PONDOK WARISAN IKIMfm
Bab Solatul Jamaah - Kelebihan Menanti Solat
SEMBAHYANG DI MASJID
1. Mereka yang menunggu dalam masjid untuk sembahyang fardhu berikutnya misalnya, selepas sembahyang Maghrib menunggu sehingga masuk waktu Isyak untuk sembahyang Isyak, dikirakan ianya sembahyang sepanjang menunggu itu. Yang menanti antara dua sembahyang dikirakan di sisi Allah, ianya sedang sembahyang.
2. Apabila datang awal ke masjid perlulah terus masuk ke dalam masjid bukan menungu atau berbual panjang diluar masjid. Ketika masuk masjid lakukanlah sembahyang sunatul masjid sebelum duduk. Bila masuk ketika azan teruslah sembahyang sunat selepas azan itu.
3. Kalau ada kuliah dapat pula pahala tambahan, pahala menghadiri majlis ilmu. Juga dapat nikmat ketenangan rahmat Allah, malaikat berada bersama mereka yang menunggu waktu sembahyan berikutnya, Allah pula sebutkan nama mereka dan di tulis pahala. Malaikat berdoa pula. Pahala masuk bertimbun2. Sehinggalah berhadas atau kerana berkata2 yang tak beraedah atau mungkar maksiat.
4. Ketika berada dalam masjid perlulah duduk di saf awal (depan) kerana besar fadhilatnya (tapi ramai yang tak mahu berbuat demikian). Nabi Muhammad saw pernah bersabda (maksudnya): “Kalau diketahui kelebihan melaungkan azan dan duduk di saf awal (hadapan) tentu mereka sanggup mengundi kerana nakkan pahalanya. Kenapakah memberi peluang orang lain duduk di hadapan dan mendapatkan pahalanya?
5. Datang ke masjid awal. Sembahyang Isyak dan Subuh di masjid pahalanya besar. Kalau mereka tahu untungnya, tentu mereka datang ke masjid berjemaah walaupun terpaksa merangkak.
6. Nabi Muhammad saw pernah menyuruh sahabatnya mara ke hadapan memenuhi saf awal, untuk mengikut Baginda dan yang datang lewat mengikut di belakang jemaah yang datang awal.
7. Allah melambatkan rahmat bagi mereka yang memilih saf belakang sekiranya saf hadapan masih belum diisi. Dikatakan bahawa hati yang tak betul menjadikan saf yang tak betul. Atau saf yang tak betul menyebabkan hati tak betul. Jadi kalau hati betul saf akan betul dan saf yang betul akan membetulkan hati. Mana mahu betul kalau tak mahu berdiri berjemaah rapat2.
SEMBAHYANG JUMAAT:
8. Janganlah tinggalkan sembahyang Jumaat bagi lelaki yang cukup umur dan yang tiada uzur yang dibenarkan. Rasulallah pernah mahu perang dan membakar rumah mereka yang tak datang sembahyang Jumaat. Pernah baginda bercita2 mengumpulkan kayu api untuk membakar rumah orang tak sembahyang jumaah, menunjukkan pentingnya sembahyang tersebut
9. Adalah haram dan berdosa meninggalkan sembahyang jumaat , tanpa uzur. Hati mereka yang tak sembahyang Jumaat 3 kali berturut2 akan dimenterai Allah disamping berdosa tak sembahyang jumaat. Ibnu Abbas pernah berkata: “Kuat beramal pun tapi jika tak sembahyang jemaah adalah ahli neraka”. Mereka yang meninggalkan 3 jumaat dikirakan “melontarkan Islam dibelakangnya”.
10. Di antara Fadhilat jumaat: Hari yang mulia, penghulu segala hari, hari Adam dijadikan, Hari berlakunya Kiamat. Mati pada malam/hari jumaat – mendapat syahid dan dijauhi fitnah kubur, dengan syarat orangnya baik, beriman dan mukmin.
11. Diantara kegiatan hari jumaat: Salawat atas nabi, membaca Surah Al Kahfi (Bacaan Yassin tak salah). Allah akan cahayakan hati mereka yang membaca surah Al Kahfi sehinggalah ke jumaat berikutnya. Dijauhi fitnah Dajjal jika membaca 10 ayat Al Kagfi. Mandi sunat Jumaat. Pergi awal ke masjid (= korban unta kalau awal, lambat sikit = korban Lembu, lambat lagi = korban telor). Banyakkan mendengar Khutbah untuk mengambil faedah darinya.
12. Ketika khatib berkutbah kenalah dengar bagi mengelak laro. Tapi kalau terpaksa, boleh tegor mereka yang buat bising, dengan pahala mendengar khutbah dikurangkan kerana membuat tegoran bukan mendengar khutbah. Maksudnya mendengar khutbah sangatlah penting. Dan khutbah tak perlu ditunggu2.
Petikan dari taskirah IKIMfm
Kalau berkesempatan dengarlah siarannya - Atau rakamkan boleh dengar banyak kali.