Wednesday, July 30, 2008



Kosongkan sementara



080730

Tingkap Johari


TINGKAP JOHARI

Tulisan lengkap mengenai tajuk ini boleh baca di Internet dalam tajuk Johari Window . Terdapat lebih 135 ribu artikel mengenainya, termasuklah:-

http://www.businessballs.com/johariwindowmodel.htm

Sekadar rengkas Tingkap Johari adalah berikut:

Manusia tak tahu semua. Ilmu yang diberi adalah tak semana kadarnya. Dan yang diberi berbeza-beza antara kita.

Tentang diri kita pun kita tak tahu semuanya. Setuju ? . . . . .

Tiori ini mengkaji tentang diri manusia, ya itu kita.

Kita tahu tentang diri kita. Tapi adakah kita tahu semuanya tentang diri kita? Tentu tidak. Ada perkara tentang diri kita yang kita tak tahu. Terlalu banyak tentang diri kita yang kita tak tahu. Setuju? . . . . . . . . .

Orang lain juga tahu tentang diri kita. Tapi mereka tak tahu semua tentang diri kita.

Perkara "kita tahu orang tak tahu, kita tak tahu dan orang tahu" ini di terjemahkan kepada rajah oleh Johari saperti beikut.

Petak 1 (warna putih) menunjukkan apa yang kita tahu tentang kita dan apa yang orang lain tahu tentang kita (terbuka). Kotak 2 (merah) menunjukkan apa yang kita tak tahu tentang kita tapi orang lain tahu tentang kita (buta). Kotak 3 (hijau) menunjukkan apa yang kita tahu tentang kita tapi orang lain tak tahu tentang kita (rahsia). Dan kotak 4 (kelabu) menunjukkan kita tak tahu dan orang lain pun tak tahu.

Kotak/petak 1, 2, 3 dan 4 berubah bergantung kepada keadaan. Bagi seorang pendiam dan tak cakap banyak petak 3nya mungkin besar sebab orang lain tak tahu tentangnya.


Tiori ini diperkenalkan oleh Joseph Luft and Harrington Ingham. Nama mereka digabung menjadi JOHARI. Macam nama orang Melayu pula.

Layarilah Internet untuk penerangan yang lebih.



Yang tahu semua? . . . . . . Kita semua dah tahu jawapannya.

AMPS080730

Wednesday, July 23, 2008

Tuesday, July 22, 2008

PETUA


PETUA - Kanak-kanak mesti gumbira

Untuk perkembangan mental yang baik, kanak-kanak perlu gumbira.

Dua masa yang sangat penting bagi kanak-kanak untuk gumbira ialah tatkala nak tidor dan ketika bangun dari tidor. Mood mereka tatkala itu hendaklah baik dan mereka hendaklah merasa selesa dan seronok. Jadi ibu bapa dan penjaganya hendaklah memastikan mereka gumbira tatkala ini sekurang-kurangnya.

Cubalah petua ini dan perhatikan kesannya.

AMPS 080822 18:58

"Pemikiran Lateral"








Fikiran Terbuka

"Buat apa yang kita tak suka buat kerana ianya akan membuat kita suka pada apa yang kita tak suka buat"

Contoh:
Masa zaman persekolahan ramai tak suka membaca buku dan malas belajar. Apa jadi pada mereka sekarang dibandingkan dengan yang suka membaca buku dan terus belajar?

"Tapi kita masih boleh buat apa yang kita tak suka dan menjadi suka pada apa yang kita tak suka"

Asalkan apa yang kita tak suka itu disukai oleh Allah dan Rasulnya. . . . .


Akaun Deposit

Bank menyediakan 3 jenis akaun deposit saperti berikut:

1. Akaun Simpanan – Akaun biasa bagi pelanggan menyimpan wang mereka.

Bagi jenis simpanan ini satu buku simpanan dan kad ATM akan diserahkan kepada pelanggan bagi mengendalikan akaun tersebut. Buku simpanan merekodkan aliran masuk-keluar wang yang dibuat pelanggan. Juga dicatatkan baki akaun tersebut. Kad ATM bertujuan memudahkan pelanggan membuat pengeluaran wang melalui Mesin Pengeluaran Wang (ATM).

Pegeluaran wang menggunakan kad ATM memerlukan kata laluan rahsia (password) yang hanya diketahui oleh tuan punya akaun. Kata laluan tersebut boleh ditukar oleh nya, jika perlu.

2. Akaun Semasa – untuk pelanggan yang hendak menggunakan cek, beliau boleh membuka akaun semasa. Cek dikeluarkan oleh pelanggan kepada sesiapa yang diingini dengan cara mencatat nama penerima cek (payee) dan jumlah wang yang hendak diberikan kepadanya. Cek menjadi laku jika ia ditandatangani dan bertarikh.

Cek tersebut boleh diserahkan di mana-mana bank untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima (payee).

Cek tunai juga boleh dikeluarkan, di mana dengan menyerahkan cek tersebut di kaunter bank tunai boleh diperolihi.

Rekod yang mencatat aliran masuk-keluar wang dalam akaun semasa dinamakan penyata bank. Penyata bank dikeluarkan kepada pelanggan setiap bulan. Pelanggan sepatutnya menyemak penyata tersebut bagi memastikan kesahihannya transaksi akaun semasanya.

Jika perlu, Kad ATM boleh dikeluarkan oleh bank kepada pelanggan persaorangan (bukan pelanggan syarikat).

3. Akaun Deposit Tetap (atau Akaun Pelaburan bagi bank berasaskan Islam) – untuk pelanggan yang ingin menyimpan wang mereka bagi tempoh tertentu. Wang deposit tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila tamat tempohnya.

Faedah (keuntungan bagi bank berasaskan Islam) akan dibayar apabila tamat tempoh. Pengeluaran wang deposit sebelum tamat tempoh boleh dibuat berdasarkan syarat yang dipersetujui.

Bagi akaun tetap (akaun pelaburan), sijil deposit (atau sijil pelaburan) di keluarkan kepada pelanggan. Sijil ini beleh digunakan semasa menuntut bayaran balik deposit apabila tamat tempoh.


AMPS 080721


Saturday, July 19, 2008

Nama Allah























ZahidinCamporan

Monday, July 14, 2008

Peta Kawasan Sekitar Madrasah

Link Al Quran




Quran, 25:67

(Web: Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat)

muat turun surah


















AMPS 080819

Sunday, July 13, 2008


Surau Madrasatul Huda
Madrasatul Huda ditubuhkan pada 1985, oleh Jawatankuasa diketuai oleh Hj Abdul Aziz Hashim. Ia menjadi tempat bersolat jemaah & sekolah Fardhu 'Ain anak-anak penduduk pada masa itu.

Pada awal tahun 1988, pelan bangunan baru telah direkacipta oleh saudara Ayeob Nuruddin, & siap dibina pada tahun 1992. Belanja kosnya menelan lebih RM200,000, hasil kutipan umum.

Masa demi masa, bangunan AlHuda diubahsuai, seperti menambah tempat memasak, serambi menghidang, serambi wanita, bilik imam, bilik bilal & lain-lain.

Jemaah Taman Bukit Teratai dan sekitarnya dijemput untuk mengimarahkan Madrasatul Huda.


Aktiviti Madrasatul Huda seperti berikut:

kelas agama
kelas membeca Al-Quran
kelas berzanji, marhaban
kursus, syaraha
kaunseling, konsultasi
katering dan perkhidmatan khemah
pengurusan jenazah

AJK Pengelola:

"Sila lihat header di atas"


SAR (Kafa Integrasi) AlHuda

SAR (KAFA Integrasi) AlHuda ditubuhkan pada tahun 1985, serentak dengan tertubuhnya surau Madrasatul Huda. Pada awal penubuhannya, ianya diuruskan oleh seorang guru sahaja, iaitu Ustazah Hajjah Maimunah & 10 pelajar (khas untuk membaca Al-Quran sahaja). Pada tahun 1995, pengurusan sekolah telah disusun semula.

Kini, sekolah telah berkembang dan diuruskan oleh 10 orang guru dengan lebih 250 pelajar. Kelas juga telah berkembang dari tahun satu - tahun enam; belajar dalam dua sessi, iaitu pagi dan petang.

Terdapat 2 bangunan yang digunakan iaitu, bangunan lama (kayu) & bangunan baru.


AJKnya:

Penasihat
Ustaz Dr. Hj. Mohd. Yusuf Ahmad

Pengerusi
Hj. Ahmad Turmizi Muslimin

Setiausaha
Hj. Bakar Hj. Hassan

Bendahari
Mohamad Tajudin Abas

Ahli Jawatankuasa
Hj. Mohamad Mat Daud
Hj. Mohd. Yusuf Hj. Hamzah
Hj. Shamsudin Abd. Hamid
Hj. Ihsan Mohd. Radzi
Hjh. Jawiah bte Johari
Hj. Zainol Abidin Baser

Ketua Guru
Hanifah binti Sukani

Guru-guru
Abdul Malip Zakaria
Hasniza Zainal Abidin
Kabariah Mohamad
Yusoff
Norziah Yusof
Rohayati Ahmad
Roziah Jamalus
Siti Sohpo Manaf
Zaharah Othman


Khidmat Sepakat

http://alhudasepakat.blogspot.com/
Khidmat Sepakat Madrasatul Huda (KSMH) memberi perkhidmatan sewa khemah, peralatan khenduri dan katering.
Ditubuhkan pada awal tahun 2002, Khidmat Sepakat Madrasatul Huda (KSMH) memberi perkhidmatan sewa khemah & peralatan, bagi kegunaan majlis-majlis. Pelanggan yang memerlukan set khemah & peralatan majlis, kini boleh mendapatkannya daripada KSMH dengan harga menarik.

perasi perkhidmatan KSMH adalah secara bersepakat (gotong royong), di mana penduduk setempat akan sama-sama memasang & menanggalkan khemah yang disewakan pelanggan.

KSMH berterima kasih kepada setiap sumbangan ikhlas yang diwakafkan, & ingin menjemput para jemaah untuk menjayakan perkhidmatan ini bersama-sama.


Pengerusi
Hj Razali Omar

Setiausaha
Hj Ihsan Mohd Radzi

Pemasaran
Hj Md Hairi Salimin

Kewangan

Hj Zazali Mohd Jusoh

Logistik
En Azizan Saleh
En Halim Hasran

My Blog List