Wednesday, January 27, 2010

DEMI DHUHA DAN MELAPANGKAN

93. SURAH AD-DHUHA

[93]

NASIHAT BERGUNA

Allah bersumpah dengan waktu dhuha dan malam apabila ianya sunyi-sepi

Allah menyatakan bahawa Dia tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW atau melupakannya sapertimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.

Allah juga menyatakan bahawa kesudahan keadaan Nabi Muhammad saw akan menjadi lebih baik dari hal keadaaannya diawal hidupnya.

Allah akan memberikan kejayaan dan kebahagian dunia akhirat kepada baginda sehinggalah baginda redo kepadanya.

Sebagai anak yatim Nabi Muhammad SAW telah dilindungkanNya. Baginda diberi hidayah petunjuk Al Quran semasa baginda sedang mencari2 jalan yang benar. Ketika baginda di dalam keadaan miskin Allah telah menguniakan baginda kekayaan.

Jadi janganlah kamu bersikap kasar kepada anak yatim dan janganlah kamu menengking
memarahi mereka yang meminta bantuan kepinpinan dan panduan hidup.

Bersyukurlah kepada nikmat tuhanmu dengan menyebut dan menzahirkan kesyukuran tersebut.

ccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccccc

94. Ash-Syarh/Alam Nasyrah


[94]

Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad SAW dengan iman dan hidayat petunjukNya.

Beban Baginda menyebarkan ugama Islam juga telah direngankan dengan tersedianya berbagai kemudahan bagi melaksanakannya.

Baginda telah dikurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan kepada baginda.

Percayalah bahawa setiap kesukaran itu akan disudahi dengan kemudahan. Percayalah!

Maka bersungguhlah kamu mengerjalan amalan soleh selanjutny selepas kamu selesai melakukan sesuatu amalan soleh yang kamu telah buat.

Berdoalah kepada Allah apa yang kamu genmari dan yang kamu kehendaki.











Thursday, January 14, 2010

POKOK SIRI 2


Malangnya pokok tanaman Hj Alwi akan mati tak lama lagi. Sebabnya akar pokok tersebut telah tercerai dari batangnnya.

Ceritanya terdahulu dalam "POKOK"


Ini memang diduga. Sebab itulah bagi mengelaknya berlaku, botol plastik diletakkan mengelilingi batang pokok tersebut supaya ianya tak akan di potong oleh mesin pemotong rumput. Alih2 botol tersebut telah dialih dan batang pokok terputus. Ajaib betul!.

Dibuat demikian supaya bila rumput di potong batang pokok ini yang lembut akan selamat saperti pokok2 lain yang ditaman. Tetapi sangat malang pokok yang ini dipotong.. Kami tak tahu sebabnya ianya terpotong. Nampaknya kalau nak tahu kena jumpa dan jemput
Dr Pornthip Rojanasunand bercakap dengan pokok tersebut bagaimana beliau bercakap dengan Teoh Beng Hock.


Daun yang mula layu




Saturday, January 09, 2010

POKOK

Klik sini untuk ke laman baru MADRASATUL HUDA:
http://madrasatulhuda.wordpress.com/



Yang ditaman oleh Haji Alwi
(nama pokok dalm set pertamanya belum dikenal pasti - Gambar terakhir "yang dimakannya")

"ctrl" bersama "+" kalau nak besarkan gambar atau "kanan klik" atau "klik" tikus

Saturday, January 02, 2010

JAMUAN AQIQAH 010110

BLOGSPOT DENGAN TUGAS LEPAS BERSARANYA
Hobinya mengambil gambar

Berikutlah gambar yang diambil pada Hari Jumaat 01 Januari 2010 mulai jam 11.00 pagi di jamuan Aqiqahnya. Gambar disiarkan tanpa mendapat kelulusan sesiapa lagi.


Jamuan Aqiqah, maka tentunya banyak gambar makanan
Hanya gambar terpilih dimasukkan dalam posting ini. Bermakna banyak gambar lain yang tidak sesuai dimasukkan kerana gambarnya kurang kualitinya.






















































































Blogspot akan meneruskan hobi barunya ini . . . InshaAllah.


















































My Blog List