumi Malaysia ini.


Kenapa tidak pemuda ini?

Pemuda ini boleh berjaya jika dia terus berusaha menyelesaikan masaalahnya. Tanpa usaha gigih ia akan terus berada dalam dalam kemiskinannnya.

Dulu ada motto USAHA TANGGA KEJAYAAN.


Dua contoh orang tempatang berjaya:
Boon Siew boleh jadi jutawan sebab berusaha memohon mendapatkan hak mengedar motor koman Honda yang pada mulanya telah ditawarkan kepada seorang Syed oleh pehak Honda Jepun. Goh Tong menjadi jutawan kerana burusaha mendapatkan hutan tebal yang orang lain tak mahu.

Tatacara menyelesaikan masaalah:

Syaratnya:
1. Masaalah mestilah diatasi - dengan berbagai cara.
2. Masalah jangan dilupakan - satu caranya saperti berikut.


2a. Catatkan semua masaalah yang ada (masaalah besar dan kecil)
2b. Baca catatan tersebut setiap hari/masa
2c. Cuba atasinya masaalah yang tercatat
2d. Apabila masaalah tersebut diatasi, tandakan pada catatan dan tulis komen pendek padanya

Catatan ini adalah rekod kejayaan anda mengatasi masaalah. Masaalah yang belum diatasi akan terus berada dalam catatan tersebut tanpa komen kejayaannya. Tak apa!.

Sesekai, kaji apakah kejayaan dan kegagalan anda menghadapi masaalah anda. Terbaik jika semua masalah dapat dicatat supaya kita tahu semua kejayaan dan kegagalan kita. Di penghujung/awal tahun bila orang lain memikirkan apa kejayaan yang hendak dicapai, kita membuat perkiraan apa kejayaan yang telah kita capai. Dan apa yang belum kita capai.

Ini termasuklah sudahkah kita selesaikan masaalah orang berhutang kepada kita tapi belum lagi dibayarnya.









Dipetik dan diolah dari: Rahsia Kejayaan

Sunday, November 09, 2008

MASAALAH SAHABAT KITA


Adakah sahabat atau teman anda bermasaalah?


Sudah tentu kerana semua manusia pasti ada masaalah. Ada yang bermasaalah besar dan ada yang bermasaalah kecil. Ada yang boleh diselesaikan dengan mudah dan ada yang mengambil masa, tenaga dan akal fikiran yang lebih.

Kadang-kadang sahabat menghadapi masaalah yang sangat sukar beliau atasinya.

Adakah anda boleh menolong? Tentu boleh.

Ada satu cara berbuat demikian. Caranya sangat mudah dan hanya memerlukan suara kita.

Caranya:
Ajukan berbagai soalan kepada sahabat tersebut sehingga beliau sendiri dapat jawapan kepada masaalahnya. Ajukan banyak soalan kepadanya sehingga dia dapat berfikir ke arah menyelesaikan masaalah tersebut.

Cara ini telah banyak dicuba oleh pakar-pakar saikoloji dan terdapat dalam tiori mereka.

Soalan yang ditanya tak perlu ada lojiknya atau releven dengan masaalah yang dihadapinya. Tujuan soalan tersebut ialah untuk meransangkan fikirannya untuk berfikir, mengingatkan ilmu yang dilupainya dan untuk membuang "karatnya".

Anda soal, dia jawab. Anda soal, dia jawab. Anda soal, dia jawab. Jawapannya mesti disebutnya supaya kita ada modal untuk menyoal soalan berikutnya

Sessi soal jabat ini lama kelamaan akan membolehnya mendapat jawapan kepada masaalah yang dihadapinya.

Kita rasa bila bermasaalah kita perlu mencari jalan keluar yang lojik dan fikiran kita akan menganalisa benda-benda yang lojik sahaja. Tapi ini tak benar kerana masaalah atau idea boleh didapati dari fikiran yang tak lojik.

Contohnya:
Dua jurutera Jerman pernah berborak dan borak mereka berkisar kepada kenapa roda kereta tak empat segi dan perlu bulat. Mereka nak buat roda empat segi yang lebih baik dari roda bulat.

Pendekkan cerita hasil perbincangan tak lojik dan mengarut mereka ini telah menghasilkan apa yang kita gunakan sekarang, yaitu sistem suspensi kereta. Untuk menggunakan roda empat segi mereka mesti mereka satu sistem suspensi yang membolehkan penumpang kereta (dan drebarnya) merasa selesa di dalam kereta tersebut.

Asalnya diilhamkan secara
tak lojik oleh dua jurutera syarikat Lotus.


Jadi soalan tak lojik yang anda ajukan kepada sahabat anda mungkin akan menjanakan idea kepadanya untuk menyelesaikan masaalahnya.

Sabenarnya semasa kita menyelesaikan apa-apa masaalah kita banyak mengajukan soalan kepada otak kita, dan otak kita mencari jawapannya. Sehinggalah masaalah tersebut diselesaikan. Kalau tak diselesaikan otak kita akan terus mengajukan soalan untuk dijawabnya.

Tapi kalau kita give up, otak kita akan berhenti bertanya dan menjawabnya. Kesannya - masaalah tersebut akan terus menghantui kita.

Bila kita mengajukan soalan kepada sahabat kita, kita sabenarnya meneruskan kegiatan otaknya menjawab soalan dan mencari penyelesaian kepada masaalahnya. Bezanya ialah sahabat kita telah menggunakan dua otak yang berlainan, otak dia dan otak kita.

Kesannya jika diusahakan pasti berjaya, InshaAllah.

Cubalah tolong sahabat kita yang bermasaalah. Ada ganjarannya . . .

"Termasuk kalau nasib baik dia akan belanja minum"

Dan kalau kita ada masaalah yang tak boleh diselesaikan kita boleh menyuruh sahabat kita mengajukan soalan-soalan bagi meransangkan jawapan kepada masalah kita


Petikan dan olahan dari: Rahsia Kejayaan

Saturday, November 08, 2008

My Blog List