Klik sini untuk baca terjemahan
dan dengar Surahnya
Surah ini mengandungi 88 ayat dan diturunkan di Mekah. Ia berkisar kepada perangai Mushrikin Mekah tatkala itu tidak percaya kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. dan terus menentangnya.
Surah ini juga menceritakan kaum penentang nabi mereka di zaman terdahulu terdiri dari kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, Firaun, kaum Nabi Solah dan kaum Nabi Lut. Kesemuanya dibinasakan.
Juga diceritakan tentang Nabi Daud yang dikurniakan beberapa kelebihan oleh Allah dan diuji dengan datang dua makluk memintanya menyelesaikan masaalah mereka. Nabi Daud sering bertasbih dan diiringi tasbihnya oleh makluk lain termasuk burung dan gunung ganang, yang turut bertasbih dengannya.
Juga tentang Nabi Sulaiman yang berkuasa mengawal dan mengarah jin bekerja untuknya, juga yang memahami percakapan binatang.
Diceritakan juga bagaimana Nabi Ayub mengalami penyakit dan lain ujian Allah, yang akhirnya hidup selamat sejahtera bahagia dengan keluarganya yang bertambah ramai.
Dinyatakan juga bahawa orang yang bertaqwa akan dimasukan dan berbahagis di syurga dengan segala kemudahan dan kenikmatannya. Orang yang kufur derhaka pula akan dihumpankan ke neraka di mana mereka hidup sengsara dan menuduh satu sama lain yang menyebabkan mereka kufur dan dimasukkan ke neraka.
Diceritakan juga tentang tentang peranan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah pemberi amaran supaya manusia taat kepadaNya. Nabi Muhammad tak meminta upah atau faedah dunia, hanyalah keredoan Allah.
Kesah kejadian Allah mencipta Adam dan pemusuhannya dengan Iblis kerana Iblis menyatakan yang ia (Iblis) adalah lebih baik dari Adam kerana dijadikan dari api walhal Adam dari tanah. Kerana tak mahu menurut perintah Allah untuk menghormati Adam Iblis telah disingkirkan dari syurga dan dengan itu berjanji kepada Allah ia akan menyesatkan keturunan Adam sehinggalah kiamat nanti.
Berikutlah petikan surah Sad: