Wednesday, July 07, 2010

Sunday, July 04, 2010

11. SURAH HUD

11. SURAH HUD

(Klik sini untuk Baca dan Dengar)


Surah ini mencatatkan kuasa dan sifat Allah: Kepadanya kita akan dikembalikan selepas matinya kita, yang mengetahui segalanya tentang kita walaupun kita cuba menyembunyikannya, yang sentiasa menyediakan rezeki bagi makluk ciptaanNya, yang menjadikan bumi dan langit dan segala yang ada pada dan di antaranya, yang menghidupkan semula manusia setelah matinya dan yang tak bercadang membinasakan sesebuah negeri selagi ada manusia penduduknya yang masih memperbaiki diri mereka sendiri.

Allah berupaya menjadikan manusia dalam agama yang satu tetapi tidak berbuat demikian dan manusia terus bertelagah sama sendiri. Allah juga telah berjanji untuk memasukkan manusia dan jin yang berdosa ke dalam neraka.

Maka sembah dan taatkanlah Allah, Tuhan kita.

Juga memperkatakan tentang sifat dan tujuan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk digunakan sebagai panduan dan amaran kepada manusia.

Juga memperkatakan sikap manusia yang bila diberi rahmat dan kesenangan akan merasa riang ria dan megah dan apabila nikmat dan kesenangan itu di tarik balik akan merasa putus asa dan keciwa. Hanya manusia yang sabar dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi keampunan Allah dan mendapat pahala yang besar.

Surah Hud ini juga memperkatakan sejarah nabi utusan Allah termasuklah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Syuib dan Nabi Musa. Kesah nabi dan rasul ini bertujuan menguatkan hati dan menjadikan mengajaran kepada manusia yang beriman.

Juga diterangkan dalam Surah ini sifat dan perangai gulungan yang kufur ingkar.

Surah Hud dan Rengkasan (terjemahan) Surah ini dicatatkan di bawah ini:




















Friday, May 21, 2010

12. Yusuf

12. SURAH YUSUF (Klik sini untuk baca dan dengar Surahnya)


12. YUSUF (click here to read and listen to the Surah)

________________________________________
Surah Yusuf mengandungi 111 ayat dan diturunkan di Mekah. Dicatatkan sebagai surah yang menghiburkan hati Muhammad yang semasa itu dalam kesedihan dan kepayahan mengembangkan ugama Islam di kalangan masyarakat Jahiliah yang ramai menentangnya, termasuklan dari gulungan keluarga dan saudara maranya.

Surah ini menceritakan sejarah hidup Nabi Yusuf, anak kepada Nabi Yaakob ,bermula dari cerita mimpi Nabi Yusuf tentang bintang, matahari dan bulan tunduk hormat kepadanya. Mimpi ini telah diceritakan oleh Nabi Yusuf kepada bapanya.

Dilanjutkan cerita bagaimana Nabi Yusuf telah dibuangkan oleh saudaranya di dalam perigi, dipungut dan dijualkan sebagai hamba oleh pengembara yang melalui kawasan tersebut. Tatkala Nabi Yusuf berada di Mesir sebagai hamba kepada seorang pembesar Mesir Nabi Yusuf telah difitnah dan dimasukkan ke dalam penjara. Beliau hanya keluar dari penjara selepas dapat mentafsir mimpi raja tentang lembu kurus memakan lembu gemuk dan tujuh rangkai gandum.

Nabi Yusuf kemudiannya diangkat sebagai menteri kewangan Mesir.

Saudaranya telah datang ke Mesir mendapatkan bantuan makanan dan telah dibantu oleh Nabi Yusuf tanpa mereka menyedari yang Yusuf adalah saudara mereka yang mereka buangkan ke dalam perigi dahulunya.

Nabi Yusuf akhirnya membawa keluarganya tinggal di Mesir.


_________________________


BACALAH DARI AL QURAN










My Blog List